Thursday, February 19, 2009

Kisah Anak2 (2)

Balik dari sekolah, kakak merungut.
"Kawan2 taknak tanya ustazah kalau tak faham. Tapi suruh kakak yang tanya".
"Bagus la kakak yang tanya", saya sekadar menduganya.
"Tapi kadang2 kakak dah faham, kawan2 yang tak faham la yang tanya sendiri, bukan kakak", kakak mempertahankan rungutannya tadi.

Bukan mudah nak bina keyakinan anak2 untuk berhadapan dengan guru2 atau orang dewasa lain. Alhamdulillah, kakak ada keyakinan untuk dia bersuara di dalam kelas. Kami dapati guru2nya juga senang hati dengan sikap kakak di sekolah. Begitu juga ibubapa kepada beberapa rakan sekelasnya.

"Bagus la anak akak. Dia mudah faham bila dalam kelas. Anak saya selalu cerita", kata seorang bapa sambil tangannya sibuk mengambil darah saya beberapa hari lepas. Saya hanya senyum. Tiada sedikit rasa bangga di hati, tapi hati tak putus memuji-Nya. Segala puji hanya untuk Allah.

Menurut pakar motivasi, untuk membina keyakinan anak2, dengari apa yang mereka kata. Beri perhatian pada setiap rungutan supaya anak2 tidak mencari orang lain bagi selesaikan masalah mereka. Beri pujian setiap kali mereka membuat perkara baik.

Abang pula lain halnya. Keyakinan dirinya belum berkembang sepenuhnya. Anak lelaki lambat matang agaknya. Kadang2 kakak la yang jadi orang tengah untuk jumpa guru2 abang, atau kadang2 ayahnya yang terpaksa bertanya dengan guru2nya.

Balik dari sekolah mesti naik basikal. Sekali @ dua kali pusing taman, balik solah asar dan main basikal semula. Asyik tanya ayahnya, kenapa dia tak sekolah di sekolah berhampiran rumah kami. Ayahnya menjawab," Kalau abang sekolah kat sini, abang taknak sekolah agama sebelah petang, sebab abang nak main basikal".
"Mana ayah tahu abang taknak sekolah agama petang?", abang tak puashati.
"Ayah tahu, abang kan anak ayah! Sebab tu ayah sekolahkan abang dan kakak kat SRAB. Umi tak payah nak pujuk abang untuk ke sekolah agama sebab dah diajar sekali kat sekolah abang sekarang". Abang pasti muncung...

Adik Yam? Main, main,main. Merajuk kalau umi tak layan main dengan dia. Dah hafal al-Ikhlas dan al-Fatihah walaupun pelat serta doa2 pendek yang mudah.

Kata pakar kanak2, 7 tahun pertama adalah tahap bermain untuk membina keyakinan anak, 7 tahun kedua adalah tahap untuk menanamkan disiplin dalam diri anak2 dan ia merupakan tahap kritikal. Manakala 7 tahun ketiga adalah penentu samada anak2 akan menjadi kawan @ lawan kepada ibubapanya.

Pendidikan anak2 tidak akan berhenti selagi kita hidup. Kita pasti mahu anak2 kita nanti sentiasa mendoakan kita bila kita telah pergi bertemu Ilahi.

Tuesday, February 10, 2009

Ramai orang buat...

Dalam salah satu huraian hadis yang ditulis oleh Zainab Ghazali, dia menulis bahawa sambutan Hari Ibu/Bapa adalah bukan dari apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah. Atau dengan kata lain ia adalah bid'ah. Jika Hari Ibu/Bapa itu bukan dari ajaran Islam, apatah lagi Hari Kekasih yang juga menjadi kegilaan masyarakat untuk menyambutnya setiap tahun.

Seorang anak itu setiap masa mesti mengambil berat dan sentiasa berbuat baik kepada kedua ibubapanya. Hubungan antara seorang Muslim dengan kedua orang tuanya adalah berterusan, cinta kepada mereka adalah cinta yang abadi, taat kepada mereka adalah wajib meski berbeza agama, kecuali jika mereka menyuruh kita menyegutukan Allah kita wajib mengingkarinya.

Ada ibu yang menjaga cucu2 mereka kerana anak2 sibuk bekerja. Ada ibu yang menjaga cucu2 kerana anak2 menyambung pelajaran....serta bermacam cara lagi anak2 yang menyusahkan ibubapa yang telah tua. Lupakah mereka, ibubapa telah penat menjaga kita semasa kita kecil dulu? Jika kita yang muda pun terasa penatnya menjaga anak2, apatah lagi ibu kita yang telah tua!! Berilah peluang untuk ibubapa kita berehat dan bergembira dengan amal ibadah yang hendak mereka lakukan, tanpa disibukkan lagi dengan urusan menjaga cucu2.

Apa guna menyambut Hari Ibu/Bapa dengan membelikan hadiah dan pelbagai macam pemberian, sedangkan sebelum dan selepas tarikh itu (Mei/Jun setiap tahun), ibubapa dibiarkan? Jarang ditanya khabarnya dek kerana sibuk dengan kerja.

Sesungguhnya musuh2 Islam itu sentiasa berusaha untuk mengelirukan umat Islam dengan pelbagai hari untuk disambut sedangkan dalam Islam hanya ada dua hari perayaan iaitu Aidilfitri dan Aidiladha - dan kedua2nya pun bukan untuk keseronokan semata2, tetapi untuk menyatakan rasa syukur atas puasa dan haji yang telah dilaksanakan.

Sama2lah kita renungkan hadis berkaitan :

Dari Abu Najih Al-Arbadh bin Sariyah r. yang berkata, "Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada kami dengan nasihat yang sangat dalam, yang boleh membuat hati bergetar dan mata terbeliak. Maka kami katakan saat itu, "Wahai Rasulullah, seolah ini adalah wasiat penghabisan, maka segeralah beri wasiat kami!" Rasulullah bersabda (yang maksudnya), "Aku berwasiat kepada kalian agar bertaqwa kepada Allah, mau mendengar dan taat meski dipimpin oleh seorang budak Habsyah. Maka barangsiapa yang hidup di antara kalian setelahku nanti, sungguh akan melihat perselisihan yang banyak. Kerananya, hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para khulafaur rasyidin setelahku. Berpegang teguhlah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara2 baru (dalam agama) kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat. (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).

Islam Kembali Dagang ( 2 )

Ciri2 Dagang :

1. Berlaku 'bid'ah fiddin' - umat Islam mengambil jalan deen yang bukan jalan Islam. Dalam surah al-An'am ayat 153, Allah berfirman yang terjemahannya," Dan sungguh, inilah jalan-Ku yang lurus. Maka ikutlah. Janganlah kamu ikuti jalan2 yang lain yang akan mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa".

2. Berbagai2 ism dianuti dan dicampur adukkan dengan ajaran2 Islam, sedangkan Allah telah mengingatkan manusia dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang terjemahannya berbunyi, " Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu".

3. Menjalani satu cara hidup yang tidak menggambarkan akhlak Islam di mana mungkar dipandang sebagai ma'ruf dan sebaliknya ma'ruf dianggap mungkar.

4. Lahir perkara2 syubhat dalam kehidupan umat Islam di samping mengikuti fahaman sekular dan fahaman penjajah. Islam dianggap tidak sesuai dengan kehidupan kini dan ia perlu diubah disesuaikan dengan cara hidup sekarang yang bersifat kebendaan.

Tuesday, February 3, 2009

Tabah

"Orang dah taknak kita.....saya diberhentikan. Yelah, orang lain pun ramai lagi yang nak kerja dengan dia...takpe mungkin rezeki saya bukan kat situ...carilah tempat lain, ye tak?", kakak penjual kuih, pertengahan umur itu menjawab pertanyaan saya pagi kelmarin. Perlahan dan sayu bunyinya sambil tangannya mengambil kuih yang saya beli.

Dia tinggal sendirian. Sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan. Dua minggu lepas dia terjatuh dan menyebabkan bahunya sakit yang memaksanya meminta cuti sementara bahunya sembuh. Tapi pagi kelmarin, itulah jawapan yang saya dapat darinya.

Simpati. (Tetapi saya tidak menyalahkan tindakan tuan punya kedai makan itu. Saya faham operasi kedai makannya harus seperti biasa kerana pelanggan tidak pernah putus). Sebagai anak kampung yang mempunyai adik beradik ramai, dibesarkan dalam serba kekurangan, saya faham erti kesusahan. Saya tahu susahnya emak dan aruah abah nak besarkan 12 orang anak.

Melihat kakak penjual kuih itu, teringat kakak sendiri. Bertungkus lumus mencari pendapatan untuk sebuah kehidupan. Ujian hidupnya hebat. Hanya kesabaran dan pergantungannya kepada Yang Esa yang memberinya kekuatan.

Kegawatan ekonomi kini tempiasnya kena pada semua orang. Kilang tempatnya bekerja mengecilkan operasi. Memberi dua pilihan kepada pekerja2nya - kerja 12 jam sehari @ berhenti tanpa apa2 pampasan. Kakak tiada pilihan lain selain memilih untuk bekerja 12 jam sehari. Bekerja mulai 7 petang - 7 pagi. Perjalanan pergi 2 jam, balik 2 jam. Sampai di rumah jam 9 pagi, kerja2 rumah pasti menunggu, ada ibubapa mentua lagi yang kena diambil tahu makan minumnya......hanya Allah yang tahu perasaannya. Jam 4.30 petang pasti sudah berada di dalam perut bas untuk ke kilang semula. Adakalanya mata ini sukar dipejamkan semula andai terjaga di tengah malam....teringat kakak yang sedang bekerja.

Uda, semoga Allah menambahkan kesabaran dan ketabahan di jiwamu. Adikmu ini hanya mampu mendoakan yang terbaik buatmu.

Wahai diri, nikmat Tuhan-mu yang manakah yang hendak engkau dustakan?

Monday, February 2, 2009

Keliru

"Mi, kenapa ....., ....., ......, pakai macam tu?" kakak bercakap perlahan kepada saya sewaktu saya sedang menyiapkan makan malam beberapa hari lepas.

Saya menjawab pertanyaannya dengan pertanyaan juga,"Nampak soleh tak dengan apa yang kawan2 kakak pakai?".

"Tak," cepat kakak menjawab.

"Umi tak boleh nak kata apa. Itu tanggungjawab mak ayah mereka untuk kata boleh atau tidak pakai macam tu. Macam ayah semalam, tak bagi kakak pakai t-shirt, walaupun besar saiznya sebab semalam kita bukan nak jogging atau nak gi mandi kat Gunung Ledang. Ayah suruh kakak pakai baju kurung, kan?". Kakak angguk.

"Umi dan ayah nak anak2 umi dan ayah pakai tutup aurat yang sempurna walau di mana pun. Bukan suka hati nak pakai apa tapi tak menepati syarat menutup aurat yang Allah nak. Bila kakak dah baligh nanti, lagi banyak kakak kena jaga. Balik kampung, kakak dah kena pakai tudung walaupun kat rumah atuk dan 'embah' (bahasa jawa bermakna nenek/datuk). Salam pun kakak dah kena berhati2, bukan semua kakak boleh salam...dengan Yun, Fazli, Cik Azam...kakak dah tak boleh salam dah". Kakak angguk lagi. Alhamdulillah kakak seorang yang mudah faham. Tapi sebagai ibubapa, kami tidak membiarkan anak2 kami untuk memahami semua ini, sendirian. Bimbang anak2 tersalah faham. Lebih2 lagi, dalam keadaan sekarang, kami takut anak2 kami terkeliru.

"Tutup aurat bukan setakat tutup kulit kita, kak. Tutup aurat tu kena ikut apa yang Allah sebut, bukan ikut apa yang kita rasa betul. Umi harap kakak faham". Kakak senyum sambil tangannya sibuk membantu saya menyediakan makan malam.

Dagangnya Islam hari ini juga termasuk dalam soal berpakaian.

Ya Allah, tetapkanlah pendirian kami di jalan yang lurus ini. Amin.