(Terimakasih kepada Aniisma kerana mencetuskan idea ini selepas membaca 'Hak Kanak2 [3]')
Memang betul, naluri keibuan kita amat tersentuh apabila melihat dan mendengar anak2 yang tidak berdosa itu teraniaya sedemikian rupa. Lebih2 lagi bagi yang pernah merasai kepayahan dan kesakitan mengandung dan melahirkan, kejadian seperti ini amat memilukan dan seperti merobek2 hati dan perasaan.
Cuma bagi saya, manusia tidak akan bertindak di luar batasan jika jiwanya tenang dan tidak tertekan perasaannya.
Sebagai contoh, dalam satu kes dikatakan bahawa suaminya mengugut untuk berkahwin lain lalu si isteri bertindak menjerut leher anak2nya. Seorang ibu lain yang masih dalam pantang bertindak menikam perut bayinya dengan sebilah gunting kerana tidak tertahan mendengar tangisan si bayi. Seorang ibu ditinggalkan suami, dibiarkan sendiri menghadapi kepayahan bersama anak2, bertindak melemaskan anaknya di dalam kolam....Ini di antara kes2 yang berlaku dan dilaporkan di akhbar2.
Boleh kita bayangkan tekanan yang dihadapi oleh ibu2 ini sebelum kejadian tragis itu berlaku? Bagaimana tidak tertekan jika selama perkahwinan itu berjalan pun dia dan anak2 diabaikan tiba2 mengugut untuk berkahwin lain? Bagaimana tidak tertekan jika dalam proses berpantang selepas bersalin tiada yang membantu dan memberi sokongan dari segi emosi untuk menyesuaikan diri dengan anak yang baru dilahirkan? (Ada ramai wanita yang tertekan perasaannya selepas melahirkan - kita boleh cari maklumat2 ini di dalam banyak bahan bacaan yang berkaitan dengan kesihatan). Bagaimana tidak tertekan jika hidup susah lalu ditinggal suami begitu sahaja tanpa nafkah untuk dirinya dan anak2?
Siapa yang datang membantu orang2 yang bermasalah seperti ini? Saya setuju dengan Aniisma, masalah rumahtangga kadang2 tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Tapi saya percaya, ramai lagi orang2 yang tertekan hidupnya, perasaannya, jiwanya, emosinya...yang memerlukan pertolongan, bantuan dan sokongan dan bersedia untuk diambil tahu masalahnya.
Longgarnya pegangan agama, tiada keharmonian dalam rumahtangga (termasuk tiadanya komunikasi berkesan), hubungan yang tidak rapat dengan orang sekeliling termasuk kaum kerabat, dll, bagi saya boleh menyumbang kepada masalah ini.
Saya ada rakan yang diabaikan oleh suaminya sebelum dan selepas dimadukan. Betul, mungkin ada kesilapan di pihaknya sehinggakan ia dimadukan, tetapi itu bukan alasan untuk seorang suami mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak2. Urusan rumahtangga, anak2 sekolah tidak dipedulikan oleh si suami walaupun sebelum dia berkahwin lain. Makankah? Sihatkah? Ada duitkah?....tidak pernah ditanya. Rakan saya ni mencari sedikit pendapatan dengan menjual kuih. Saya pernah sekali membantunya menyiapkan kuih2 jualannya -aduh...penatnya badan amat terasa. Bayangkan dia yang menguruskan semuanya sendiri di samping kerja2 rumah lain yang perlu dilakukan.
Bila sesekali kami berjumpa, dia bercerita dan meluahkan rasa kecewanya. Saya lebih banyak mendengar dengan harapan ia mampu mengurangkan sedikit tekanan yang dirasainya. Ramai kaunselor berkata kadang2 jika kita ada masalah, orang dengar masalah kita pun cukup untuk buat kita merasa lega. Mungkin betul pandangan ini kerana dia selalu ternanti2 bila kami boleh berjumpa.
Untuk membantu dengan wang ringgit, saya tidak mampu walaupun kadang2 amat teringin untuk berbuat demikian. Apa yang saya mampu hanyalah mendengar, mendengar dan mendengar. Sesekali saya memberi pandangan dan nasihat dan paling utama saya ingatkan dia supaya berdoa kepada Yang Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana DIA lah Yang Maha Mengetahui.
Saya percaya, ramai lagi orang2 yang inginkan masalahnya didengar, dibantu emosi dan jiwanya supaya ada kekuatan untuk menghadapi kehidupan. Paling penting kita dapat mengajak mereka untuk merasai pentingnya agama itu dijadikan landasan dalam kehidupan. Kita pasti tidak mahu tragedi menyayat hati itu berlaku lebih2 lagi jika ia melibatkan saudara mara kita @ rakan2 kita @ orang2 yang kita kenali.

"Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang", (terjemahan Ar-Ra'du :28)
3 comments:
Alhamdulillah dia ada sahabat yg baik seperti Umi Jah untuk membantu. Sekurang-kurangnya dia tidak berasa keseorangan.
Harap2nya begitulah. Kita tidak mengharap apa yang berlaku dalam perkahwinannya berlaku pada kita, tapi jika itu berlaku juga,selepas kita berusaha sebaik mungkin, siapalah kita untuk menolak takdir. Hanya Allah tempat kita bergantung harap.
Assalamualaikum Ita
Bila ditimpa masalah seperti rakan Ita tadi, hidup tentu terasa pahit. Namun, kepahitan tersebut mungkin boleh dikurangkan dengan mengingati firman Allah yang bermaksud Allah tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita.
Wanita dianugerahkan Allah dengan air mata yang mudah tumpah. Dan apabila kita mengangkat tangan berdoa bersungguh-sungguh padaNya bila ditimpa masalah, tumpahan air mata tersebut membangkitkan rasa nikmat cintaNya.Masyallah...
Post a Comment