Tuesday, July 22, 2008

Ingat sihat masa sakit....

Hari ni kepala masih berat lagi, mungkin kesan dari ubat yang dimakan. Ke klinik dengan suami semalam, sakit tak tertahan.

"Jangan risau, ini jangkitan kuman, insyaAllah kita ada ubat," doktor berkata dengan tenang dan mengurangkan debaran yang datang.

Alhamdulillah ada banyak perubahan walaupun masih terasa sedikit kesakitannya. Ubat2 masih ada untuk dihabiskan.

"Umi boleh rehat la bila ayah ke Shah Alam," suami bergurau.
Surirumah macam saya mana ada MC. Lebih2 lagi ada si kecil Maryam berumur 2 tahun lebih, mana boleh duduk diam. "Umi, cakap la dengan Yam...", katanya bila saya hanya mendiamkan diri mendengar celotehnya. Kelam kabut sedikit bila waktu pagi bila suami ada kelas di Shah Alam, pertamanya nak pujuk abang bangun, keduanya nak pastikan Maryam tidur nyenyak sehingga kakak dan abang siap untuk ke sekolah. Alhamdulillah, pagi ni selesai tanpa masalah.

Rasa nak tidur sahaja selepas makan ubat ni. Tapi teringat banyak kerja nak di buat.

Rasulullah saw telah mengingatkan kita ingat lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

Bila sakit, walaupun tak teruk, selalu teringat tentang mati. Kita cuma dipinjamkan nyawa, sampai masa Allah ambil kembali. Teruk @ tidak sakit kita, itu bukan alasan untuk dipanjangkan usia. Seorang rakan, meninggal dunia dalam keadaan sihat, cuma dia terjatuh tersepak bendul pintu sewaktu terburu2 hendak mengangkat kain di jemuran.

Bila sakit, teringat apa bekalan yang nak dibawa bertemu-Nya? Banyak yang dicuaikan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, sebagai isteri, anak, ibu...yang semuanya akan ditanya di sana nanti. Maksud hadis : " Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan ditanya apa yang dipimpinnya".

Seorang ustaz dalam satu majlis ilmu berkata, "Jangan risaukan apa yang kita tinggalkan bila kita mati......contohnya anak2, itu tanggungjawab orang yang hidup untuk menguruskannya, tapi risaukan apa bekalan yang kita nak bawa bila bertemu Allah kelak....,".

Ya Allah, rahmat dan kasih sayang-Mu amat aku harapkan. Jangan Kau biarkan aku menentukan nasibku sendiri walau dalam kadar sekelip mata atau lebih pendek dari itu. Ameen.

3 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Akak..
Akak..tak sihat ka?
Demam.?kesiannya kat akak..takpe kak..dugaan Allah...bila kita sakit terhapus dosa2 kecil kita insyaallah...:)
Rajin2 makan ubat ya kak...huda pun masih makan ubat lagi ni..:)
huda doakan akak cepat sembuh..:)

AbnormalSuam said...

maaf... bagi aku, ustaz itu tidak bercakap benar... dia hanya menyebutkan sebahagian tetapi meninggalkan sebahagian...

memang wajar kita merisaukan tentang anak-anak dan harta-harta kita apabila kita meninggal kelak... bahkan kita juga wajar risau akan ketiadaan ilmu yang diperpanjangkan dan digunakan secara berhikmah untuk mereka yang kita tinggalkan...

empat perkara yang akan ikut bersama-sama kita ke dalam alam kubur dan anak (atau keturunan) serta harta serta ilmu itu jugalah yang akan membantu kita...

ROS said...

Betul lah tu,abnormalsuam, tapi saya tak tulis di sini sebab rasanya semua orang dah tahu...Lagi pun kalau kita dah didik anak kita dengan betul, insyaAllah itu akan menjadi saham kita di akhirat. Pun tak salah ustaz tu ingatkan kita supaya fikir2kan tentang bekalan yang kita nak bawa ke sana, kan?