Sunday, March 28, 2010

Majlis Ilmu

Dalam satu majlis ilmu, kami diingatkan tentang tujuan manusia dijadikan oleh Allah swt. Ia merujuk kepada surah adz-dzariyat : 56 iaitu bahawa manusia dan jin itu Allah jadikan untuk beribadah semata2 hanya untuk-Nya.

Bila kita menyebut beribadah, kita bukan hanya merujuk kepada ibadah2 yang wajib semata2 seperti solat lima waktu, puasa, zakat, haji, tetapi ianya mencakupi seluruh sistem kehidupan kita. Islam tidak hanya kepada ibadah2 khusus tetapi Islam itu syumul(menyeluruh). Namun
ujiannya pasti besar untuk kita kerana sistem hidup hari ini sebenarnya mengajak kita berubudiyah kepada selain dari Allah. Sebagai contoh mudah yang diberikan oleh penyampai di majlis ilmu itu-kenapa orang suka tukar2 kereta? Adakah kereta itu menjadi alat untuknya bergerak2 kesana sini untuk tujuan2 yang baik dalam hidupnya (cth : bekerja, berdakwah, dll), atau kereta barunya itu sekadar untuk kepuasan diri sendiri dan menunjuk2?. Sedangkan matlamat ibadah kita itu (semata2 kerana Allah) kita nak bawa dalam setiap tindakan kita dan ianya cukup besar.

Apabila kita bercakap tentang beribadah hanya semata2 untuk Allah, maka kita kena ikhlas. Ikhlas bermakna membebaskan diri dari dikuasai oleh keinginan yang bersifat sementara seperti kemewahan, kedudukan, populariti, pemuasan hawa nafsu serta penyakit2 hati lainnya.

Al-An'am : 162 bermaksud : Katakanlah (Muhammad), sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Lalu, apa di antara tanda2 ikhlas? 1. Takut akan populariti. 2. Mengakui kekurangan diri. 3. Cenderung sembunyikan amal kebajikan (kecuali dengan niat untuk mengajak orang lain, tetapi hati mesti dijaga agar tidak timbul riya'). 4. Mengutamakan redha Allah, bukan redha manusia. 5. Cinta dan marah kerana Allah. 6. Rasa gembira jika rakannya memiliki kelebihan.

Ikhlas mesti dipelihara dari sifat2 lain yang boleh mengotorinya seperti riya' dan bangga diri (ujub), takabbur bahkan syirik sekecil habuk pun!

Rasulullah saw mengingatkan umatnya mengenai syirik. Sabdanya yang bermaksud : sesungguhnya yang paling aku bimbangkan menimpa kamu sekelian ialah syirik yang paling kecil. Para sahabat bertanya : Apakah yang disebut syirik yang paling kecil itu? Lalu jawab baginda : Riya'. Allah berfirman pada hari Kiamat ketika memberikan pembalasan kepada manusia : Pergilah kamu sekelian kepada sesuatu yang dijadikan tempat memperlihatkan amal kamu di dunia, maka tunggulah apakah kamu menerima balasan dari mereka itu. (HR Ahmad)

Wallahhua'lam.

No comments: