Sunday, August 3, 2008

Siti Fatimah Mukhtar




Saya baru habis membaca sebuah buku motivasi bertajuk "Siti Fatimah (18A)-watak remaja zaman ini". Pelajar terbaik SPM 2006 dengan memperolehi 18A dalam SPMnya. Apa yang lebih menarik bagi saya adalah kehidupannya yang bermula seawal 4.30 @ 5.00 pagi. Satu waktu yang amat payah bagi kebanyakkan kita untuk membuka mata, tetapi tidak bagi remaja cemerlang ini. Harinya di mulai dengan solah tahajjud, solah taubat dan solah hajat. Hiburan baginya adalah dengan membaca @ mendengar ayat2 suci al-Qur'an. Siti Fatimah sendiri hafal 15 juzuk al-Qur'an. Dia amat menjaga batas2 pergaulannya dengan lelaki bukan muhrim. Dia amat cintakan ilmu pengetahuan. Dia mempunyai bakat kepimpinan. Menonton tv hanya sekejap sebelum maghrib.

Sehabis membaca, saya berkata kepada suami, "Bagusnya Siti Fatimah ni, yah. Sejuk mak ayah dia dapat anak macam tu. Umi pun nak anak2 kita macam dia". Suami hanya tersenyum. Saya menyambung,"Tapi kalau kita nak anak kita soleh macam tu, kita dulu yang kena soleh, ye yah. Baru anak2 kita ikut". Suami tetap senyum. Saya tahu ada makna dalam senyumnya.

Memang beruntung Siti Fatimah mempunyai ibubapa yang amat prihatin dalam pembentukan peribadi anak2nya. Bapanya berkongsi pengalaman dengan pembaca dalam mendidik anak2nya.

Pertama, memberikan asas pendidikan agama yang kukuh sejak dari awal, membina disiplin diri yang baik kepada anak2. Ia dilakukan secara berterusan dari anak kecil hinggalah dewasa.

Kedua, menganggap mendidik anak adalah satu pelaburan untuk mendapat pulangan dalam masa panjang, ini bermakna ibubapa juga kena melabur dari segi kemudahan yang ada- kewangan, masa dan susah payah.

Ketiga, ibubapa mesti ada hubungan yang baik dengan pihak sekolah terutama guru2 anak2 kita untuk memahami dan mengetahui perkembangan anak2 serta prestasi anak2. Jika ada kelemahan, berbincang dengan pihak sekolah bagaimana untuk memperbaiki.

Keempat, peranan ibubapa, PIBG, rakan2 anak dan kemudahan2 sokongan, digabung jalinkan untuk kejayaan pelajaran anak2.

Kelima, peranan doa dan solat hajat, iaitu setelah berusaha dan berikhtiar, kita memohon pertolongan daripada Allah swt.

Peranan ibubapa bukan setakat memastikan kejayaan anak2 di dunia sahaja tetapi kejayaan kita dan anak2 "di sana" adalah amat kita harapkan. Di dunia inilah kita mengusahakan ladangnya kerana Rasulullah saw telah bersabda," Dunia ini ladang akhirat".

Keluarga Hj Mukhtar Ismail ( Ketua Operasi Bank Islam Wilayah Timur) dan Hjh Aishah Mohd (guru besar sekolah rendah) memang patut dijadikan contoh untuk kita.

1 comment:

GOoDgUrLbEsTfRiEnD said...

salam.. betul saya pun baru menonton vcd tu, mari galakkan anak2 kita menghafaz alquran kerana disitulah KUNCI kecemerlangan yang sebenar. al quran mukjizat Rasulullah s.a.w tentu ada rahsia yang sangat besar tersimpan di dalamnya.anak-anak yang lancar membaca al quran dengan tartil memang cerdas otaknya baik akhlaknya.al quran akan menjadi teman pendorong yang tidak kita sedari untuk berjaya didunia dan akhirat.