Friday, July 11, 2008

Panggilan telefon di suatu petang.....


Saya sedang menyiapkan minum petang beberapa hari lepas tatkala panggilan itu masuk. Seorang ibu kepada rakan sekelas kakak(anak sulung saya) di hujung talian. Suaranya sedih dan mungkin berbaur kecewa.

Dia memperkenalkan dirinya serba ringkas dan meminta maaf kepada saya jika panggilannya ini mengganggu saya. Dia mula bercerita dengan panjang. Cerita tentang ketidakpuasan hatinya terhadap pihak sekolah dan guru2 yang mengajar anak kami. Saya mula sakit kepala bila mendengar banyak cerita yang tidak sedap untuk didengar. Saya serba salah, tapi saya tetap mendengar luahan hatinya. Perbualan tiba2 terputus, mungkin kreditnya habis. Sebelah malam dia menelefon lagi tapi sekadar untuk mengucapkan terimakasih kerana mendengar luahan hatinya dan meminta maaf sekali lagi jika saya terganggu dengan panggilannya.


Bukan saya dan suami berpuashati sepenuhnya dengan sekolah, sedikit sebanyak kadang2 ada yang tidak puas hati, tapi kami anggap itu sebagai biasa. Tidak ada yang sempurna segala2nya. Pun bukan disebabkan kakak di antara harapan guru2nya, maka kami puashati dengan semuanya. Tidak begitu. Abang(anak kedua) hanya beroleh nombor 13 dalam kelasnya, pun kami puashati kerana kami tahu kelemahan dan kelebihan anak2 kami.


Kami tidak bertanya berita baik dan berita buruk di sekolah setiap hari. Kami akan biarkan anak2 bercerita sendiri apa yang berlaku. Yang biasa saya tanya," ada kerja rumah? Kakak/abang di sekolah hari ni ok? Makan apa hari ni kat sekolah?....dan soalan2 lain yang saya anggap ringan. Anak2 kami berada di sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang, cukuplah kepenatan yang mereka hadapi setiap hari2 persekolahan, jadi kami tidak mahu menghujani mereka dengan pelbagai soalan. Soalan yang pelbagai memungkinkan anak2 akan bercerita perkara2 yang tidak seronok di sekolah. Kami tidak mahu anak2 jadi tidak seronok di sekolah. Bagaimana untuk dia belajar jika di hatinya bersarang rasa tidak puas hati akan sekolah dan guru2nya?


Kadang2 anak2 kami ada juga mengadu tentang guru2nya, tapi kami biasanya akan menjawab,"Tak apa la kak, mungkin cikgu penat......mungkin cikgu ada masalah"......dll

Seboleh2nya kami tidak mahu bercakap perkara yang negatif tentang sekolah dan guru mereka. Kalau adapun perbincangan, ia di antara saya dan suami, bukan di depan anak2.


Sekolah tidak boleh memberi semua apa yang kita harapkan. Setiap pihak sebenarnya ada peranan masing2. Kami percaya, setiap pihak pengurusan sekolah pasti mahu yang terbaik untuk sekolah dan pelajar2nya. Mungkin anak kita banyak masanya di sekolah, tetapi itu tidak mengurangkan tugas hakiki kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab untuk mendidik anak2. Sama2lah kita memberi dan menerima.

Ya Allah, mudahkanlah anak2 kami untuk menerima kebaikan dan kebenaran, juga mudahkan anak2 kami untuk menolak kejahatan dan kebatilan. Beri kami kejayaan di dunia dan di akhirat. Ameen.

5 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Apa Khabar kak?..

Emm...perkara yang berlaku dalam dunia pendidikan lebih2 lagi pada pebgurusan sekolah seperti ini adalah biasa kak..Walau pun huda belum memasuki sepenuhnnya dunia pendidikan tetapi huda telah terdedah dengan pengurusan sekolah sejak kecik iaitu daripada pengalaman abah..

Memang kadang2 ada ibu bapa yang tidak puas hati, benda tu normal kak sebab kita tak dapat puaskan hati semua orang tetapi ada kalanya juga pihak pengurusan sekolah dan guru2 yang ambil sambil lewa, itu juga perkara biasa...cuma kadang2 selalu huda fikir..manusia tak semua sempurna...mungkin orang lain melihat sesuatu perkara daripada sudut yang berbeza, mungkin kita melihat lain pula, justeru itu maka berlakulah percanggahan...

Walau apapun..yang pasti dan jelas guru harus dihormati walau garang dan jahat macam mana pun...kerana setiap pengorbanan guru ada hikmah di sebaliknya...kerana setiap apa yang diajar oleh guru kepada kita ada keberkatannya...

Semoga anak2 akak dipermudahkan segalanya dalam perjalanan mengejar ilmu yang masih panjang lagi dengan pimpinan dan asuhan daripada akak dan suami..insyaAllah...

ROS said...

Walaikummussalam Huda,

Alhamdulillah akak sihat. Betul huda, tidak ada yang sempurna segala2nya. Bila kita menerima kekurangan, kita akan mudah untuk memaafkan. Jika kita rasa ada yang kurang pihak sekolah beri pada anak2 kita, kitalah ibubapanya yang kena 'cover' semula apa yang kurang. Kalau semua kita tak puashati, sampai bila pun ia akan begitu - saling salah menyalahkan. Cuma kalau ketara sangat kelemahannya, kita carilah alternatif lain yang lebih baik untuk anak2 kita.

Huda akan berada dalam bidang ini untuk masa akan datang. Semoga Allah mudahkan huda melaluinya.

AbnormalSuam said...

Bercerita tentang guru-guru sekolah?

Makin banyak kita bercerita, makin banyaklah kesalahan yang telah dilakukan oleh guru-guru tersebut, biarpun sebenarnya kasih sayang kita kepada anak-anaklah yang menerbitkan perasaan tidak puas hati itu.

Dalam dunia yang semakin canggih ini, kita dan anak-anak kita banyak terdedah kepada gejala-gejala yang tidak pernah kita tempuh sewaktu kita di alam persekolahan dahulu.

Dulu, kalau guru rotan anak sampai pecah darah pun, anak takkan berani bagitahu kat mak bapak sebab pukulan itu akan digandakan... tapi sekarang,guru baru jerkah saja, surat saman kalau tidak ibu bapa menyerbu ke sekolah untuk menyerang guru..

Mungkin disebabkan itulah keruntuhan akhlak dan sosial semakin menjadi-jadi kerana anak kita terlalu dimuakan. Sedangkan anak-anak yang dijaga bagaikan mengawal ayam selasih dalam reban pun dah pandai menipu mak bapak, apatah lagi yang kita serahkan tanggungjawab mendidik kepada guru sepenuhnya.

Barangkali dalam hal ini, elok kalau kita ambil iktibar daripada sejarah para tabiin dan tabit tabiin dalam mengejar ilmu pengetahuan.

aliya said...

Assalamualaikum,
Itulah sebabnya ibu bapa & guru perlu sama2 memainkan peranan.. cuba2lah mendekati guru terutama guru kelas anak2 mulai hari pertama persekolahan ketika membayar yuran. Berikan nombor telefon untuk dihubungi dan mintalah nmbor guru kelas dgn cara yg elok. InsyaAllah kerjasama baik antara guru dan ibu bapa hanya akan memberi kebaikan kpd pelajar.
Bagi yg menjadi guru & bakal guru, layanilah anakmurid dgn baik sbg anak sendiri.. kerana ketika kita mengajar anak org, guru lain juga sedang mengajar anak kita. What goes around comes around..

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Pengetahuan berguna yang huda dapat di sini..

Betul cakap kak alya tu..anak murid patut dilayan seperti anak sendiri..sikap ni boleh melahirkan perasaan sayang dan kasih..barulah kita menyenangi untuk mengajar mereka..setiap manusia ada kelemahan maka manusia perlu belajar daripada kelemahan tersebut supaya dapat diperbaiki...