Saturday, July 10, 2010

Cinta dan Kasih Sayang (4)

Suami ke Shah Alam 2 hari. Tinggallah saya dan anak2.

Mesej masuk pukul 11.47 malam, "Selamat malam, mi...".

"Selamat malam...rindu umi dan anak2 ke".

"Sentiasa...".

"Bestnya ada orang rindu....:)".

*****************

Kakak ada perkhemahan sekolah di pusat pertanian berhampiran rumah kami, 3 hari 2 malam. Saya rasa semua ibu akan merasai apa yang saya rasa...teringat anak yang sedang berkhemah bersama guru2 dan rakan2nya....Sedangkan pihak sekolah pastinya telah memastikan semua langkah keselamatan dipatuhi.

*****************

Begitulah cinta dan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada kita...kita akan cinta dan kasih kepada orang2 yang dekat dengan kita...suami/isteri, anak2, ibubapa, sahabat,....

Tapi cinta dan kasih sayang tidak bermakna jika tiada tanggungjawab. Bagaimana seorang suami kata dia cinta dan kasih kepada isteri dan anak2 jika makan pakai, pendidikan (terutama berkaitan Islam), dll terabai? Kita tidak boleh hidup dengan cinta dan kasih sayang semata2 tanpa tanggungjawab. Bagaimana seorang anak kata dia cinta dan kasih kepada ibubapanya andai ibubapanya tidak pernah diambil tahu sakit peningnya, makan minumnya, atau tidak mahu pun menerima nasihat ibubapanya?

Tapi sedalam mana pun cinta kita kepada suami/isteri, ibubapa, anak2,...ingatlah akan sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada orangtuanya, anaknya dan manusia semuanya". (HR Muttafaq Alaih)

Sesungguhnya cinta terhadap Rasulullah saw hukumnya wajib bagi setiap Muslim lelaki dan wanita. Ini bermakna, cinta suami/isteri dan anak, harta dan kedudukan serta semua yang boleh dicapai oleh manusia dari perhiasan dunia itu tidak boleh menyamai cintanya seorang Islam kepada Rasulullah saw. Cinta tidak bererti jika hati kosong dan kehilangan cinta terhadap baginda.

Jika cinta kepada suami/isteri dan lain2nya akan melahirkan tanggungjawab, begitu juga cinta kepada Rasulullah saw. Bukti akan kebenaran cinta terhadap baginda adalah mengikuti sunnahnya, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan. Itu semua boleh dicapai dengan peng-Esaan yang murni terhadap Allah serta melaksanakan rukun Islam dan Iman. Memelihara pelaksanaan rukun Islam dan Iman ini secara benar adalah wajib hukumnya. Jadi, riba, mencuri, dengki, mengumpat, pengecut, bakhil, derhaka kepada ibubapa, memakan harta anak yatim, dan lain2 perkara yang sepertinya akan mengotori ibadah, mencegah datangnya rahmat, menghalangi seseorang dari hakikat iman dan menjadikannya tidak dapat merasai nikmat cinta terhadap Rasulullah saw.

Orang yang cinta kepada baginda mesti taat terhadap apa juga sunnahnya (ini termasuk cinta dan kasih kepada suami/istri dan anak2 kerana baginda adalah orang yang paling kasih kepada keluarganya) . Mengajak orang lain(berdakwah) untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya juga adalah bukti cinta yang sebenar.

Wajib bagi orang yang mengaku Islam dan beriman kepada hari akhirat untuk membuktikan cinta ini dengan bersegera dalam jihad dan berkorban demi kemenangan Islam dengan asas cintanya adalah cinta kepada Rasulullah saw.

4 comments:

aliya said...

Assalamualaikum umijah,
Saya setuju ! :)

ROS said...

Wa'alaikummusslam Aliya,
mengajak orang untuk kenal dan amalkan Islam bukan satu kerja mudah, tapi kita kena buat juga. Kalau ada orang yang berubah menjadi baik hasil daripada dakwah kita kepadanya, ganjarannya kata Rasulullah saw lebih baik dari dunia dan seisinya.

cikgu sharifah said...

salam ukhwah...

dari kejauhan, walau tidak pernah bersua kehangatan cinta dan kasih kerana Allah berputik...

ROS said...

Salam ukhwah juga dari saya untuk cikgu Syarifah. Saya selalu juga menjenguk ke blog cikgu syarifah. Mungkin suatu hari nanti Allah izin kita akan bertemu juga :)