Lamanya tak update blog. Kesibukan dengan urusan seharian membataskan waktu untuk duduk dan menaip. Tahu-tahu dah masuk tahun 2013. Bertambah lagi usia,..sesekali ada suara dalam diri - aku dah tua, apa bekalan yang akan aku bawa ke sana? Tetapi hidup masih tetap sibuk tanpa penghujung...
2013 kakak masuk Tingkatan 3, abang tahun 6, adik tahun 1.
Kakak seperti biasa teruja dengan tahun baru. Awal2 lagi sudah disediakan semua buku rujukan untuk PMRnya.
Abang macam biasa, semua nak kena disuruh...cuma excited dengan kasut barunya. Pasal buku, biasa-biasa je...hmm...abang, abang.... Umi dan ayah selalu berdoa yang terbaik untuk anak2.
Adik terlebih teruja...apa sahaja tentang sekolah... Adik 3 hari awal masuk sekolah sebab bermulanya minggu suaikenal sekolah. Ceritanya tak habis-habis sepanjang perjalanan balik, juga di rumah. Kami gembira adik positif dengan apa sahaja dengan sekolahnya.
Hari pertama sekolah dibuka, saya yang menghantarnya. Sampai di pintu pagar sekolah, tak sabar2 dia menuju ke kelasnya. Tapi entah kenapa, ada rasa sayu dan hiba melihat adik ke kelas. Di dalam kereta saya menangis. Menelefon suami, tetapi tiada suara yang mampu keluar. Suami saya di hujung talian memanggil2...dan saya tidak mampu menjawabnya.
Apa yang bermain di dalam fikiran ialah apa agaknya didikan yang telah saya beri untuk adik sepanjang enam tahun dia bersama saya di rumah! Teringat tidak sabarnya saya dengan kerenahnya yang adakalanya menguji rasa. Betulkah didikan yang saya beri sebagai ibunya....serta bermacam2 lagi.
Suami memujuk di hujung talian. Katanya dia juga sedih hendak melepaskan adik ke sekolah. Katanya lagi mungkin sebab kami menganggapnya 'baby' walaupun dia dah semakin besar di sebabkan dia anak bongsu kami.
Hampir sepuluh minit melayan perasaan. Sebelum balik, saya berpusing semula di depan sekolah...kalau2 ada adik menangis di depan pagar sekolah...alhamdulillah, tiada.
Sekarang sudah hampir dua bulan bersekolah. Adik masih tetap teruja dengan apa sahaja di sekolahnya terutama guru2nya yang katanya semua pandai buat anak muridnya ketawa. Hampir dua bulan juga saya tidak boleh melelapkan mata sebentar (kailulah) sebelum zohor....teringat2 sudah makan dan solahkah adik? bagaimana adik dengan guru2nya-hormatkah dia? bagaimana dia dengan rakan2nya?....hanya doa dan harapan yang dipanjatkan kepada-Nya pada setiap munajat semoga kakak, abang dan adik dipelihara oleh-Nya setiap masa.
Allahu akbar...
Anak2 umi, umi dan ayah selalu doakan yang terbaik untuk kalian. Semoga anak2 umi jadi manusia cerdik yang berguna untuk Islam.
No comments:
Post a Comment