Sunday, February 28, 2010

Cinta dan Kasih Sayang (2)

"Lebih 10 tahun kita bernikah, ayah rasa masakan umi yang paling sedap, walaupun cuma masak sayur rebus", saya hanya tergelak.

"Kalau dulu, masakan kakak2 ayah lah yang paling sedap, sekarang tak lagi", suami menambah lagi.

Saya bukan seorang yang pakar masak, dan saya pun bukan rajin sangat memasak yang bermacam2 - bukan tak biasa makan 2 atau 3 dalam satu - itulah lauk dan itulah sayur. Apa yang mak ajar, itulah yang saya hidangkan untuk suami dan anak2. Mujur suami dan anak2 tak banyak kerenah tentang makanan dan masakan saya.

Begitu besarnya pengaruh seorang isteri dalam kehidupan seorang suami - hinggakan dia boleh menukar selera suami!! Itu belum lain2 pengaruh terutama dari segi berfikir dan pandangan tentang hidup.

Suami saya mengajar saya untuk lebih menghargai ibubapa. Semua itu adalah dari pengalaman hidupnya sendiri yang telah kehilangan bapa sewaktu suami saya di darjah satu.

Seorang teman rapat mengingatkan saya sewaktu di awal2 perkahwinan kami - jangan merungut jika suami kita mengambil berat tentang kebajikan ibubapanya. Itu tandanya suami kita seorang yang bertanggungjawab. Jika dia bertanggungjawab kepada ibubapanya, insyaAllah dia juga akan menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab.

Kadang2 sedih melihat pasangan muda hari ini. Ibubapa sering mengeluh anak2 tidak mengambil tahu hal mereka setelah masing2 berumahtangga. Jika ibubapa masih ada, mungkin kurang sedikit tekanannya, tetapi bayangkan jika ibu tunggal atau bapa tunggal, warga emas lagi. Kesedihan pasti bertamu di hati ibu @ bapa itu.

Ada suami yang terpaksa sembunyi2 untuk memberi sedikit wang kepada ibubapanya kerana si isteri akan merajuk jika mengetahuinya. Tahukah anda, ibubapa kita mempunyai hak keatas wang dan harta benda yang kita miliki?

Seorang isteri sepatutnya mengingatkan suami untuk sentiasa mengambil berat akan kebajikan ibubapanya, bukan gembira atau buat2 tak tahu andai si suami tak kisahkan ibubapanya. Tanggungjawab seorang anak lelaki ke atas ibubapanya tidak terhenti apabila dia berkahwin. Suami juga mesti menerangkan kepada isterinya andai si isteri dah mula memuncungkan bibir bila si suami melaksanakan tanggungjawabnya kepada ibubapanya.

Perbincangan dalam rumahtangga kena selalu ada. Jika suami/isteri mula mendiamkan diri untuk berbincang masalah, itu tanda2 mulanya masalah dalam rumahtangga. Suami/isteri kena bijak untuk memujuk pasangan agar masalah tidak menjadi lebih besar. Ini juga termasuk dalam hal tanggungjawab terhadap ibubapa/mentua.

Saya tumpang sedih mendengar rintihan hati seorang ibu tunggal yang mula diabaikan oleh anak lelakinya yang baru memulakan kehidupan berumahtangga....

Terimakasih Allah kerana menemukan aku dengan suami yang menyayangi ibubapanya dan ibubapaku. Alhamdulillah.

Tuesday, February 2, 2010

Pesan Rasulullah saw

Orang Islam adalah orang yang menyebabkan semua orang Islam lain selamat dari lidah dan tangannya. Orang yang berhijrah pula adalah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah (HR Bukhari dan Muslim).

Abdullah bin Amru telah berkata, Rasulullah saw pernah bersabda(yang maksudnya) : Sesiapa yang hendak selamat dari api neraka dan masuk syurga, dia perlu mati dalam keadaan betul2 yakin kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berurusan secara baik dengan orang lain sebagaimana dia harapkan orang lain berurusan secara baik dengannya (HR Muslim).