Monday, September 22, 2008

Kuih raya & bunga api




"Umi tak buat kuih raya ke?", tanya kakak pagi kelmarin.
"Umi mana pandai buat kuih raya. Lagipun kita kan dah beli kuih yang makcik Zah jual", saya menjawab sambil membasuh pinggan.
"Alaaa...mi...itu kuih orang buat. Umi buatlah cornflakes madu macam tahun lepas, kakak boleh tolong", kakak memujuk lagi. "Umi kan dah beli cornflakes kotak besar tu, umi nak buat apa?", kakak masih tidak puashati.
"Ok, hujung minggu depan dah cuti sekolah, kita buat, tapi kakak mesti tolong umi. Esok kita minta ayah belikan marjerin".
"Ye, kakak memang nak tolong umi buat kuih tu", kakak menjawab dengan gembira.

Saya bukan seorang yang rajin di dapur. Bukan tak biasa makan lauk 'dua dalam satu' - itulah lauk itulah juga sayur. Selalu saya beritahu suami, saya tak suka nak habiskan banyak masa di dapur hanya untuk memasak. Alhamdulillah suami bukan seorang yang cerewet soal makan. Begitu juga dengan persiapan hariraya. Semuanya ala kadar. Kami lebih untuk mengajak anak2 merasai kegembiraan menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Bukan untuk melupakan Syawal, baju baru, sedikit kuih2 raya tetap ada, tapi kami tidak mahu ia jadi sesuatu yang menyusahkan untuk menyambut Syawal dengan menyediakan pelbagai keperluan yang kadang2 tak perlu pun.

Cuma suami sering mengingatkan, kita kena raikan anak2. Kuih, baju baru, kasut baru, bunga api, lampu pelita - adalah sesuatu yang menceriakan anak2 bila Syawal menjelma. Memang pun, suami saya lebih lembut dalam hal ini dengan anak2. Okey lah tu, kan. Sebab adakalanya kita kena kata "tidak" pada anak2.

Kakak lebih mewarisi sifat lembut suami saya. Dia sering mengalah dan pandai memujuk adik2nya. Dia suka kerja2 dapur, cuma saya yang kadang2 kurang sabar...maklumlah, akhirnya nanti saya juga yang kena selesaikan kerja2 tu, kan lebih baik saya yang buat semua dari awal hingga akhir...hehehe. Tapi saya tahu, kakak seorang yang mudah untuk diajar, saya pun tahu dia telah mula pandai membuat kerja2 di rumah. Alhamdulillah.

Telah beberapa hari abang merengek nakkan bunga api. Hampir seluruh kedai di tempat tinggal kami suami mencari bunga api, hingga ke pasar malam. Malangnya tidak ada yang menjual bunga api. Peniaga pasar malam kata polis enggan keluarkan lesen untuk jual bunga api sebab biasanya peniaga akan menjual mercun sekali....gitu pulak! Kempunan abang nak main bunga api, mujur ada dijual mercun pop-pop, suami saya membeli beberapa kotak. Seronoknya bukan main, Maryam pun tumpang sekaki walaupun takut2.

Begitulah anak2 kami. Abang asyik mengira hari bila akan sampai 1 Syawal. Dia baru belajar puasa. Saya sangkakan dia belum boleh bertahan hingga ke petang, tapi alhamdulillah dia mampu melakukannya walaupun ini adalah Ramadhannya yang pertama. Kakak telah mula berpuasa sejak berumur 6 tahun. Alhamdulillah, kali ni dia belum ponteng puasa lagi. Dik Yam suka menyakat abangnya, "Yam puasa, abang tak puasa", walaupun ke hulu ke hilir dengan makanan, mana lah si abang tak naik angin!.

Umi gembira dan bahagia ada kakak, abang dan dik Yam, walaupun kadang2 penat sangat dengan kerja2 rumah dan usik dik Yam,"umi nak gi kerja, dik Yam duduk dengan orang", umi gurau je, tapi dik Yam mesti merajuk dengan umi. Last2 dia pula kata kat umi, "adik nak keja, umi tak payah keja.....". Anak, anak,....semoga ia tidak menyebabkan kita lalai, ye, yah.

5 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Akak..sedap tu cornflakes madu...budak2 memang suka..;)

ROS said...

Waalaikumussalam Huda,

setakat cornflakes madu boleh la, huda. Lain2 nak buat walaupun tengok resepi jarang jadi macam yang ditunjuk dalam gambar. Cari kuih tunjuk je lah...Bukan sikit belanja nak beli bahan untuk kuih, masa lagi nak tgu siap...tapi itu alasan je kut. Untk orang yang rajin macam huda, pasti takde masalah...:)

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Akak..emm oklah tu kak..kalau anak2 suka, tu yg bleh buat selalu heheheh..
Huda pun tak pandai kak, buat kuih raya...sikit2 jer..:)

aniisma said...

Salam Ita

Semoga Lebaran ini menambah erat hubungan antara ahli keluarga dan sanak saudara juga rakan taulan.

Salam Aidilfitri dan jemputlah beraya ke rumah ya..

AbnormalSuam said...

Dan anak-anak jugalah menjadi ujian kepada kita dalam menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya dan umat baginda s.a.w...

Terpulanglah kepada kita untuk mencorakkan kehidupan kita sendiri di samping mengasuh insan-insan yang lahir dari diri kita agar mengikut jalan yang lurus yang Dia redhai...