Friday, January 9, 2009

Fesyen

Saya menunggu suami membayar makanan, di luar kedai. Mata saya tertumpu pada sepasang remaja lelaki dan perempuan yang sedang berjalan. Remaja perempuannya biasa-berseluar jeans, baju-T agak ketat dan bertudung, tetapi remaja lelakinya agak pelik. Puas saya perhatikan untuk memastikan apa yang saya lihat. Rupa2nya ada kain lain yang sama jenis dengan jeans yang dipakai, yang kelihatan lebih besar dan longgar, yang dijahit di luar seluar jeansnya itu. Jadi sekali pandang ia akan kelihatan seolah2 seluarnya terlondeh dan menampakkan......, tetapi sebenarnya tidak. Yang kita nampak adalah seluar jeansnya yang sebenar, bukan.... MasyaAllah, saya hanya menggeleng2kan kepala. Seorang pakcik yang lalu berhampiran dengan saya juga turut menggeleng2kan kepala. Mujur anak2 saya yang berdua sibuk memilih gula2, kalaulah mereka nampak, pasti kecoh.

Kenapa begitu? Tidak adakah cara lain yang lebih positif untuk menarik perhatian orang lain selain dari terlondeh sana sini? Tepuk dada tanya iman.

5 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum...

kak..

Bab pakaian ni kak susah betul..budak2 remaja sekarang ramai yang terlalu ikut fesyen sampai terlupa batas-batas aurat yang perlu dijaga..kita pula malu bila terpandang walhal orang yang memakainya takde perasaan apa2 pun...susah betul kak..ada juga bertudung tapi baju tetap kecik..sedih bila tengok...alhamdulillah entri akak ini, mengingatkan kita smua...

Alhamdulillah..kita kena bersyukur masih di landasan yang betul..mak dan abah huda juga seperti akak dan suami akak. Kami tidak dibenarkan memakai baju t-shirt berseluar panjang apabila keluar berjalan-jalan,mak kata tak elok begitu..memang sejak kecil, bila nak keluar jer,mesti pakai baju kurung..alhamdulillah dah terbiasa dan sungguh selesa..dulu masa kecik2 sek rendah ada juga keinginan nak pakai jeans tapi bila tengok orang pakai mcm pelik jer,terus takde niat langsung..bila dah besar alhamdulillah rasa bersyukur sangat dididik begitu..bila terbaca entri akak bertajuk "Kena Beritahu', teringat mcm mak dan abah waktu kami kecik2, sama mcm tu...heheheh...alhamdulillah sekrang ada dijual T-shirt Muslimah di pasaran yang sangat besar dan sangat labuh yang boleh dipakai dgn kain atau seluar dan sangat sesuai untuk aktiviti beriadah dan bersukan..mungkin akak boleh beli untuk khadijah tapi tak semua kedai ada dijual, huda rasa di segamat takde..huda beli di pesta konvo di sini..kalau di internet banyak jual kak...akak taip jer t-shirt muslimah, sure keluar..:)

ROS said...

Waalaikummussalam huda,
terimkasih bagi info pasal t-shirt muslimah tu. Memang nak kena cakap sentiasa bab2 aurat ni dengan anak2 tak kira lelaki @ perempuan. Beruntung makayah huda ada anak macam huda, tak payah cerita banyak, dah faham sendiri :)

Akak pun amat jarang berseluar panjang, entah kenapa janggal sangat rasanya.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

takdelah kak..

Huda dan adik pun nakal juga masa kecik2...puas juga kena dicakapkan,kena rotan dan kena bawang kat mata oleh mak,pedihnya bukan kepalang hehehhe, mak yang paling garang hehhehe...tapi huda bersyukur sangat2, kalau mak tak garang dan tak kena rotan, entah jadi apa huda..heheheh...
memang ada kak, t-shirt muslimah tu..kat UPSI, ramai juga budak2 jual t-shirt muslimah tu terutama musim konvo atau ada karnival kat kolej huda ni..;)

ROS said...

Oooo...nakal juga bakal cikgu ni rupanya ye...hehe...tapi itu dulu, yang penting sekarang tak begitu, kan?

Akak dah dapat T-shirt yang sesuai untuk khadijah (utk akak sekali), ada kawan jual :) Alhamdulillah.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

insyaAllah kak..moga2 Allah masih menjaga iman ni, semoga Allah jadikan iman ni indah di hati, berkat doa mak ayah..;)

wahh alhamdulillah dah dapat ya..tu la kak, mcm2 warna dan design t-shirt muslimah tu..cantik..:)wahh akak pun dapat sekali ya ..:)..sangat selesa pakai dgn kain...;)