Tuesday, March 2, 2010

Bahaya Paling Besar

Dulu masa di sekolah, bila ustaz cakap pasal jahiliyyah pasti cerita2 seperti bunuh/tanam anak perempuan hidup2, minum arak, judi, zina dan maksiat berleluasa, serta segala macam kerosakan yang dilakukan oleh masyarakat arab sebelum keRasulan Nabi Muhammad, akan menjadi topik perbincangan.

Bila kita melihat suasana hari ini, sebenarnya tiada bezanya dengan apa yang dikatakan sebagai zaman jahiliyyah. Sekarang bukan setakat bunuh bayi lelaki dan perempuan, ada yang sampai bakar lagi bayi yang tidak berdosa itu!!. Yang dicampak merata2 hingga menjadi santapan anjing pun banyak. Semua itu pasti hasil dari perbuatan zina yang semakin berleluasa hari ini. (Seorang rakan yang bertugas di hospital kerajaan, amat sakit hatinya kerana hampir setiap hari dia akan berhadapan menyambut kelahiran anak2 luar nikah ini. Yang amat menyakitkan hatinya, si pelaku zina dan sesetengah ibubapa menganggap perkara ini biasa sahaja...Na'uzubillah).

Arak yang namanya pelbagai, judi juga yang ada macam2 cara, segala jenis maksiat termasuk di internet - semua ada!!.

Kejahilan sebenarnya bukan hanya berlaku selama kurun waktu tertentu dalam perjalanan sejarah....kejahilan itu tidak lain dari menolak petunjuk Allah serta menolak undang2 dan hukum yang diturunkan oleh Allah. ( Jahiliyah Abad Dua Puluh oleh Muhammad Quthb).

Jadi, apa bahaya yang paling besar? Bahaya yang paling besar ialah apabila manusia itu JAHIL TERHADAP ALLAH, JAHIL TERHADAP RASUL, JAHIL TERHADAP ISLAM.

Jahil terhadap Allah bermakna tidak kenal Allah sebagai Rabb dan Illah. Apa itu Rabb? Rabb ialah mengakui ke-Esaan Allah sebagai Tuan, Penguasa, Pencipta, Pentadbir, Pemelihara, Pentarbiyyah. Apa itu Illah? Mengakui hanya Allah yang wajib disembah dan mengabdi diri hanya kepada-Nya.

Jahil terhadap Allah juga bermakna tidak tahu hendak menyembah Allah ikut cara yang Allah mahu, tidak tahu kenapa Rasul itu penting dalam hidup kita, tidak tahu apa yang diajar oleh Rasulullah yang boleh menyelamatkan kita, tidak tahu dan tidak kenal Islam.

Bila manusia tidak kenal Allah, tidak kenal Rasulullah dan tidak kenal Islam bermakna manusia itu adalah manusia jahiliyyah. Jahil begini adalah sesat dan jahil begini akan menuju kepada bahaya yang paling besar iaitu NERAKA yang menyala2, yang bahan bakarnya adalah batu, kayu dan manusia, dikawal oleh malaikat yang bengis yang tidak pernah ingkar kepada setiap suruhan Allah. Mahukah kita dijerumuskan ke situ? Na'uzubillah.

Apa yang kita nak buat jika kita tidak mahu dijerumuskan ke neraka? Kita wajib melalui proses didikan untuk mengenali Allah dan mentaati-Nya. Kita wajib melalui proses didikan untuk mengenali dan mengikuti Rasulullah saw dan apa yang diajarkan baginda. Kita wajib melalui proses didikan untuk memahami dan menghayati Islam keseluruhannya - bukan menerima Islam sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

Jika kita boleh belajar hingga ke peringkat tertinggi untuk memahami dengan lebih mendalam tentang bidang kerja kita - perakaunan, perundangan, kejuruteraan, perubatan, perbankkan, dll - kenapa kita tidak berusaha untuk memahami Islam yang kita anuti? Ingatlah akan hadis baginda yang bermaksud jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang, maka dia akan diberi kefahaman dalam agamanya (deen Islam).

2 comments:

Yayasan Ilmu said...
This comment has been removed by the author.
Yayasan Ilmu said...

Assalamualaikum,
jika saudara nak tahu ketetapan Allah dan Rasulallah yg haq bersandarkan ilmu yg hak, sila layari: yayasan-ilmu.blogspot.com insya Allah amat berguna kpd anda dan rakan-rakan.