Wednesday, December 2, 2009

Zalifah Kasim

Beberapa bulan lepas, saya 'terjumpa' semula rakan karib ketika bersekolah menengah. Nama je satu kampung, tapi hampir 20 tahun kami terpisah kerana banyak sebab. Hari ini, kami sering berutus email dan bermesej di hp. Aishah Ismail namanya, telah berkeluarga dengan 3 anak, tapi anak2nya lebih besar dari anak2 saya kerana dia berumahtangga awal dari saya. Alhamdulillah, dulu berkongsi cerita remaja, hari ini kami berkongsi kisah anak2 yang mula meningkat remaja. Cepatnya masa berlalu!!

Sekarang ni pula, saya masih tercari2 di mana menghilangnya seorang rakan yang sama2 mengajar. Zalifah Kasim sama2 mengajar di Sekolah Menengah Buloh Kasap, Segamat, berasal dari Melaka. Kami berpisah pada April '94 kerana saya menyambung BAcc. di UiTM Shah Alam. Saya ada terdengar dia mengambil KPLD tapi tak pasti di mana. Suaminya bernama Sufian Ahmad (pernah mengajar di Sekolah Tinggi Segamat), anak sulungnya dipanggil Izzati.

Ada sesiapa yang mengenali Zalifah Kasim? Saya harap saya dapat bertemu dengannya semula. Kepada pengunjung blog yang ada sebarang maklumat tentang Zalifah, boleh hubungi saya melalui blog ini.

1 comment:

ain said...

askm..memang ramai kawan2 yg dah putus hubungan..maklum la masing2 dah ada kehidupan sendiri..harap suatu hari nanti sita dapt bertemu dengan zalifah kasim ye..