"Yah, kakak nak handphone boleh? Kawan kakak dapat hadiah iPad masa hari jadi dia baru2 ni".
"Hmm...sepanjang kakak di asrama, ayah rasa takde masalah pun kakak nak telefon ayah atau umi walaupun kakak takde handphone. Ayah rasa belum perlu lagi handphone tu untuk kakak".
"Ye lahhh....".
***************
"Tadi kat sekolah ada budak pakai kasut sekolah yang ada garis merah tepinya, Mi...hebattt....abang nak juga la tahun depan!!".
"Cikgu dah tengok ke kasut kawan abang tu? Kalau kasut tu tak ikut peraturan sekolah, kan ke rugi dan membazir?".
"Hmm...ye tak ye juga...".
***************
"Adik nak pensil warna yang besar dan banyak tu, Yah....kawan adik ada beli".
"Adik kan dah ada yang ayah belikan hari tu, masih panjang lagi....tak mau lah beli yang baru. Ok ayah janji, bila pensil warna adik tu dah pendek, ayah belikan yang baru. Ok?".
"Okeyyy....saaaayang ayah!".
***************
Itulah di antara perbualan2 kami bersama anak2 di musim2 buka sekolah ni....semuanya berbau material!!!. Kadang2 pening kepala nak melayan kehendak peribadi anak2. Lebih2 lagi mereka menilai sesuatu itu menurut 'apa yang mereka mahu' bukan 'apa yang mereka perlu'. Pandai2 kami lah yang memujuk dan 'merasionalkan' setiap pilihan anak2.
Kami mahu mengajar mereka apa itu bersederhana, terutama dalam hal2 kebendaan....kerana jika bukan kita ibubapanya, siapa lagi yang akan mengajar mereka?
Saya pernah terbaca, ada ibubapa yang melayan dan memenuhi semua kehendak anak2, tidak kira berapa harganya, kerana itu sahaja cara mereka untuk membuat anak2 gembira....tambah2 lagi mereka sibuk dengan kerjaya. Bagi mereka apa salahnya begitu kerana mereka mampu dan mereka gembira melihat anak gembira.
Tapi percayalah, sesuatu yang bersifat kebendaan, jika kita menilai dengan hawa nafsu, ia tidak akan memuaskan keinginan itu....kita akan mencari lagi, lagi dan lagi....maka jadilah diri kita itu sibuk untuk memenuhi kehendak yang tidak berkesudahan.
Berbalik cerita anak2 tadi. Kita biasa dengar cerita anak2 di awal persekolahan ini, balik rumah mengadu kawan ambil pensel, pensel warna, pemadam, pijak kasut, dan macam2 lagi.
Sebelum kita menyalahkan cikgu yang kita rasa tidak memihak kepada anak kita yang kita rasa teraniaya, marilah kita muhasabah diri.
Cuba kita lihat siapa majoriti rakan2 anak kita di sekolah. Dari kalangan yang berpendapatan tinggi atau sederhana atau rendah? Bila kita mampu melihat keadaan itu, maka dari situlah kita akan berfikir - kasut jenis apakah, pensel warna sebesar mana, pensel jenama dan bentuk bagaimana, beg sekolah atau apa sahaja keperluan anak2 kita untuk ke sekolah, yang akan kita beli.
Mungkin ada yang berkata, "Duit aku, anak aku...ikut suka akulah nak beli apa dan berapa harganya"....betul lah, itu hak masing2....tapi apa salahnya kita berpada-pada?.
Apa perasaan kita jika yang 'tidak berada' itu kita? Anak kita melihat rakan2 semuanya memiliki barangan berjenama...balik rumah merungut2 kerana kita tidak mampu menyediakan seperti yang 'orang berada' sediakan untuk anak2 mereka.
Sewaktu bersekolah rendah dulu, saya teringin memiliki pensel warna, pensel 2B, pembaris, pemadam....tapi bapa hanya mampu menyediakan pensel HB yang tidak pekat warna karbonnya, pembaris, pemadam....hilang atau patah jangan harap akan berganti dengan cepat, pensel warna langsung saya tiada. Tapi semua itu hanya disimpan di dalam hati...kerana saya tahu susahnya hidup waktu itu walaupun emak dan bapa saya memang bertungkus lumus mencari rezeki untuk kami 12 beradik. Suami juga melalui cerita yang hampir serupa di zaman sekolahnya dulu. Saya rasa, pengalaman inilah yang mengajar kami untuk bersederhana. Tapi anak2 kami, kami kena ajar untuk bersederhana, kerana mereka tidak melalui zaman susah seperti kami alami dahulu.
Ingatlah pesan Rasulullah, kitalah pencorak anak2 kita. Jika bukan dari kecil kita ajar untuk mereka bersederhana, bila lagi? Pasti susah bila mereka dewasa kita mahu mengajar tentang sederhana dalam hal2 kebendaan(material).
Ya Allah, bantulah kami untuk meletakkan dunia ini di tangan kami supaya kami boleh mengurus dan mentadbirnya dengan betul, dan bukan meletakkan dunia ini di hati kami. Kurniakan kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Jauhkan kami dari azab api neraka....ameen.
7 comments:
Salam.. Seronok baca coretan akak.. hehehe.
salam kak..seronok bacacoretan akak ni tentang kehidupan anak. Saya sekarang baru mengorak langkah ke situ.. hehehe.. dapat juga timba pengalaman..
salam... terbaca blog puan semasa blog walking... hermm budak2 sekarang kan puan? macam2 nak minta saya tahun depan anak dah 4 orang yang bersekolah... anak saya yang no 2 tu pula nak beli beg beroda... fikir juga, ye lah sekolah kat kampung ..masih becak kalau hujan.. fikir juga sebab dia ni ada penyakit jantung. tak boleh jadi juga nanti kakak dan adik2 nya jelos...hihihi susah juga la.
semoga semuanya selamat... (http://ceritasimpangsiur.blogspot.com)
mudah-mudahan Allah memudahkn kita mendidik anak2
like this! =)
Kisah inspiratif sekali bagi saya, memang dengan kesederhanaan kita bisa menghargai siapapun dan apapun. Terima kasih telah berbagi, salam knela, bila ada waktu silahkan mampir di blog saya ini lunturnya gemah ripah loh jinawi akibat hidup bergaya barat dan mohon dukungannya diartikel ini 2Madison , terima kasih, slm persahabatan dan salam kenal dari saya,..
assalam... nk share bole? bergenang2...
Post a Comment