Aku dan anak2 rakanku baru sahaja habis membaca surah Yassin kala berita itu sampai. Kak Idah Rahim pergi jua meninggalkan dunia yang fana ini. Airmata yang kutahan sejak beberapa hari itu, tumpah jua akhirnya. Pergilah seorang sahabat/ isteri/ ibu/ anak menuju kehidupan yang abadi. Ahad 4 Januari 2009 / 7 Muharram 1430, lebih kurang pukul 10 pagi aku dan rakan2 menerima berita itu.
Rumah ibunya penuh sesak dengan sahabat handai yang datang, begitu juga di halaman rumah. Datang untuk berziarah kali terakhir seorang sahabat yang amat dekat di hati kami semua. Ramai yang turut bersolat jenazah di masjid berhampiran rumah ibunya. Semuanya selesai sejenak sebelum azan asar berkumandang.
Hanya doa dapatku berikan untuknya. Kenangan bersamanya tidak akan luput dari ingatan, aku pasti itu. Kala ini aku teringat anak2nya yang masih kecil, teringat anak2ku sendiri andai aku yang pergi dulu....siapalah kita untuk menolak ketentuan itu.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang dan setiap yang hidup pasti merasai mati. Setiap berita kematian yang kita dengar pasti mengingatkan kita bahawa saat itu juga makin hampir untuk kita hadapi.
Ya Allah, cucurilah rahmat-Mu kepada roh sahabatku ini, terima amal2 solehnya, berikan kebaikan di dunia dan di akhirat untuk dia dan kami semua. Amiin.
2 comments:
Innalillahi wainnailaihi rajiun..
Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan dalam golongan para syuhada' dan anbia'...aminn
innalillahi wainnailaihi rajiun..
semoga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat Allah s.w.t...
hanya doa n amal soleh menyertai nya
Post a Comment