Tuesday, February 10, 2009

Ramai orang buat...

Dalam salah satu huraian hadis yang ditulis oleh Zainab Ghazali, dia menulis bahawa sambutan Hari Ibu/Bapa adalah bukan dari apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah. Atau dengan kata lain ia adalah bid'ah. Jika Hari Ibu/Bapa itu bukan dari ajaran Islam, apatah lagi Hari Kekasih yang juga menjadi kegilaan masyarakat untuk menyambutnya setiap tahun.

Seorang anak itu setiap masa mesti mengambil berat dan sentiasa berbuat baik kepada kedua ibubapanya. Hubungan antara seorang Muslim dengan kedua orang tuanya adalah berterusan, cinta kepada mereka adalah cinta yang abadi, taat kepada mereka adalah wajib meski berbeza agama, kecuali jika mereka menyuruh kita menyegutukan Allah kita wajib mengingkarinya.

Ada ibu yang menjaga cucu2 mereka kerana anak2 sibuk bekerja. Ada ibu yang menjaga cucu2 kerana anak2 menyambung pelajaran....serta bermacam cara lagi anak2 yang menyusahkan ibubapa yang telah tua. Lupakah mereka, ibubapa telah penat menjaga kita semasa kita kecil dulu? Jika kita yang muda pun terasa penatnya menjaga anak2, apatah lagi ibu kita yang telah tua!! Berilah peluang untuk ibubapa kita berehat dan bergembira dengan amal ibadah yang hendak mereka lakukan, tanpa disibukkan lagi dengan urusan menjaga cucu2.

Apa guna menyambut Hari Ibu/Bapa dengan membelikan hadiah dan pelbagai macam pemberian, sedangkan sebelum dan selepas tarikh itu (Mei/Jun setiap tahun), ibubapa dibiarkan? Jarang ditanya khabarnya dek kerana sibuk dengan kerja.

Sesungguhnya musuh2 Islam itu sentiasa berusaha untuk mengelirukan umat Islam dengan pelbagai hari untuk disambut sedangkan dalam Islam hanya ada dua hari perayaan iaitu Aidilfitri dan Aidiladha - dan kedua2nya pun bukan untuk keseronokan semata2, tetapi untuk menyatakan rasa syukur atas puasa dan haji yang telah dilaksanakan.

Sama2lah kita renungkan hadis berkaitan :

Dari Abu Najih Al-Arbadh bin Sariyah r. yang berkata, "Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada kami dengan nasihat yang sangat dalam, yang boleh membuat hati bergetar dan mata terbeliak. Maka kami katakan saat itu, "Wahai Rasulullah, seolah ini adalah wasiat penghabisan, maka segeralah beri wasiat kami!" Rasulullah bersabda (yang maksudnya), "Aku berwasiat kepada kalian agar bertaqwa kepada Allah, mau mendengar dan taat meski dipimpin oleh seorang budak Habsyah. Maka barangsiapa yang hidup di antara kalian setelahku nanti, sungguh akan melihat perselisihan yang banyak. Kerananya, hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah para khulafaur rasyidin setelahku. Berpegang teguhlah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara2 baru (dalam agama) kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat. (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).

No comments: