Wednesday, March 18, 2009

Cabaran

Saya baru habis membaca buku "Travelog Seorang Da'i" tulisan ustaz Abdul Rahman Mohamed. Beliau menetap di Singapura sejak kecil. Kehidupannya penuh dengan dugaan dan ujian sebelum dan selepas menjadi pendakwah sehingga kini. Semuanya adalah himpunan kisah2 yang mengusik hati dan perasaan bagi yang membacanya, apatah lagi bagi beliau yang melaluinya. Memang, sungguh besar cabarannya bagi sesiapa yang berdakwah @ yang hendak menyampaikan kebenaran walaupun kecil dan sedikit.

Melalui pengalaman sendiri yang sedikit ini, cabaran pasti ada jika sesuatu yang kita hendak lakukan itu matlamat akhirnya nanti adalah untuk mendapat redha Allah. Cabaran itu datang dari luar dan dalam diri kita sendiri.

Kalau dari luar, biasalah, cakap2 orang yang sering melemahkan semangat atau kata2 yang tidak menyokong usaha kita. Bila ini berlaku, kita mula berperang dengan perasaan sendiri...betul ke apa yang aku buat ni? Takpe ke buat macam ni? Ada ke orang nak dengar ni?....dan pelbagai macam persoalan dalam kepala, yang seringkali menimbulkan ketegangan dalam diri dan orang terdekat.

Ketika itu, hanya Allah tempat kita mengadu dan berdoa agar semuanya berjalan lancar...dan tiada apa lagi yang boleh disebut selain dari puji2an kepada-Nya andai apa yang berlaku adalah lebih baik dari apa yang kita jangkakan...Subhanallah.

Pengajaran yang kita dapat dari semua itu - jangan peduli apa orang kata jika apa yang kita hendak lakukan itu kita pasti ada manfaatnya untuk kita dan orang lain. Jangan tangguhkan kebaikan yang kita hendak lakukan, bimbang jika kita tidak sempat melakukannya.


1 comment:

aniisma said...

Salam

Sekarang ni, ramai penulis suka guna perkataan Travelog. Mungkin lebih komersial. Sekarang Ani tengah 'gila' menghabiskan bacaan Travelog Iran oleh Dina Sulaeman, penulis Indonesia. MasyAllah, berbaloi dengan harga RM25.90.