Friday, March 12, 2010

Peringatan

Ada orang marah2, " Buat apa sibuk2 ajak orang sembahyang, ajak orang baca Qur'an, ajak orang buat baik...buat je la kerja masing2!".

Mungkin orang2 ini lupa akan firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat : 55 yang bermaksud :

dan tetaplah memberi peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang2 Mukmin.

Ayat di atas menjelaskan bahawa orang beriman akan mendapat manfaat daripada peringatan2. Keberkesanan peringatan adalah sifat mereka yang beriman dengan Allah swt.

Ada orang tak suka, "Asyik2 duk sebut benda2 baik yang dia dah buat...berulang2 menyebutnya...riya' tu namanya!".

Mungkin orang ini lupa tentang teguran Allah dalam surah As-Shaff : 2-3 yang bermaksud :

Wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan.

Memberi peringatan dan mengajak orang berbuat kebaikan serta menghalang kemungkaran adalah tugas setiap manusia yang mengaku dia beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Tentu kita tidak pernah lupa akan hadis Rasulullah saw yang mengajak manusia, "sampaikanlah dari ku walau sepotong ayat". Dalam kehidupan yang serba serbinya menguji keimanan hari ini, bukan sedikit yang kita semua perlu diperingatkan supaya tidak lalai dan leka dibuai hawa nafsu. Jangan lupa, hawa nafsu itu sentiasa mengajak manusia supaya melakukan apa yang Allah dan Rasul-Nya tidak suka.

Jadi, jika sesekali kita mendapat peringatan dari orang lain, lapang2kanlah hati untuk menerimanya. Jika kita tidak menyukainya, pasti ada yang kita kena periksa semula hati kita. Mungkin penyakit hati telah mula bersarang di hati kita. Maka, bersih2kan lah hati kita itu dengan membaca dan menghayati isi al-Qur'an, solat malam, berkawan dengan orang soleh, banyak berpuasa dan berzikir mengingati Allah.






5 comments:

PENA KASIH said...

Assalamualaikum.Biasalah apabila kita menyuruh seseorang membuat kebaikan dikatakan riak.Tapi sebenarnya ia satu perkongsian ilmu yang sekurang-kurangnya menyedarkan diri kita.Saya pun pernah dikatakan riak dan bermegah-megah.Hakikatnya tidak terniat langsung seperti itu sebaliknya setiap pengalaman itu dijadikan pengajaran kepada kita.

HishamMB said...

Assalamu'alaikum Wrm Wbt

Maaf Puan, izinkan saya mencelah sedikit.

Saya turunkan di sini petikan daripada buku "Indahnya Saat Bersama-Mu: Panduan Praktikal Qiamullail" oleh Ustaz Zahazan di hlm 14:

"...al-salaf al-soleh sangat takut dengan riyak sehingga mereka menyembunyikan sedaya upaya setiap amalan ketaatan mereka seperti qiamullail. Seorang lelaki pernah datang menemui Tamim bin Aus al-Dari lantas bertanya: "Bagaimanakah solat kamu pada waktu malam?" Tiba-tiba beliau tersangat marah akibat soalan itu dan terus berkata: "Demi ALLAH! Satu rakaat yang aku kerjakan pada tengah malam secara rahsia lebih aku sukai daripada aku melakukan solat seluruh malam kemudian aku menceritakannya kepada orang ramai."

Salah seorang ulama al-salaf, Ayyub al-Sikhtiyani selalu berqiamullail seluruh malam. Namun apabila hampir masuk waktu Subuh dia kembali ke tempat tidurnya dan berbaring di atas tilamnya. Apabila masuk waktu Subuh, beliau meninggikan suaranya seolah-olah dia baru sahaja terjaga pada waktu itu..."

Saya mengambil kesimpulan begini, memberi peringatan itu adalah tuntutan agama; jika dalam memberikan peringatan itu kita perlu memberikan contoh, seeloknya contoh itu diambil bukan daripada diri sendiri tetapi daripada kisah orang lain yang sahih.

Ampun maaf jika ada salah silap.

WALLAHua'lam bissowab.

frankie zhao said...

Hello
I'm creating a new concept of blog,which is teaching people how to make and save money for free.

this is a public service blog.

My purpose is just to let more people share my money making,money saving Information.

Please visit My Site:
http://waysmakingmoneyonline.blogspot.com/

cheers!

ROS said...

Waalaikummussalam En Hisham,

Terimakasih kerana memberi pendapat dansaya setuju dengan tulisan Tuan. Seelok2nya apa juga amalan yang kita lakukan kita sembunyikan, dan itu sebenarnya adalah lebih baik. Tetapi tidak salah juga andai tujuan kita adalah dengan niat untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan. Kedua2 hal ini Allah sebutkan dalam surah al-Baqarah:271.(Ada huraian lebih dalam jika kita baca dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Cuma dalam suasana hari ini, saya rasa, ada kecenderungan untuk orang suka mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. Wallahua'lam.

rosa zulfikhar said...

very good..

keep posting...

I like it




From your friends.
www.rosadesain.blogspot.com