Tuesday, May 12, 2009

Lakonan


"Andakah pelakon yang kami cari? Datanglah untuk uji bakat di ...... pada..........Tapi ingat, hanya untuk mereka yang benar2 berani sahaja!".

Pasti semua orang pernah menonton iklan ini di tv. Entahlah....tak cukup beratkah tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk dilaksanakan? Sehingga masih tercari2 lagi peranan orang lain untuk dilakonkan...

Dimana janji kita kepada Allah untuk menjadi hamba-Nya yang taat? Mukjizat paling besar iaitu al-Qur'an diturunkan kepada kita sebagai panduan hidup, yang andai ianya diturunkan kepada gunung, gunung akan hancur dek kerana gunung tidak mampu memikul beban tugas dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

Kenapa masih tercari2 lagi peranan untuk dilakonkan? Sedangkan kita ada Pengarah, Pengatur, Penyusun dan segala2nya Yang Maha Hebat? Sudah tahukah kenapa kita dijadikan? Sudah tahukah dari mana kita datang? Sudah tahukah kemana kita akan pulang?

Ajakan kepada kebaikan tidak akan berkesan dengan lakonan. Kita biasa membacanya begini, " saya mahu penonton filem arahan saya mendapat pengajaran yang baik selepas menonton filem ini....supaya mereka tahu memilih jalan hidup yang baik"....Pengajaran baik apakah yang kita boleh dapat dari pergaulan bebas lelaki perempuan, aurat yang terdedah sana sini, mengajak kepada zina, minum arak, hubungan songsang, tidak hormat kepada ibu bapa.........dan seribu satu macam kerosakan yang ditonjolkan dalam sebuah filem yang kononnya memberi pengajaran baik kepada penonton?

Satu ketika, saya pernah berdiri menunggu suami memilih komputer, berdekatan dengan panggung wayang di sebuah gedung beli belah di Melaka. Yang masuk ke dalam panggung adalah kebanyakannya remaja lelaki dan perempuan secara berpasang2an, yang ada di antaranya belum pun habis sekolah.

Sedih. Mungkin ada di antaranya menipu ibubapa mereka dengan alasan hendak ke kelas tusyen, jumpa kawan,......dan seribu satu macam alasan dan dalih untuk menipu ibubapa.

Marilah...pertama2 saya menyeru diri saya...kita dekatkan diri kita kapada Allah, meneliti semula akan tugas, peranan, dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Cukup2lah...kita tinggalkanlah perkara2 sia2 yang tidak memberikan manfaat di dunia apatah lagi di akhirat. Henti2kanlah perbincangan tentang seni yang tidak menepati syarak. Islam tidak menentang hiburan, tapi bukan hiburan yang melalaikan untuk dinikmati. Fikir2kanlah.

Ya Allah, ampunkan dosa2 kami, beri petunjuk kepada kami agar berada di atas jalan yang lurus jalan yang Engkau redhai. Amin.

2 comments:

rossees said...

terima kasih =)

AbnormalSuam said...

gitulah yang berlaku apabila hiburan dan mereka yang terlibat dalam hiburan dijadikan ikon dalam masyarakat.

betapa dekatnya hiburan, kefakiran dan kekafiran dengan kita, sudah tidak lagi dihiraukan...

buktinya, ada mak abah yang mengalirkan air mata terharu bila anaknya menang dalam pertandingan menyanyi dan sebagainya...

Semoga dijauhkan anak-anak aku daripada pekerjaan yang sia-sia ini biarpun ia boleh menjadikan mereka mewah, terkenal dan dihargai....