Saturday, June 14, 2008

Sabtu - hari ke pasar

Hari ni sabtu, 14.6.08, hari untuk saya mencari & membeli barang2 keperluan dapur untuk seminggu. Suami pun akan ke USM minggu depan untuk present paper, jadi kena carilah mana yang patut terutama untuk anak2. Saya jarang keluar bila suami tiada di Segamat, tak seronok keluar sorang2. Hari ni juga hari yang ditunggu2 oleh rakyat Malaysia untuk menuntut rebat kenderaan di pejabat pos. Kami lalu di hadapan pejabat pos Segamat, kalau2 ada ruang untuk mencelah, tetapi beratur sampai keluar, tak jadi singgah. Petang suami ke pejabat pos Jementah, tidak seramai di Segamat, alhamdulillah, dapat.

Di pasar tani, memilih sayur sambil berbual2 dengan seorang makcik. Dia membelek2 buah bacang.

"Beli buah bacang, makcik?", saya menegur makcik di sebelah.
"Ha'ah...kena beli 3 biji sebab nanti jiran2 bau, kena bagi", saya senyum.
"Sedap buat apa bacang ni, makcik?"
"Buat sambal belacan, racik halus2, gaulkan dalam sambal belacan".
"Saya tak pernah buat, makcik", saya membalas sambil membuka beg plastik untuknya.
"Cubalah. Ehh...baiknya awak, bukakan plastik untuk makcik", dia tersenyum lebar sambil memasukkan buah bacang ke dalam plastik yang telah saya buka dan hulurkan padanya.
Saya sekadar senyum, tapi dalam hati ada rasa gembira walaupun sekadar dapat buka plastik untuk makcik tu.

Pengalaman yang lepas2, saya dapat rasakan, orang2 yang lebih tua terasa gembira jika kita yang lebih muda menyapa dan bertanya khabar walaupun untuk pertama kali kita bercakap dengannya. Tak rugi untuk kita menyapa @ menegur mereka. Mungkin bila kita seumur dengan mereka, kita juga akan merasa demikian jika ada yang menyapa kita di mana2.

Seperti dalam satu hadis yang maksudnya, " bukanlah daripada kalangan kami orang2 yang tidak menyayangi kanak2 dan yang tidak mengetahui kemuliaan orang tua", riwayat Ahmad, Tarmizi, Hakam dan Abu Daud.

4 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Kak..

Betul tu kak..dulu masa alam2 remaja, zaman2 sekolah huda pun rasa segan2 nak tegur mak cik2 bila pi kedai, rasa malu..tapi sekarang dah biasa dan sememangnya kita akan rasa seronok dapat berbual dengan mereka..

Emm..akak minat menulis rupanya..huda pun minat menulis zaman2 sekolah tapi bila masuk universiti kurang..nak sekarang ni mula semula sebab bidang pendidikan memerlukan pembacaan yang banyak..

Akak..dah habis baca novel tautan hati tu..huda tak habis baca lagi..novel tu memang bagus..baru2 ni huda baru habis baca novel "memoir seorang guru" karya Azizi Abdullah..ternyata ada juga kata-kata yang boleh dijadikan motivasi buat pendidik insyaAllah..

Semoga akak terus berkarya di sini...insyaAllah

ROS said...

Assalamualaikum Huda,

Huda, saya nak alamat Huda berada sekarng sebab nak kirimkan bahan bacaan menarik untuk Huda baca. Email kan alamat Huda ke :
umi_jah@yahoo.com

Buku Fatimah Syarha dah habis saya baca. Sekarang ni tengah baca 2 buah buku yang baru dibeli.Ada sebuah lagi yang belum sempat nak baca.

Takpe belum habis baca buku Fatimah Syarha tu, yang penting kita dapat kebaikan yang ingin disampaikan.

Ada anak kecil yang masih menyusu ni Huda, kena pandai cari masa nak baca. Maklumlah kadang2 kita baru nak duduk, dia dah cepat2 minta dilayan untuk menyusu @ bermain. Orang masih bujang lain. Itulah sebenarnya ujian kita, Huda. Manusia selalu tertipu dengan sihat & masa lapang. Bila sihat, tak buat banyak perkara tapi bila sakit baru teringat sepatutnya dah buat dulu masa sihat. Masa lapang begitu juga. Kita selalu cuaikan & bazirkan masa yang ada dengan perkara yang kurang bermanfaat. Saya ni nak ingatkan diri saya sebenarnya, Huda jangan kecil hati pulak ye.

Ok, hingga jumpa lagi. Wassalam.

nurhuda_cahayapetunjuk said...
This comment has been removed by the author.
nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Akak..

Huda dah emailkan alamat huda..
Maaf kak..lambat sebab busy parktikal kat sekolah 2 minggu..
Terima kasih kak..
Hanya Allah yang membalasnya..insyaAllah..