Tuesday, March 9, 2010

Panas

"Mi, tengok muka kakak ni, dah berbelang".

"Takpe, berbelang pun takpe, yang penting kakak tutup aurat. Cuaca panas macam sekarang ni bukan alasan untuk kita tak tutup aurat".

Kakak dan abang berjemur hampir separuh hari semalam kerana hari sukan sekolahnya. Bila sampai di rumah, hmmm....memang kulit dah berubah warna.

Panas bukan alasan untuk kita menutup ala kadar aurat yang Allah perintahkan untuk ditutup. Itu yang kami selalu ingatkan kepada anak2. "Kita takkan mampu menghadapi kepanasan 'di sana', percayalah cakap umi...", itu yang saya selalu ulang kepada anak2. Saya juga selalu terbaca tentang bahayanya cahaya matahari yang terkena terus kepada kulit dan boleh menyebabkan kanser kulit. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin salah satu hikmah menutup aurat adalah kerana Allah mahu kita selamat dari pancaran matahari yang boleh memudaratkan.

"Umi tahu, kakak boleh rasa peluh kat seluruh badan kakak masa perbarisan tadi".

"Alhamdulillah, kena bersyukur tau walaupun keluar peluh. Kita akan rasa sejuk bila angin tiup, kan? Pagi tadi umi tengok tv, doktor tu kata ada orang yang langsung tak keluar peluh walaupun hari panas. Bila takde peluh, bermakna badan kita dah takde cecair dan itu akan menyebabkan kita sakit....bayangkan kalau kita yang mengalaminya. Allah sayangkan kita walau dalam keadaan apa sekalipun....jadi....bersyukurlah".

************

"Ayah taknak pasang 'aircond' kat rumah kita, yah?", abang bertanya kepada ayahnya.

"Tak payah pasang", cepat saya mencelah. "Umi taknak anak2 umi bila balik kampung bising kata panas sebab kat rumah atuk dan embah(nenek) takde 'aircond'. Umi taknak atuk dan embah kecil hati. Cukuplah dengan kipas sorang sebuah tu....ada orang, jangan kata 'aircond', kipas pun takde tau kat rumah dia....", suami saya mengiyakan.

"Lagi pun, bila abang dan kakak sekolah dan duduk di asrama nanti....mana ada 'aircond' kat asrama. Umi dan ayah nak biasakan anak2 terima apa yang ada dan paling utama BERSYUKUR sepanjang masa dengan apa yang kita ada. Tengok orang lain yang lebih susah dari kita...", saya menyambung 'syarahan'.

Anak2 semua diam, mungkin berfikir.

*************

"Umi, tengok semut ni, Mi....banyaknya!!", kata dik Yam sambil menunjuk ke arah sekumpulan semut sedang beratur sambil berjalan keluar dari dalam tanah.

"Biarkan, dik. Kat dalam tanah panas. Semut2 tu nak cari tempat sejuk". Bukan satu, tapi ada 3-4 jenis semut yang masing2 keluar dari dalam tanah, di rumah kami. Mungkin mencari tempat yang lebih sejuk.

"Kesian semut, kan Mi", kata dik Yam.

"Ye dik. Adik doalah kat Allah supaya Allah turunkan hujan untuk bagi semut, burung, pokok, tanah, dll minum. Adik tengok tanah tu, dah kering sangat, kan".

"Ya Allah, turunkanlah hujan untuk semut, burung, pokok, tanah,...minum. Amin". Saya juga mengaminkan doa dik Yam...siapa tahu, doa anak yang masih kecil ini yang Allah kabulkan.

***********

Sejak beberapa hari ni, kami bersolah hajat bersama anak2...dengan harapan Allah akan menurunkan hujan yang memberi manfaat untuk kehidupan.

Panas, sejuk, hujan, banjir....adalah semuanya itu tanda2 kekuasaan Allah. Kita sebagai ibubapa boleh menggunakan itu semua sebagai bahan tarbiyah untuk mendidik anak2. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa dan Allah lah yang Menyusun serta Mentadbir alam ini. Allah yang Maha Mengetahui....sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah jadikan, ia tidak sia-sia.

No comments: