Tuesday, May 27, 2008

Pakaian oh pakaian

Saya pernah mengajar di sebuah sekolah menengah di Shah Alam beberapa tahun lepas. Tidak dinafikan, pelajar bukan Islam@Melayu yang memakai baju kurung lebih sopan daripada pelajar perempuan Melayu. Oleh itu saya tidak hairan jika perkara ini menjadi salah satu tajuk dalam buletin utama baru-baru ini. Cuma bagi saya, perkara itu tidaklah diuar2kan. Pihak sekolah dan pihak persatuan sepatutnya berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Pihak sekolah juga seharusnya mempunyai panduan sahsiah rupa pelajar yang lebih terperinci terutama yang membabitkan pelajar perempuan.

Dalam Islam soal aurat amat jelas, tidak kira lelaki perempuan. Pada saya, semuanya bermula dari rumah. Samada anak kita lelaki @ perempuan, mereka kena diberitahu tentang batas2 aurat. Biasakan mereka bertudung, berpakaian longgar dan tidak jarang, untuk anak2 perempuan. Untuk anak lelaki, jika hendak berseluar pendek, pastikan ia di bawah lutut. Bukan mudah untuk kita membimbing anak2, terutama dengan pelbagai fesyen yang dihidangkan hari ini.

Tepuk dada tanya iman. Seharusnya ada rasa 'sakit hati' di hati kita jika ada mata2 nakal yang memerhati anak perempuan kita dengan satu pandangan 'telus'. Tidak salah berfesyen, tapi kena dalam batas2 syarak- tidak sempit, tidak jarang, bertudung. Ajak anak2 kita untuk memilih pakaian yang sesuai di kedai2 pakaian, jangan biarkan mereka menentukan fesyen yang mereka sukai. Ini adalah salah satu usaha kita untuk membiasakan anak2 dengan pakaian menutup aurat. Jangan lupa berdoa kepada Allah semoga anak2 kita lelaki @ perempuan, akan senang dan suka dengan pakaian yang menutup aurat mereka sampai bila2. Anak2 umpama kain putih, kitalah ibubapanya yang mencorakkannya....

No comments: