Monday, February 2, 2009

Keliru

"Mi, kenapa ....., ....., ......, pakai macam tu?" kakak bercakap perlahan kepada saya sewaktu saya sedang menyiapkan makan malam beberapa hari lepas.

Saya menjawab pertanyaannya dengan pertanyaan juga,"Nampak soleh tak dengan apa yang kawan2 kakak pakai?".

"Tak," cepat kakak menjawab.

"Umi tak boleh nak kata apa. Itu tanggungjawab mak ayah mereka untuk kata boleh atau tidak pakai macam tu. Macam ayah semalam, tak bagi kakak pakai t-shirt, walaupun besar saiznya sebab semalam kita bukan nak jogging atau nak gi mandi kat Gunung Ledang. Ayah suruh kakak pakai baju kurung, kan?". Kakak angguk.

"Umi dan ayah nak anak2 umi dan ayah pakai tutup aurat yang sempurna walau di mana pun. Bukan suka hati nak pakai apa tapi tak menepati syarat menutup aurat yang Allah nak. Bila kakak dah baligh nanti, lagi banyak kakak kena jaga. Balik kampung, kakak dah kena pakai tudung walaupun kat rumah atuk dan 'embah' (bahasa jawa bermakna nenek/datuk). Salam pun kakak dah kena berhati2, bukan semua kakak boleh salam...dengan Yun, Fazli, Cik Azam...kakak dah tak boleh salam dah". Kakak angguk lagi. Alhamdulillah kakak seorang yang mudah faham. Tapi sebagai ibubapa, kami tidak membiarkan anak2 kami untuk memahami semua ini, sendirian. Bimbang anak2 tersalah faham. Lebih2 lagi, dalam keadaan sekarang, kami takut anak2 kami terkeliru.

"Tutup aurat bukan setakat tutup kulit kita, kak. Tutup aurat tu kena ikut apa yang Allah sebut, bukan ikut apa yang kita rasa betul. Umi harap kakak faham". Kakak senyum sambil tangannya sibuk membantu saya menyediakan makan malam.

Dagangnya Islam hari ini juga termasuk dalam soal berpakaian.

Ya Allah, tetapkanlah pendirian kami di jalan yang lurus ini. Amin.

No comments: