Monday, October 26, 2009

Tinggalkan Apa Yg Tidak Berguna

Dari Abu Hurayrah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah saw (yang maksudnya ) : "Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya". Hadis ini hasan diriwayatkan oleh Tirmizi dan orang yang lainnya beginilah.

Keterangan hadis:

Kebagusan/keelukan Islam bagi seorang adalah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya bagi kehidupan dunia dan agamanya, samada merupakan perkataan yang sia2 atau perbuatan yang hanya menghabiskan waktu dan umur dengan sia2.

Melakukan sesuatu yang berguna, meninggalkan sesuatu yang tiada berguna : keduanya adalah baik dan disuruh. Meninggalkan sesuatu yang berguna, melakukan sesuatu yang tiada berguna : keduanya adalah keji dan tidak disuruh.

Rasulullah saw bersabda seperti menurut riwayat Abu Zar dalam Sahih Ibn Hibban sebagaimana yang disebut dalam suhuf Musa 'alaihissalam: Bahawa orang yang berakal mempunyai beberapa waktu , satu untuk bermunajat dengan Tuhannya, satu waktu untuk menghitung dirinya, satu waktu untuk memikirkan perbuatan Allah, dan satu waktu lagi untuk urusan hajatnya atau makan minumnya.

Seterusnya orang yang berakal janganlah berusaha melainkan untuk 3 perkara. Pertama: berbekal untuk akhirat. Kedua : bekerja untuk kehidupan. Ketiga : bersenang2 dengan benda yang tidak haram.

Orang yang berakal juga berkewajipan melihat zamannya, memelihara lidahnya. Sesiapa yang menghitung perkataannya dari amalnya, sedikitlah perkataannya kecuali pada perkara yang berguna.

Menurut riwayat Ummu Habibah yang dikeluarkan Tirmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya : Tiap2 perkataan anak Adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tidak ada yang bermanfaat baginya) ; kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah 'Azzawajalla.
(Rujukan Hadith 40, Mustafa 'Abdul Rahman)

Catatan ini lebih untuk mengingatkan diri sendiri yang dibacakan bersama teman2 rapat minggu lepas. Kita kena sentiasa diperingatkan kerana hari ini terlalu banyak peluang untuk kita melakukan perkara2 yang tidak berguna untuk dunia apatah lagi untuk akhirat. Contoh paling mudah televisyen / radio yang kita ada dengan pelbagai corak hiburan yang dihidangkan, yang melalaikan dan menghabiskan masa kita dengan sia2. Begitu juga keperluan untuk kita menjaga lidah dari percakapan yang sia2. Semua ini memerlukan kesungguhan dari dalam diri untuk menjaga perbuatan dan percakapan agar tidak menyusahkan kita, bukan sahaja di dunia tapi yang paling utama di akhirat nanti. Sama2 kita renungkan....

2 comments:

amira falisa said...

k ita, saya baru buat kek oren malam tadi. sedapp......he hehe..ikut tekak saya dan org yg dah memakannya. ini resepi mat saleh, tp sukatan gula dia x boleh pakai sgt...kalau x kusmangat.. manis bangat.
last week saya balik penang..depa bising2 le nape pakai tudung..org pakai tudung pun ada buat maksiat sampai pregnant, janji hati baik, etc, bla bla bla...
tu je la yg boring bila balik penang..nasib baik gi sana x every year...best lagi family kat kg perak dan sedara melayu..
saya email kat akak yer resepi dia...cuba, jgn x cuba..
tp kalau akak x suka resepi dia, x yah try..

ROS said...

Emel dah sampai. Terima kasih Uji bagi akak resepi ini.