Friday, October 9, 2009

Untukmu Wanita

Saya baru habis membaca buku 'Untukmu Wanita' oleh ustaz Zaharuddin Abd.Rahman. Ianya sarat dengan ilmu yang mesti diketahui bukan sahaja wanita, tetapi juga kaum adam samada yang bujang ataupun telah berumahtangga....kerana para suami juga kena tahu banyak tentang hukum untuk diajarkan kepada isteri dan anak2 perempuan mereka.
Perkara yang disentuh dibahagian pertama buku ini adalah tentang aurat wanita. Bagi saya, isu aurat wanita adalah isu kontemporari yang perlu dibincang setiap masa. Kenapa? Kerana musuh Islam hari ini telah berjaya 'mendedahkan aurat' wanita2 Islam walaupun mereka berpakaian, dan ianya tidak akan berhenti setakat apa yang ada sekarang.
Saya pernah ke Masjid Putrajaya beberapa kali bersama keluarga. Di sana, sesiapa yang tidak menutup aurat dengan sempurna akan di minta untuk memakai jubah. Ada di antara wajah2 kurang senang apabila diminta untuk mengenakan jubah besar - mungkin baginya dia merasakan auratnya telah cukup ditutup tetapi kenapa masih diminta untuk memakai jubah yang disediakan. Jawapannya ada dalam buku ini. Kalau saya yang kurang ilmu ini yang tolong jawabkan, orang akan marah walaupun jawapan yang diberikan sama, jadi silalah hayati dan fahami dari apa yang disampaikan oleh ustaz Zaharuddin yang amat banyak ilmunya ini. Saya juga pernah ditanya adakah saya menonton drama/filem bercorak agama/dakwah? Jawapan itu ada dalam buku ini.
Bahagian kedua menyentuh tentang Wanita dan Munakahat, manakala bahagian ketiga menyentuh tentang Wanita dan Rumahtangga. Bacalah. Banyak yang kita akan tahu. Ketika membacanya, saya kena baca satu-satu supaya saya tidak terlepas pandang akan hal yang berkaitan hukum yang dinyatakan (saya ada kaedah sendiri untuk saya baca cepat ketika saya membaca, tetapi saya tak gunakan kaedah saya itu ketika membaca buku ini).
Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka, insyaAllah kita akan dapat faedah yang banyak daripada buku ini, bukan di dunia sahaja, lebih2 lagi untuk kehidupan di sana.

6 comments:

ani said...

Salam Umi Jah.Selalu baca catatan Umi Jah,baru hari ini ingin mencatat komen.Buku yang baik untuk semua wanita.terima kasih kerana cadangan tersebut.nanti boleh cari.

amira falisa said...
This comment has been removed by the author.
amira falisa said...

K Jah, nak x recipe kek chocolate moist? Kalau akak ok, saya email kat akak.
Ooohh..masjid kat putrajaya tu yer..Saya pernah pergi sana, tp x masuk. Will go there one day, insyaallah.
Smlm saya pergi terapi solat, fuad latip yg wawarkan dlm facebook dia. Buat kt UITM Shah Alam.
Terkenang masa jadi student dulu.

ROS said...

Salam Ani,

Terimakasih berkunjung. Insyaallah lepas ni banyak lagi yang kita boelh kongsikan :)

ROS said...

Salam Uji,

boleh ke akak nak resepi tu? Akak ni tak pandai buat kek, kalau buat dua adunan, salah satu adunan pasti tak menjadi, entah kenapa :(

Pasti banyak yang uji dapat dari terapi solah tu ye, boleh la kongsi :)

Panggil akak Kak Ita. Jah tu singkatan nama anak sulung akak, Khadijah.

My Stories and Me said...

Salam perkenalan, saya memang sangat meminati website UZAR dan sering membacanya. Pernah ternampak gambar buku tu dalam websitenya tapi belum membeli lagi keranan masih banyak buku2 yang dibeli yang belum terbaca. Tentang resepi moist chocolate cake, saya ada satu resepi yang sentiasa saya masak tiap2 kali birthday anak2 dan sangat senang dan insya Allah pasti jadi. Kalau berminat bagi tau lah boleh saya kirimkan.