Tuesday, June 3, 2008

Ke Shah Alam

Semalam kami ke Shah Alam. Satu perjalanan yang memenatkan kerana pergi dan balik dalam satu hari. Kakak dan abang merengek nak menginap di hotel. Puas memujuk anak2 untuk tidak bermalam di hotel, akhirnya mereka setuju untuk balik semula ke Segamat, tapi ada 'upah' yang diberi-suami saya menunaikan hajat anak2 yang terlalu teringin makan 'dunkin' donat'. Untuk saya dan suami, tiada istimewanya donat tu, sekadar di letak coklat di atasnya untuk menggantikan gula halus yang biasa digaulkan pada donat. Begitu besarnya pengaruh iklan dalam hidup anak2 kita."Waa...macam dalam syurga abang dapat makan dunkin' donat ni!", anak kedua saya amat gembira hajatnya tertunai. Tetapi kami mengingatkan kepadanya supaya bersyukur kepada Allah kerana dapat apa yang dihajatkan.

Kami ke SA dengan dua tujuan. Pertama mencari ayam organik keluaran Mumtaz Food, kedua mencari bahan2 bacaan bermutu untuk kami dan anak2. Alhamdulillah kedua2nya kami perolehi, berbaloi penat ke SA.

Ayam organik keluaran Mumtaz Food diberi makan madu, habatussauda' , kurma dan herba2 terpilih. Yang paling penting ianya halal dan suci. Saya baru siap memasak sup ayam organik ni, masyaAllah sedap sungguh rasanya. Tidak hanyir dan dagingnya tidak liat tetapi tidak juga lembut- macam pure ayam kampung dulu2 yang saya makan masa kecil. Hampir 3 bulan kami tidak membeli ayam selepas pelbagai isu berkaitan ayam timbul. Kami hanya berlaukkan ikan, udang, sotong....pada anak2 kami nak kenalkan bukan ayam sahaja yang sedap untuk dimakan. Sesekali kami hanya berlaukkan ikan masin dan untuk anak2, ikan bilis goreng bertepung.

Dalam satu majlis ilmu yang saya ikuti, ustaz menyebut tentang anak2 pada hari ini yang diserang 'sindrom malas' - anak2 hanya suka baring/duduk menonton tv @ melayari internet @ bermain game di komputer, kalau diminta bantuan, bangun pun dalam keadaan malas. Sambil mendengar kuliahnya, fikiran saya menerawang ke kedai ayam depan rumah mak di kampung. Ayam2 tersebut hanya duduk diam @ makan dalam reban sambil menunggu untuk disembelih. Bila ada pembeli, pekedai akan menimbang ayam tersebut, pun ayam akan hanya duduk diam di atas penimbang tanpa berusaha untuk menyelamatkan diri. Dalam satu buku pendidikan anak2 yang saya baca, penulis mengingatkan jika kita memakan makanan yang haram akan menyebabkan pemakan terikut sikap buruk yang ada pada barang yang dimakan. Entah...mungkin teori saya silap, tapi saya selalu teringatkan ayam2 yang hanya duduk diam ada persamaan dengan anak2 kita yang hanya suka duduk di depan tv @ berinternet @ bermain game di komputer.

Kakak seronok mendapat buku yang dihajatkan, begitu juga saya. Abang menumpang baca buku kakak walaupun masih tersangkut2 pembacaannya. Saya dan suami sentiasa mencari bahan yang baik dan sesuai untuk anak2 terutama yang mempunyai nilai2 agama. Kami tidak mahu membiasakan anak2 dengan bahan bacaan yang hanya mementingkan hiburan @ terlalu santai. Cuma keadaan jadi sedikit rumit bila balik kampung- banyak bahan bacaan yang tidak begitu sesuai untuk mereka, jadi tugas saya dan suami yang akan beritahu anak2 apa yang sesuai, mana yang tidak patut dibaca untuk anak2 peringkat umur mereka. Alhamdulillah setakat ni, anak2 tidak membantah nasihat2 kami ibubapanya tentang bahan2 bacaan yang sesuai untuk mereka. Kami sentiasa berdoa anak2 tidak tertarik kepada perkara2 yang tidak berfaedah dan kami sentiasa beritahu ini kepada anak2 secara berulang2. Salah satu yang kekal bila kita mati nanti adalah anak2 yang soleh yang sentiasa mendoakan kita. Tapi semuanya bermula dari kita, nak jadikan anak kita soleh atau sebaliknya.

6 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Umi dah habis baca buku Fatimah Syarha tu? Kalau dah baca nanti boleh la summary untuk ayah.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum...Kak Ita..

Wah seronok baca buku...akak minat membaca juga ya..saya pun..cuti2 begini byk dihabiskan mmbaca...
Memang betul kak..anak2 zaman sekarang perlu didedahkan dgn buku2 yang berilmu..saya setuju sgt2..

Akak..baca buku Fatimah Syarha? saya ada beli novelnya "Tautan Hati" tapi belum habis bacanya..:)

ROS said...

Wa'alaikumussalam,Huda.

Akak suka membaca terutama buku2 yang boleh memberi motivasi juga buku2 berkaitan Islam. Membaca membuka minda kita, tapi kena bacaan yang baik & bermutu, bukan semua boleh dibaca. Itu yang kami nak tanamkan pada anak2.

Novel Fatimah Syarha belum habis baca lagi. Akak dengar yang baik pasal penulisnya, tu yang akak tertarik untuk membaca novelnya. Dia ada novel terbaru tapi akak belum beli lagi, habiskan dulu yang ni. Maklumlah nak baca sampai habis memakan masa, membaca novel ni pun sambilan je. Ternyata novel ni tidak mengecewakan. Ada hadis2 yang kita boleh rujuk, ada tazkirah(peringatan), juga ayat al-Quran. Novel hari ni jarang ada semua tu. Yang ada semuanya hubungan cinta terlarang atau sekadar menurut hawa nafsu. Moga kita semua terhindar dari hawa nafsu yang menipu.

Akak minat menulis. Dulu masa muda2 pernah tersiar puisi dalam Dewan Siswa, sekarang ni dah tak sempat sebab menulis ni perlukan tumpuan dan masa.

Moga kita dapat berblog lagi selepas ini, Huda. Wassalam.

aniisma said...

Salam Umi Jah

Saya pun pernah terbaca tentang ayam tersebut. Saya pernah menelefon pengedarnya. Berminat nak mencuba tapi belum lagi kesampaian.

Memang banyak perbezaan antara ayam daging dengan ayam yang lepas bebas. Mak mertua di Perak membela ayam dan itik. Bila dimasak, isinya agak liat tapi terasa kemanisannya.

Ayam daging di pasaran sekarang, lembik semacam. Kan bagus kalau ada pengedar ayam organik di Segamat...

ROS said...
This comment has been removed by the author.
ROS said...

Salam Aniisma,
Di Segamat belum ada lagi. Tapi di Muar dah ada pengedar. Alamatnya:
KL100, KM 11, Kesang laut, 84000 Muar, Johor. Tel:012-3000758.
Selamat mencuba.