Thursday, November 19, 2009

Kejayaan

Hari ni saya tumpang gembira dengan kejayaan rakan bloggers, Aniisma dan ahli kumpulannya yang berjaya membantu sebuah sekolah rendah berhampiran untuk mencapai kejayaan manis dalam UPSR. Sekolah Rendah Tebing Tinggi di anugerahkan di antara sekolah terbaik untuk kategori sekolah kurang murid dalam UPSR 2009. Tahniah, Ani.

****************

Saya selalu ditanya, "macamana Khadijah belajar?", setiap kali ada Hari Kecemerlangan sekolah anak2 kami. Allah izin, nama Khadijah sentiasa di tempat pertama sejak dia berada di Tahun 1 lagi. Tahun 5 dia masih di situ. Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah.

"Khadijah tusyen di mana?", itu juga yang sering ditanya.

Kami tidak menghantar anak2 ke kelas tusyen. Selain jauh di bandar Segamat, kami rasa kami boleh membantu anak2 mana yang patut.

Paling utama, kami tahu anak2 kami gembira di sekolah- gembira dengan ustaz/ustazah mereka, gembira dengan rakan2 mereka. Ustaz/ustazahnya lah yang banyak membimbing dan mengajar anak2 kami. Kami sebagai pelengkap.

Abang juga telah mula memperlihatkan kemajuannya. Penggal lepas tempat ketiga, penggal akhir ni tempat kedua, dan dia amat teruja untuk pertama kalinya dia naik pentas untuk mengambil hadiahnya. Kami tumpang gembira. Cuma dari segi emosi, banyak yang kami kena buat untuk abang.

Anak2 kami sebenarnya lebih banyak belajar di sekolah daripada di rumah. Kalau di rumah, kena digesa2 untuk belajar. Peperiksaan penggal akhir kali ini memang sengaja saya tak duduk membaca bersama mereka. Saya nak tengok usaha mereka sendiri.

"Umi dan ayah gembira kalau anak2 umi dan ayah berjaya dalam pelajaran. Tapi umi dan ayah lagi gembira kalau anak2 umi dan ayah jadi orang beriman", itu yang selalu kami ulang2 kepada anak2. Kejayaan tidak bermakna jika kita tidak menjadi mnnusia yang tunduk patuh kepada-NYA.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.

2 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum...

Kak Ita..

Tahniah kak..anak-anak akak berjaya dalam peperiksaan dan mudah-mudahan berjaya hingga ke dunia akhirat...

Apabila berjaya mencapai kejayaan..ibu bapa orang yang paling gembira...itulah hadiah yang paling istimewa buat mereka..linangan airmata mereka cukup bermakna utk kejayaan anak-anak mereka...

Tahniah juga buat Puan Noraini...semoga usaha itu diberkati Allah..

ROS said...

Waalaikummussalam Huda,

apa khabar? Lama tak dengar berita. Betul huda, bila anak berjaya ibubapa rasa gembira. Tapi kegembiraan itu pun berpada2, kerana ada kejayaan lain yang lebih diharapkan iaitu kejayaan di akhirat. Untuk berjaya di akhirat pun bukan angan2, sama macam untuk berjaya di dunia. Semuanya mesti ada usaha yang berterusan dan bersungguh2. "Siapa yang hendak dunia, dengan ilmu. Siapa yang hendak akhirat, dengan ilmu. Siapa yang hendak kedua2nya pun dengan ilmu".

Semoga kita menjadi manusia yang mengenali zaman(masa) hidupnya...