Monday, August 4, 2008

Hanya mimpi




Saya berada di salah satu chalet sebuah resort. Bosan di dalam bilik, saya keluar ke anjung chalet dan melihat orang ramai lalu lalang di luar. Sambil melihat mereka, saya membaca surah2 lazim dengan dimulai surah al-Ikhlas. Tiba2 datang segerombolan pelancong Arab duduk di keliling saya untuk mendengar surah2 al-Quran yang saya baca. Tiba pada surah ad-Dhuha, seorang perempuan Cina muda berhampiran dengan saya tiba-tiba berkata," Saya tahu surah ini, saya sudah hafal", teriaknya keseronokan sambil mengikut saya membaca surah tersebut walaupun dalam keadaan pelat sebutannya. Tiba-tiba......ahh....bunyi ayam berkokok. Rupanya ayam belaan jiran berhampiran berkokok. Mimpi tadi hilang serta merta. Saya melihat jam telefon bimbit, pukul lima pagi.

Saya jarang ingat mimpi yang saya alami, tapi mimpi yang ini saya boleh mengingatinya. Entah apa maknanya. Tapi sekurang2nya ia bukan mimpi yang bukan-bukan.

Beberapa hari ini saya teringat seorang rakan bloggers yang saya senangi, dia tinggal berdekatan Tanjung Piai. Teringat untuk bertanya padanya kalau2 ada resort di sana. Cuti sekolah hampir tiba, teringin mengajak suami ke pantai bersama anak2 masa cuti. Mungkin kerana itulah saya bermimpi ini malam tadi.

Boleh kita gi pantai,yah, cuti sekolah ni? Hehehe.....umi gurau je.

4 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

heheh..Mimpi yang indah kak..bagus tu kak.:)

Hehehe..akak nak datang ker..mailah kak...
Tanjung piai..mlm2 bleh nampak Singapura dan boleh memancing, nak tahu ok ker tak kena mai sini..;)..dan kebetulan cuti bulan 8 ni, huda cuti juga...mailah kak datang hehehe..sangat dialu-alukan..;)

ROS said...

Waalaikumussalam Huda,

saje mengusik en Halim, tapi kalau dpt gi pantai bagus juga kan. Kami ada peta Malaysia, bila tengok kampung Serkat dan Tanjung Piai....alamak... jauhnya!!Betul kata huda, ianya di hujung benua Asia.

Kalau ada rezeki, dapat la akak ke sana, kalau tak , air terjun Gunung Ledang @ air terjun Bekok pun jadilah...hehehe...akak pun bukan suka sangat main air, cuma suka sangat dengar bunyi air dan tengok air mengalir...kerana di situ kita melihat kebesaran Allah...Subhanallah.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

heheh...akak..

saja usik..kalau betul boleh pi apa salahnya..hehehe...
Emm...memang jauh kak..lebih kurang 3 jam daripada segamat..Tanjung Piai memang yang paling hujung sekali di Benua Asia..dan di sini ada tugu besar menandakan garis penamat penghujung benua asia,menarik besar sgt..tapi di sini tak boleh mandi sebab pantainya berlumpur :)..tapi kita akan rasa dekat sgt dengan Singapura mcm boleh berenang jer heheh..

Takpe kak..bila2 umur panjang boleh mai sini tapi jgn lupa habaq kat huda :)..Ya..huda suka juga pantai dan air terjun, kalau pi kelantan dan t'ganu lagi best..;)...udara nyaman dan tenang...Subhanallah.

aniisma said...

Assalamualaikum Ita

Orang tua kata kalau mimpi sebelum subuh dan kita boleh ingat mimpi tu, maknanya ada maksud tertentu. Mungkinlah.

Cuti sekolah ni, suami tak dapat cuti...jadi ani akan ke Serendah bersama anak-anak ziarah mak. Boleh luangkan lebih masa dengan mak, alhamdulillah.

Kalau ada rezeki, sampailah Ita dan keluarga ke Tanjung Piai, dengar khabar, tempat yang menarik.

Huda, selamat bercuti, cikgu.