Sunday, August 10, 2008

Ramadhan datang lagi (1)


Ahad, 8 Syaaban 1429, ada kelas dengan anak2. Anak2 teruja semacam. Kenapa? Jika selalu saya yang bercakap ( kadang2 berleter....heehee ) tetapi kali ini mereka akan membuat persembahan sajak/syarahan/nasyid/bercerita yang berkaitan dengan Ramadhan. Anas Hakimi, Muhammad Ammar, Abdul Azim berpakaian sedondon dan bersamping-sedia untuk bernasyid. Anak2 perempuan berbaju kurung cantik termasuk sikecil Maryam. Wafiuddin seronok sangat dapat mencuba mikrofon mini yang saya bawa, "Hee...bestnya ada benda ni," katanya sambil membetulkan mikrofon mini yang sedang dicubanya. Kelakar dan seronok melihat anak2 ceria.


Majlis di mulakan dengan bacaan al-Quran oleh Abdullah Zubair, dari surah al-Baqarah yang berkaitan dengan puasa.


Ahmad mengambil tempat pertama untuk bernasyid. Di rumah teruja sangat nak bernasyid, bila ada ramai kawan2 melihat malu pula jadinya, terpaksalah saya menjadi penyanyi latar kepada nasyidnya untuk memberikan keyakinan kepadanya. Nasyid Zikir Fikir menjadi pilihannya.


Abdul Muhaimin bersedia untuk persembahan berikutnya."Amin nak baca doa je, Makcik Ita," katanya pada saya. "Ok, takpe, boleh je," dia tersengih mendapat izin untuk membaca doa. Satu doa pendek tapi saya rasa amat menyentuh hati kerana doanya memohon Allah satukan hati2 kami untuk beriman pada Allah. Anak2 yang lain dengan kuat mengaminkan doanya.



Khadijah membaca surah al-Baqarah:183 dan membacakan terjemahan ayat tersebut. Melalui ayat tersebut, TAQWA adalah matlamat daripada puasa Ramadhan yang kita lakukan. Makanya bulan Ramadhan akan mendidik kita untuk menjadi orang yang bertaqwa. Di antara cara didikan Ramadhan yang disebutkan oleh Khadijah ialah melatih kita untuk merasai lapar dan dahaga sebagai asas untuk tolong menolong, berkasih sayang dan menghormati sesama manusia.


Muhammad Ammar bernasyid yang di antara lain katanya "...Ramadhan adalah madrasah untuk mendidik hati dan jiwa, agar tunduk patuh pada-Nya....".


Anas Hakimi, paling teruja sebelum harinya, tapi amat pemalu untuk tampil, namun akhirnya selepas puas memujuk, sudi berkongsi nasyid yang menyentuh hati, "....pastikah kita dapat menyambut Ramadhan kali ini.....", ingatan melayang seketika kala Anas menyebut baris ayat itu. Teringat makcik yang Allah panggil kembali pada malam Ramadhan pertama beberapa tahun lepas. Sesungguhnya kala saat kematian itu tiba, ia tidak akan tercepat atau terlambat sedikit pun kerana itulah detik yang pasti. Terimakasih Anas, ingatkan makcik Ita.


Itulah anak2.....putih bersih kitalah yang mencorakkannya. Mungkin mereka belum memahami hakikat puasa, taqwa, kematian.... (pertanyaan untuk sendiri - sudah fahamkah aku hakikat semua itu?), tapi inilah antara tanggungjawab ibubapa untuk memberitahu dan membantu mereka untuk memahami ajaran2 yang terkandung di dalam deen Islam. Cabarannya amat hebat dalam kehidupan hari ini.


Ramadhan datang lagi, apakah akan kita dapat melaluinya kali ini? Apakah Ramadhan kali ini mampu meningkatkan darjat taqwa kita? Wallahua'lam...kerana sesungguhnya puasa adalah ibadah tersembunyi, hanya Allah yang mengetahui samada kita benar2 berpuasa atau tidak. Puasa menguji keikhlasan kita, dengan menjaga segala adab berpuasa semata2 kerana Allah. Puasa menjadi medan untuk kita mendidik hati dan jiwa agar sentiasa ikhlas kerana Allah.


Teringat nasyid oleh Nazrey Johani...."...ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapatku lalui dengan sempurna......" .


Ya Allah, rezekikanlah dan berkatilah aku bersama suami dan anak2ku untuk menemui Ramadhan kali ini. Ameen.

6 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Ameen.

khadijah said...

Salam umi jah

Alhamdulillah ada ideas untuk buat program yang sama dengan anak-anak saudara yang ramai tu bila dengar apa yang anti laksanakan bersama-sama anak-anak di sana.

moga Allah pilih kita sekali lagi untuk merasai nikmat Ramadhan al-mubarak.

Jazakallah.

ROS said...

Salam Khadijah,

apa khabar? Lama tak dengar berita dari khadijah. Tentu seronok dapat balik kampung sendiri sampai lupa kami di Segamat...yang penting kami di Segamat tak lupa khadijah di sana.:)

No hp masih yang lama @ ada yang baru? Ada alamat blog? Hantar kat saya alamat blog boleh?

Moga Allah jumpakan kita lagi dengan Ramadhan.

Datang Segamat jgn lupa singgah rumah ye.

khadijah said...

Waalaikum salam umi jah

saya baru habis kelas, hilangkan leteh surf the internet. hari ni saya buat kejutan kat students, mereka yang datang lepas saya masuk ke kelas , saya kunci pintu tak bagi masuk...mengenakan students supaya mereka hargai nikmat masa dan kepentingan ilmu. moga saya tak berlebihan dalam urusan tadi.

maaflah saya takda blog alhamdulillah ita ada blog satu wasilah daawah yang sangat baik.

ingat selalu kat ita...alhamdulillah ita masih ingat kat saya ...

ROS said...

Salam Khadijah,

Waa...dah jadi garang ye? Heehee..bagus lah buat gitu sesekali, sebagai peringatan utk students. Saya dengar selalu perangai students dari halim pun rasa tak seronok apatah lagi yang mengajar mereka. Inilah di antara cabaran pendidik hari ini - students malas dan tak ambil berat soal pelajaran, tapi bila tak lulus bukan diaorang je yang marah2 lecturers, makbapak diaorang pun marah sama. Sedangkan markah yang anak mereka dapat adalah dari jawapan yang anak2 mereka beri, bukan saje2 lecturers nak bagi berapa. Manja sangat students sekarang. Nasib baik saya tak jadi lecturer, kalau tidak mungkin darah tinggi selalu...heehee.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum..

Akak dan keluarga apa khabar?
Moga2 sihat2 selalu..:)
Cabaran jadi pendidik..semakin ramai pendidik yg tension dgn perangai students...aduhai....ni yg harus dihadapi..;)