Sunday, November 22, 2009

Umpama Buih

Daripada Tsauban r.a berkata: Rasulullah saw bersabda :

"Hampir kamu akan dikerumuni oleh bangsa-bangsa seperti pemakan2 mengerumuni ke atas satu hidangan".
Lantas sahabat bertanya: "Apakah kerana sedikit bilangan pada hari itu?".
Jawab baginda saw : "Malah kamu hari itu ramai tetapi seperti buih banjir. Di ketika itu Allah akan mencabut kegerunan dari seteru2 kamu terhadap kamu, di masa yang sama Allah akan mencampak ke atas kamu penyakit wahan".
Lantas sahabat bertanya : "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?".
Jawab baginda Rasulullah saw : "Cintakan dunia bencikan kematian".

Keterangan :

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam hari ini menggambarkan kebenaran sabdaan Rasulullah saw itu.

Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang ramai, iaitu 1000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa2 lain. Mereka ditindas, disakiti, dibunuh, dll. Bangsa2 lain di seluruh dunia walaupun mereka berbeza agama tetapi mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam.

Sebenarnya kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri iaitu dari penyakit 'wahan' iaitu 'cinta dunia' dan 'takut mati'. Kedua2 penyakit ini saling berhubung kait dan ia tidak dapat dipisahkan.

'Cinta dunia' bermakna tamak, rakus, bakhil, untuk mendermakan harta di jalan Allah. 'Takut mati' pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi kehidupan akhirat, serta tiada perasaan untuk berkorban dengan diri, harta dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.

Tanda2nya :

1. Tamakkan harta. 2. Berlumba dalam perhiasan dunia. 3. Sukakan hiburan. 4. Sukakan perhiasan berlebihan. 5. Malas beramal ibadah. 6. Panjang angan2.

Bahaya2nya :

1.Materialistik menguasai. 2. Melemahkan amal Islam. 3. Kekerasan hati. 4.Hilang keberkatan di dunia. 5.Derita hidup di akhirat.

Rawatan2nya :

1. Bina kesedaran IMAN.

2. Fahami hakikat dunia dan akhirat.

3. Banyakkan ingati mati.

4. Tunaikan zakat/sedekah/infaq.

5. Bersifat qanaah dan bersyukur.

6. Waqafkan hidup untuk Islam.



4 comments:

Irfa said...

salam umijah..
nak ucap selamat menyambut hari raya qurban..potong daging ke tahun ni?

ROS said...

Salam Irfa,

Alhamdulillah syukur dengan limpah rahmat_Nya dapat kita menyambut aidiladha tahun ini. Puji2an hanya untuk_Nya.

Tahun ni tak masuk korban, cuma tumpang makan daging korban yang diagihkan :). Alhamdulillah.

Diharapkan Irfa dan baby bakal lahir sihat selalu.

amira falisa said...

Camne kita nak tau hati kita keras or x dan qanaah tu apa?

ROS said...

Salam Uji,

Orang yang hatinya lembut mudah menerima kebenaran. Sebaliknya orang yang hatinya keras sukar menerima kebenaran.

Qanaah tu maksudnya manerima apa yang ada.

WaLlahu a'lam.