"Kakak dah 10 tahun, mi. Ahmad dah 7 tahun. Dah kena pisahkan tempat tidur", itu antara rungutan kakak masa cuti panjang baru ni.
"Ye lah, nanti umi dengan ayah kemas la bilik kakak, umi asingkan katil kakak dan abang. Tapi kena tunggu ayah ada masa la, ayah sibuk la sekarang ni. Umi mana larat nak buat semua".
Tapi hari ni dah masuk minggu kedua Januari 09. Nak tunggu ayahnya....hmmm...merungut tak sudah la anak2....Akhirnya umi juga la yang kena buat sorang2...nasib baik kakak dah boleh membantu. Alhamdulillah.
"Yeaa...abang ada ruang abang sendiri. Selesanya!", abang seronok katilnya dah ditarik ke tepi dinding. Katil kakak di tepi dinding satu lagi.
"Lepas ni takde lah kaki yang kena muka kakak lagi", kata kakak.
"Sama je..kalau bukan kaki abang...kaki kakak. Tidur masing2 lasak sangat. Atuk pun taknak tidur dengan kakak", saya menambah. Kakak sengih.
Begitulah anak2. Bagus juga kakak dah rasa dia besar dan kena asingkan tempat tidur dengan abang. Kami juga selalu mengingatkannya. Tak lama lagi saya pasti, bilik juga akan diasingkan.
Dah besar rupanya anak2 kita, yah! Kita pun dah tua rupanya.
2 comments:
Salam ummu jah,
moga dalam rahmat Allah.
saya pun tengah sibuk mengemas bilik kat rumah dan kat ofis lama di tinggalkan.. lebih 40 hari di tinggalkan saya baru balik dari menunaikan ibadah haji. alhamdulillah Allah pilih masa tengah muda(muda yang sangat relatif) dan tengah sehat dan kuat. Ita bila lagi ni?
Salam Khadijah,
moga rahmat Allah untuk awak juga.
Alhamdulillah khadijah dah buat haji ye. Senyap2 je ye. Kak pah dan zainab JB pun buat haji baru ni.
InsyaAllah kami juga sedang berdoa agar menjadi tetamu Allah dalam waktu terdekat ni. Doakan kami.
Betul, sekarang waktu yang sangat sesuai untuk buat haji kerana masih muda. Tapi tu semua rezeki dari Allah, mudah2an kami sihat untuk melakukan ibadah haji, dan hari2 seterusnya.
Bila nak datang Segamat?
Post a Comment