"Orang dah taknak kita.....saya diberhentikan. Yelah, orang lain pun ramai lagi yang nak kerja dengan dia...takpe mungkin rezeki saya bukan kat situ...carilah tempat lain, ye tak?", kakak penjual kuih, pertengahan umur itu menjawab pertanyaan saya pagi kelmarin. Perlahan dan sayu bunyinya sambil tangannya mengambil kuih yang saya beli.
Dia tinggal sendirian. Sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan. Dua minggu lepas dia terjatuh dan menyebabkan bahunya sakit yang memaksanya meminta cuti sementara bahunya sembuh. Tapi pagi kelmarin, itulah jawapan yang saya dapat darinya.
Simpati. (Tetapi saya tidak menyalahkan tindakan tuan punya kedai makan itu. Saya faham operasi kedai makannya harus seperti biasa kerana pelanggan tidak pernah putus). Sebagai anak kampung yang mempunyai adik beradik ramai, dibesarkan dalam serba kekurangan, saya faham erti kesusahan. Saya tahu susahnya emak dan aruah abah nak besarkan 12 orang anak.
Melihat kakak penjual kuih itu, teringat kakak sendiri. Bertungkus lumus mencari pendapatan untuk sebuah kehidupan. Ujian hidupnya hebat. Hanya kesabaran dan pergantungannya kepada Yang Esa yang memberinya kekuatan.
Kegawatan ekonomi kini tempiasnya kena pada semua orang. Kilang tempatnya bekerja mengecilkan operasi. Memberi dua pilihan kepada pekerja2nya - kerja 12 jam sehari @ berhenti tanpa apa2 pampasan. Kakak tiada pilihan lain selain memilih untuk bekerja 12 jam sehari. Bekerja mulai 7 petang - 7 pagi. Perjalanan pergi 2 jam, balik 2 jam. Sampai di rumah jam 9 pagi, kerja2 rumah pasti menunggu, ada ibubapa mentua lagi yang kena diambil tahu makan minumnya......hanya Allah yang tahu perasaannya. Jam 4.30 petang pasti sudah berada di dalam perut bas untuk ke kilang semula. Adakalanya mata ini sukar dipejamkan semula andai terjaga di tengah malam....teringat kakak yang sedang bekerja.
Uda, semoga Allah menambahkan kesabaran dan ketabahan di jiwamu. Adikmu ini hanya mampu mendoakan yang terbaik buatmu.
Wahai diri, nikmat Tuhan-mu yang manakah yang hendak engkau dustakan?
No comments:
Post a Comment