Monday, November 16, 2009

Kucing

"Umiii...tengok ni, kucing masuk!", dik Yam menjerit di pintu depan semasa saya sedang di dapur, memasak.

"Suruh kucing keluar, dik...jangan pukul dia", saya memberi arahan.

"Adik dah suruh dia keluar, mi", dik Yam berlari ke dapur. "Kenapa kucing datang je, mi?".

"Dia nak makan, lapar".

"Tadi kan umi dah bagi", dik Yam tak puas hati.

"Alaaa...dia kan macam adik juga....kejap2; umi nak makan! Kejap2 lagi; umi nak minum!. Lepas tu nanti; umi, adik nak biskut!", saya bergurau. Dik Yam tersengih dengar usikan saya.

Saya taklah minat sangat dengan kucing, biasa2 je. Adik beradik yang lain sanggup turun longkang untuk selamatkan kucing, begitu juga suami saya. Sejak kami berpindah ke rumah sekarang, silih berganti kucing datang.

"Jangan bagi kucing masuk rumah! Umi taknak dia berak kencing dalam rumah! Yang susah nanti umi juga", saya memberi arahan. Jadi lah kucing2 tu tetamu yang cuma duduk di luar rumah. Tapi...MasyaAllah!!!. Menguji sungguh....suka hati dia je mana dia nak kencing. Kadang2 buka aircond kereta, pewangi kencing kucing yang kami hidu!!. Sarung je selipar, kaki terasa sejuk basah dan hancing!! Tu belum najisnya merata2 atas tanah sekangkang kera di luar rumah...Tuhan je yang tahu!.

Tapi selalu saya terfikir. Kucing2 ni ibaratnya manusia. Saya dah bagi makan sedap pun, masih lagi mengiau setiap kali saya atau yang lain buka pintu....meluru datang macam kelaparan sedangkan baru je habis makan. "Kucing ni tak kenyang2.....", selalu saya merungut. Seperti juga manusia, yang tak pernah berhenti meminta kepada-Nya, walaupun banyak sebenarnya yang dia telah miliki.

Harta, pangkat, jawatan yang lebih tinggi, dll...adalah di antara yang kita sering harapkan untuk kita perolehi. Maka kita pun tak putus2 merayu, memohon kepada-Nya untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan. Begitulah manusia....maka benarlah sabda Rasulullah saw yang katanya manusia ni, kalau diberikan satu gunung emas pun, dia akan meminta satu lagi gunung emas. Tamaknya manusia yang tidak pernah rasa cukup.

Nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?...itu terjemahan ayat dari surah Ar-Rahman yang kita ulang2 baca. Kenapa Allah ulang2 ayat itu? Kerana Allah nak ingatkan kita tentang banyaknya nikmat yang Dia dah bagi kepada kita, tapi kita masih lagi minta macam2, lebih malang lagi kalau kita jadi hamba yang tak bersyukur!!. Subhanallah...banyaknya yang Allah dah beri kepada kita!!

Jangan jadi macam kucing tu, dah bagi makan pun masih kencing dan buang najis merata-rata. Kita ada akal untuk berfikir dan terus berfikir tentang kurniaan Allah...dan terus bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan tak putus2 kepada kita. Subhanallah...catatan ini lebih untuk mengingatkan diri sendiri.

"Jangan lupa ikan untuk kucing, mi", suami selalu mengingatkan saya setiap kali ke pasar.

5 comments:

Irfa said...

salam umi..
sama kes ngan saya sabtu lepas.
anak kucing ditinggal ibu yg kejam mengiau depan pintu..saya bukan benci kucing tp sy mmg x suka bela kucing..takat pandang tu bolehlah.
tp bila kena situasi mcm tu sy serba salah nak biarkan.saya buatkan susu dgn doa smoga ibunya dtg ambik balik anak kucing malang itu..smlm tgk dah xde.harap2 dia x mati dibaham anjing

ROS said...

Salam Irfa,

ntah la, Irfa. Kat rumah akak ni, bukan kucing je suka, burung2 pun suka. Sama macam kucing, buang najis merata2. Tiap2 pagi nak kena bersihkan. Suami akak selalu gurau, kucing dan burung suka akak...tapi kan kalau suka, nape asyik duk tinggalkan najis untuk akak bersihkan...huhuhu..

amira falisa said...

salam k ita,

apa khabar? Esok, insyallah saya akan pergi ke seksyen 7 shah alam utk beli cheese halal product yg pertama keluaran melayu/islam.

http://www.dqisra.com

x sabar rasanya nak buat cake guna product mereka. Nak beli sosej mereka jugak. nanti saya beri review. he he he.

dan tidak, saya x dapat komisyen pun..:) Cuma rasa seronok ada org melayu kita yg berjaya dlm bidang yg dipelopori bukan melayu/islam.

Congratulations kpd kakak.

I hate kuching..I know I should love them, but they love to pee at my house. Hancing..eeee..hari tu Satu living hall kene mop pasal terpijak kencing kucing ni..dah le mak pray kat situ.

ROS said...

Salam uji,

apa khabar? Lama tinggal pesan dalam blog akak. Sibuk ye?

Akak pun ada terbaca pasal keju dan sosej halal tu. Rasanya lum ada lagi di tempat akak jenama tu...tinjau2 kat pasaraya pun takde jumpa lagi.

Uji tinggal di shah alam ke? Akak ada la beberapa kali ikut suami ke shah alam bila dia ada urusan di uitm.

Orang selalu kata kalau kita bagi makan dan berbuat baik kepada haiwan, haiwan2 tu akan doakan kita yang baik2. Wallahhua'lam. Tapi kadang2 memang ler hilang sabar kalau najis dan kencing merata2...sebab tu, kucing2 tu memang akak tak bagi langsung masuk rumah.

Projek musim cuti sekolah dengan anak2 ingatkan nak buat kek/muffin, tup-tup mixer rosak plak...ari tu last buat kek, terpaksa guna tangan untuk pukul telur...tak berapa gebu tapi ok juga. Ni lum sempat cari mixer dan beberapa bahan/barang untuk kek/muffin...anak2 akak dah teruja, asyik duk tanya bila umi nak beli semua tu...

amira falisa said...

saya ada resepi kek coklat yg x perlukan mixer..just guna whisk, KACAU sahaja dgn tangan. semua barang2 kacau aje. Jgn terlebih kacau. Tu yg sronok tu. Choc sour cream cake. Sour cream akan buat kek jadi moist.
Tp x rasa masam pun. Dan bubuh distilled vinegar.
Saya dah lama x singgah ke blog psl laptop saya kaput. Cuma blh pakai desktop kat ofis je. Saya duduk di wangsa maju. Rumah flat 5 tkt yg dkt dgn Jaya Jusco Wangsa Maju.