Monday, January 10, 2011

Suka tapi sedih..

Dua kali kakak menelefon sepanjang seminggu dia mula bersekolah di Shah Alam. Setiap kali menelefon, pasti ada suara sebak di hujung talian.

"Kenapa kakak menangis?".

"Tak tahu...".

"Semua ok kat sana?".

"Ok...kakak suka kat sini...".

"Kalau suka kenapa menangis?", saya sekadar menduga. Dua belas tahun tinggal bersama, bukan satu yang mudah untuk melalui suasana kehidupan baru tanpa umi, ayah, abang dan adik Yam.....semuanya kena urus sendiri.

"Kenapa kakak telefon ni?".

"Hanger baju kakak habis....kat sini musim hujan...baju banyak yang belum kering", kakak menjawab dengan sedikit tersedu. Mesti teringat...kalau di rumah umi yang kisahkan semua baju2 tu....

"Lagi apa yang kurang?".

"Kamus Bahasa Arab-Melayu, alat geometri dan kalkulator saintifik".

Lalu, hujung minggu lepas kami menziarahinya bersama2 dengan barang2 keperluannya. Kakak kelihatan ceria dengan rakan2nya, dan dia mula dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana sekitarnya.

"Kakak sedih, ingat umi bila makan dan lepas solah kat surau. Kawan2 pun macam tu juga".

"Takpe...nanti lama2 kakak dan kawan2 dah biasa takde umi dan ayah", ayahnya memujuk. Kakak diam sambil mengesat2 air matanya. Kami pun sedih, tapi kami kena lebih kuat untuk menyokong kakak terus bersekolah di situ. Kami juga sering teringatkannya setiap kali waktu makan dan selepas solah - sama seperti apa yang kakak rasa....sebab kedua2 perkara itu kami sering lakukan bersama2.

"Kita nak jadi hamba yang taat, patuh dan tunduk kepada Allah. Kita kena rasa kita ni hamba-Nya. Jauhkan sifat sombong dan tinggi diri....", itu yang kami dengar sewaktu kami menunggu kakak habis untuk sesi suaikenalnya....inilah juga harapan kami mengapa kami menghantar kakak belajar di situ.

Ya Allah, bantulah kami dalam mendidik anak2. Berikan kami kesabaran. Berikan kami kekuatan. Berikan kebaikan dunia dan akhirat untuk kami. Ameen.

2 comments:

nadz said...

Assallamualaikum,

mama nadz juga sedih teringat anak-anak yg tinggal kat asrama pada awal persekolahan dulu-dulu.
Bila dah lama nanti, mereka akan suka pula tinggal kat asrama sebab ramai kawan.

ROS said...

Wa'alaikummussalam Kak Nadz,

Kak nadz mesti dah banyak pengalaman dengan anak2 belajar jauh, kan. Saya baru bermula, bukan anak je yang sedih, saya dan suami pun masih belum biasa lagi dengan keadaan ni. Tapi kami saling menyokong kerana kami tahu dan jelas dengan keputusan kami untuk sekolahkan kakak di Shah Alam.