Friday, January 2, 2009

Faridah Rahim

Aku mengenalinya sewaktu aku di semester 5 & 6 diplomaku di Shah Alam. Waktu itu dia sedang di semester akhir ADIA (sekarang BAcc). Seorang yang lemah lembut dalam pertuturan dan tingkah laku tetapi seorang yang tegas dalam mempertahankan prinsip.

Dia di antara orang terawal 'menyambut tanganku' dalam pencarianku untuk memahami Islam. Semua yang ada pada dirinya, membuat aku 'tidak lari' untuk terus berada bersama2nya dan rakan2 lain duduk bersama, bercakap, berbincang tentang agama yang sempurna ini. Perhubungan itu kekal hingga kini.

Perkhabaran sedih kuterima malam tadi dan pagi ini. Dia dalam situasi kritikal. Pendarahan tak henti sewaktu pembedahan dilakukan untuk membuang barah yang menyerang ovarinya memaksa doktor menghentikan pembedahan. Setakat pagi tadi, telah sepuluh beg darah diisi ke dalam badannya...dan ia masih begitu....

Semuanya terbayang di mata dan kotak ingatanku tentang dia. Hanya doa yang mampu kupanjatkan pada Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Teringat aku akan anak2nya seramai 5 orang yang sedang membesar. Pasti suami dan anak2nya sedang bersedih dan tidak henti berdoa untuk isteri dan ibu yang mereka sayangi. Ya Allah, Kau selamatkanlah dia. Sembuhkanlah dia seperti sediakala....

1 comment:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Huda doakan semoga beliau tabah dan kuat dalam mengharungi saat getir dan berjuang untuk hidup dalam menghadapi dugaan Allah..semoga Allah sentiasa bersama beliau dan semoga beliau sembuh seperti sediakala..Aminn..