Thursday, December 3, 2009

Quran Saintifik

Telah hampir enam bulan saya membeli buku bertajuk 'Quran Saintifik : Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains' tulisan Dr. Danial Zainal Abidin, dan untuk selama tempoh itu telah berulang kali saya baca. Tulisannya mudah untuk difahami - kalau kita baca dengan hati dan minda terbuka dan dengan niat untuk lebih mengenali Pencipta alam ini.

Maha Hebatnya Allah Pencipta alam ini. Semuanya ada disebutkan di dalam al-Quran walaupun ketika ia di turunkan, kebanyakkan apa yang disebutkan belum berlaku - maka benarlah bahawa al-Quran itu mendahului zaman.

Seperti kata Prof. Mohamed Hatta Shahrom di kulit belakang buku ini - ia adalah buku yang mampu mengupas isu2 sains dan keagamaan dengan cara yang mempesona dan meyakinkan.

Bagi ibubapa, pasti ada soalan2 dari anak2 yang bertanyakan tentang alam ini @ tentang puasa @ tentang solat @ tentang aurat @ tentang kesihatan....yang adakalanya memeningkan kepala kita untuk menjawabnya....bacalah buku ini, insyaAllah ia dapat membantu kita memberikan jawapannya. Ia juga boleh dijadikan bahan perbincangan untuk halaqah keluarga.

Saya tiada apa2 kepentingan dengan buku ini, tapi saya ingin berkongsi nikmat membaca dan memahami apa yang tertulis di dalam buku ini....sekaligus ia akan menjadikan kita merasai akan Kehebatan dan Kebesaran Allah Pencipta alam ini. Subhanallah.

2 comments:

ahong said...

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Buku yang sangat bagus tu Umi Jah.
just nak recommend buku yang berjudul Pasak.

Pendekatan Islam dan sains dapat meningkatkan akidah kita. Kita akan menjadi lebih yakin dan iman kita akan menjadi lebih kuat jika kita memahami betapa saintifiknya al-Quran.

-Muhammad Ng-

ROS said...

Waalaikumussalam wrt. wbt. saudara Muhammad. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya. Memang bagus buku ni. Nanti saya cuba cari buku Pasak tu.