Wednesday, January 6, 2010

Kakak

Betul kata orang, kita tidak akan tahu apa rasanya jika bercakap tentang penyakit, hinggalah kita atau saudara terdekat menghidapinya.

Dua tahun lepas, abang ipar (abang suami) didapati menghidap kanser usus. Hari ini alhamdulillah, dia bebas dari penyakitnya selepas melalui rawatan pemulihan yang menyakitkan. Hanya Allah yang tahu perasaan kami berdua.

Akhir 2009 kakak saya dikenal pasti menghidap kanser payudara. Kakak saya tidak boleh bercakap seperti kita yang normal. Bahasa percakapannya hanya kami adik beradik dan anak2 buah yang dijaganya sahaja yang memahami. Kalau saya sedih dan bimbang, apatah lagi dia yang mengalaminya, tapi bagaimana dia mampu melahirkan kebimbangan dan kesedihannya dalam keadaan kemampuan kami semua yang terhad untuk memahami bahasa 'bisu'nya? Tiada tempat lain selain Allah untuk kami mengadu dan meminta semoga diberi kekuatan untuk kakak saya melaluinya.

Semua adik beradik saya beritahu ayat2 al-Qur'an yang diamalkan untuk kesembuhan penyakit kanser. Kami berdoa dan bersolah hajat. Kadang2 airmata ini mengalir sendiri tanpa sedar apabila teringatkan kakak. Sabarkah dia? Mampukah dia?

30.11.09 kakak menjalani pembedahan membuang kanser tersebut. Hari ini dia akan melalui proses kimoterapi yang pertama dan akan ada lima lagi yang akan dilaluinya.

Melalui pembacaan, saya tahu kimoterapi adalah suatu proses yang menyakitkan. Rambut gugur, badan lemah, fikiran kacau (rasa orang tak sayang, tak peduli,...), muntah, pening,....Ya Allah, berilah kekuatan untuk kakakku!

Mengimbas zaman kecil saya, kakak banyak berjasa untuk kami. Dia yang menghantar dan menjemput kami adik2nya ke/dari sekolah. Menunggu saya makan bekalan nasi sebelum saya masuk ke kelas agama di sebelah petang, di bawah pokok berhampiran sekolah. Dia amat ringan tulang. Dia membantu abah dan emak menoreh, mencari kayu api, membasuh, memasak,....Beberapa kali dia pernah bertanya saya, kenapa abah tak hantar dia ke sekolah orang2 bisu supaya dia pandai membaca dan menulis? Saya hanya 'telan' rasa sedih dan kasihan di hati...abah tak mampu nak hantar kakak ke sekolah khas itu yang ada hanya di Johor Bahru. Abah dan emak berhempas pulas nak cukupkan makan pakai anak2 seramai 12 orang.

Hanya Allah harapan kami dan kami berusaha untuk kesembuhan kakak.

4 comments:

amira falisa said...

Saya berharap kakak k ita segera semboh. Sedih bila mendengar anak2 kecil yg mahu bersekolah ttp ibubapa tidak mampu menghantar mereka. Your sister has a big heart. Akan saya doakan kpd kesihatan beliau.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum..

Sedihnya bila hu dabaca entri akak ini...insyaAllah mudah-mudahan beliau tabah dan kuat mengahdapi dugaan Allah...mudah-mudhan beliau cepat sembuh ...

rossees said...

Salam mak cik Ita..

Terharu sy baca kisak akak mak cik. Moga dia sentiasa kuat semangat dan moga mak cik sekeluarga dalam rahmatNya sentiasa...

amira falisa said...

k ita, boleh bg email add? saya ada dpt info psl madu asli dgn kanser payu dara.
I want to foward u the article. Maybe boleh menolong kakak akak.