Tuesday, August 19, 2008

Seronok ke duduk rumah?

Kami bernikah pada 7 Disember, 1997. Selepas dari tarikh itu, saya adalah surirumah sepenuh masa. Satu keadaan yang agak janggal di mata orang lain - ada ijazah tapi memilih untuk menjadi surirumah. Puas saya nak menjawab pertanyaan2 seperti:

" Tak bosan ke duduk rumah?"

"Sayangnya tak kerja. Gaji permulaan graduan accounting RM1800 tau"

"Duduk rumah buat apa? Tengok tv ye?".......dan macam2 lagi soalan2 yang seperti itu sehinggakan satu peringkat saya amat jemu untuk mendengar dan menjawabnya. Kenapa? Apa salahnya seorang graduan memilih untuk menjadi surirumah? Beruntungnya saya, suami dan ibubapa saya tidak pernah membangkitkan soal itu. Ada juga suami mempelawa saya untuk sama2 mengajar di tempat kerjanya, tapi saya menolak dengan alasan, dan dia menerima alasan saya. Suami tidak pernah memaksa saya untuk bekerja.

Saya belajar dengan pinjaman MARA. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir melayakkan saya untuk menukar pinjaman tersebut kepada biasiswa, jadi saya tidak perlu membayar hutang kepada MARA. Alhamdulillah. Sekurang2nya saya tidak membebankan suami untuk membayar hutang pelajaran saya.

Seorang rakan bekerja sebagai doktor, mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan kerana bersalin. Bila kami berjumpa baru2 ni, dia berkata, " Macam ni agaknya yang Ita rasa bila duduk rumah ye..."

"Kenapa, kak ibah?"

"Kadang2 rasa jemu menghadap kerja rumah yang sama. Ita tahu, sekarang ni bila pagi2 kak ibah siapkan anak2 untuk ke sekolah, kak ibah bersiap sekali. Kak ibah ikut abi hantar anak2 ke sekolah". Saya senyum, "Tau takpe....(tapi dalam hati laa...)"

Kalau nak kata duduk rumah bosan, kita pun biasa dengar, "Hee...malasnya nak gi kerja. Bosan betullah........".

Bosan tu subjektif sifatnya, siapa pun boleh merasainya. Kerja2 rumah memang tak pernah habis. Saya tahu ibu2 yang bekerjaya adalah seorang yang kuat dari segi mental dan fizikalnya. Kedua2nya memerlukan komitmen yang bukan sedikit.

Pemahaman dari suami amat penting samada seorang wanita itu bekerja atau surirumah sepenuh masa. Bukan semua, tapi biasa kita dengar dan saksikan sendiri sama2 keluar bekerja tapi bila pulang ke rumah hanya isteri yang melakukan semua kerja2 rumah.

Suami saya bukan seorang yang cerewet, alhamdulillah.Dia tidak pernah bising apa yang saya masak. Kadang2 saya yang 'minta cuti' memasak. Dia ringan tulang untuk membantu kerja2 rumah. Dia tidak pernah persoalkan apa yang saya buat di rumah walaupun kadang2 (selalu juga....) rumah bersepah. Maklumlah anak2 sedang membesar, saya yang lebih banyak berleter pada anak2 (dan suami juga...hehe) jika rumah bersepah. Penat.

"Umi sebenarnya tak boleh orang perintah, sebab tu umi pilih untuk jadi surirumah, semua umi buat tanpa diarah," saya bergurau kepada suami baru2 ni bila dia bertanya kalau2 saya teringin keluar bekerja. Kami sama2 ketawa. Saya tahu apa makna ketawanya...

Anak2 kami dah mula membesar. Saya ingin melihat anak membesar di depan mata. Saya tak sampai hati nak hantar anak ke rumah orang untuk di jaga bila saya keluar bekerja, lebih2 lagi ada pengalaman pahit dilalui oleh saudara2 saya yang menghantar anak2 untuk dijaga oleh orang lain. Betul bukan semua begitu. Rakan yang saya sebut diatas tadi beruntung kerana anaknya dijaga oleh seorang yang menitikberatkan hal2 agama, jadi banyak didikan2 positif yang anak2nya terima dari penjaganya. Jadi untuk tidak terus bersusah hati, itulah keputusan yang saya ambil. Setiap saat saya mengharap Allah memberikan kesabaran kepada saya dalam mendidik anak2. Anak2 zaman kini, bukan seperti dulu2, taat dan patuh pada ibubapa tanpa banyak soal. Anak2 zaman kini lebih terbuka minda dan fikirannya, lebih banyak soalnya bila ibubapa memberitahu tentang sesuatu.

Terimakasih, ayah, tak pernah persoalkan apa yang umi buat di rumah. Terimakasih juga kerana selalu menegur umi dengan sabar dalam mendidik anak2 kita. Ia juga sebenarnya mendidik diri umi. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga. Ameen.

4 comments:

aniisma said...

Assalamualaikum Ita

Pernah sehari, Ani ambil cuti. Ingin merasa bagaimana sibuknya seorang surirumah. Terbukti, setiap saat yang berlalu, ada sahaja pengisiannya yang bersifat santai namun penuh makna. Penat namun puas hati. Dapat masak seawal 12 tengahari, siap hidang dan tunggu anak-anak balik makan. Sambut anak di hadapan pintu dengan muka manis, tidak berserabut. Berkongsi cerita di meja makan sambil gelak-gelak. Baju basuhan sempat dilipat dan disimpan.

Kesimpulannya, memang seronok jadi surirumah sepenuh masa!

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Kak..

Tahniah pada akak..tak ramai wanita yang mahu menjadi surirumah sekarang ni..tetapi kak sebenarnya bila jadi surirumah, memasak, mengemas, membasuh adalah pahala..huda pernah terbaca..pahala bagi seorang isteri apabila dia menguruskan segala keperluan rumahtanggga dengan hati yang ikhlas..:)
Mak huda juga seorang surirumah, huda dapat merasai kenikmatan ibu sentiasa di rumah apabila pulang dari sekolah dan yang paling seronok apabila tiba waktu peperiksaan mak akan buatkan solat hajat dan baca yasin sewaktu kami sedang berjuang, mak siap ada jadual peperiksaan, tepat jer waktu exam pukul 9 pagi, mak dah ada di tikar sembahyang membaca yasin dan bersolat hajat sehingga kami selesai menjawab, moga2 kami diterangkan hati dapat jawab dengan mudah, sehingga sekarang itulah yang mak buat utk anak2nya kak..:)itulah nikmatnya apabila ibu tak bekerja, dapat melakukan sesuatu dengan mudah tanpa halangan terutama terikat dengan kerja..:)

Kak..huda doakan akak menjadi isteri yang solehah dan menjadi contoh pada yang lain dan contoh pada huda juga di masa akan datang..insyaAllah..:)

Terima kasih kak berkongsi pengalamn berguna ini..:)

aliya said...

Assalamualaikum,
Memang seronok duduk di rumah, tambahan kalau suami seorang pun mampu membekalkan segala keperluan isi rumah. Pandangan masyarakat memang lebih kepada sudut negatif; itulah hiburan mereka agaknya, hehehe. Kalau boleh, saya pun nak duduk di rumah saja tanpa perlu keluar bekerja. Rezeki masing-masing, Umi Jah.. bersyukurlah kerana boleh menjadi surirumah! (duduk di rumah juga bekerja, bekerja untuk kebahgiaan suami & anak2)

ROS said...

Salam Aniisma, Huda & Aliya.

Saya senyum sendiri baca komen Ani..itulah biasanya pengalaman ibu2 yang bekerja bila sesekali cuti rasa seronok dapat siapkan kerja2 rumah. Tapi kadang2 saya pun dah tak larat nak lipat kain2 yang siap dibasuh....hehee..

Betul Huda, ibu yang bekerja di rumah, banyak masa untuk anak2nya, tapi lagi hebatkan jika ibu2 yang bekerja pun boleh buat macam ibu2 yang bekerja di rumah, mampu meluangkan masa yang berkualiti dengan anak2nya.

Betul Aliya, saya mesti jadi manusia yang bersyukur kerana jadi surirumah. Itu yang saya ingat selalu kerana saya ada pilihan untuk itu. Saya selalu teringatkan ibu saya, ibu mentua saya dan kakak saya yang tidak ada pilihan lain selain dari keluar bekerja demi untuk mencukupkan keperluan rumahtangga.

Adik beradik saya 12 orang. Emak mesti membantu bapa mencari rezeki dengan menoreh. Emak mula menoreh sebaik sahaja lepas pantang. Tiada letrik, tiada paip air, hidup hanya secukup hidup. Bapa saya meninggal tahun 2000 selepas kami semua dewasa.

Emak mentua saya kehilangan suami di usia 40 tahun, 31 tahun lepas, dengan anak seramai 8 orang. Anak bongsunya baru berumur 80 hari. Boleh dibayangkan keperitan hidupnya waktu itu. Dia menoreh dibantu oleh abang dan kakak suami saya.

Kakak saya kehilangan suami di usia 34 tahun dengan 5 orang anak. Berkahwin lain, tetapi masih kena keluar bekerja untuk memenuhi keperluan hidup kerana suami barunya tidak boleh bekerja kuat.

Ibu dan ibu mentua saya berumur lebih 70 tahun sekarang. Selalu tak sihat, terlalu teruk mereka bekerja semasa muda. Kakak saya berumur 50 tahun sekarang tapi masih bekerja di kilang. Mereka bertiga adalah 3 contoh ibu yang tiada pilihan selain keluar bekerja, ramai lagi yang tiada pilihan selain bekerja untuk meneruskan kehidupan. Memang sewajarnya saya mesti bersyukur kerana menjadi surirumah sepenuh masa.

Cuma saya masih tidak faham mengapa ada ibu2 yang bekerja persoalkan,"Dia buat apa kat rumah? Relax2 ke?", saya ada pengalaman itu.