Hari ni Khamis, hari kedua suami saya di USM, ada pembentangan kertas kerja di sana. Rasanya selepas ini saya akan selalu ditinggalkan bersama anak2 kerana suami akan mendaftar sebagai pelajar PhD pada 21 Jun 2008. Bila suami tiada di rumah, penat sedikit, selain daripada hantar dan jemput anak ke sekolah, saya sendiri jadi tumpuan anak2. Kemana pun saya pergi dalam rumah ni, anak2 ikut sebab masing2 menagih perhatian dari saya. Sedangkan jika suami ada di rumah, kakak dan abang lebih senang berdamping dengan ayahnya, maklumlah ayahnya sentiasa bersedia melayan kerenah masing2, berbanding saya.
Begitulah kehidupan berumahtangga, saling lengkap melengkapi dan saling memerlukan di antara satu sama lain. Perkahwinan datang bersama dengan tanggungjawab yang mesti digalas di bahu. Seorang rakan bertanya sebaik sahaja saya bernikah.
"Apa kak ita rasa sekarang?", rakan bertanya.
"Bahu terasa seolah2 berat, mungkin sebab lepas ni ada tanggungjawab yang mesti dipikul".
Kami tidak melalui proses bercinta sebelum bernikah. Kami tidak 'bercouple' @ 'berdating' walaupun kami sekelas sewaktu sama2 belajar untuk Ijazah Perakaunan di UiTM SA. Perkenalan dan perkahwinan kami di atur oleh orang tengah. Dan ianya seolah2 pelik di mata orang lain bila mereka tahu apa yang kami lalui.
"Zaman moden macam ni pun masih ada orang tengah?"
"Takkan lah kau tak pernah berbual @ tulis surat macam orang bercinta?"
Itu di antara rasa2 pelik yang dilontarkan pada saya waktu itu.
Tahun ini dah masuk 11 tahun perkahwinan kami, dan kami masing2 masih belajar tentang apa itu tanggungjawab dalam rumahtangga. Saya beruntung kerana suami seorang yang penyabar pada saya dan anak2. Dia menyayangi kedua ibubapa saya sebagaimana dia menyayangi kedua ibubapanya dan dia menerima semua ahli keluarga saya. Begitu juga di pihak saya, saya juga menyayangi kedua ibubapanya dan saya menerima keluarganya.
Pernikahan bukan sekadar menghalalkan yang haram tetapi ia lebih dari itu. Meminjam kata2 Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya,
" Melihat perkahwinan sebagai medan untuk MEMBERI, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan."
Saya amat setuju. Suami saya juga setuju. Sebaik2 contoh kehidupan berkeluarga adalah rumahtangga Rasulullah saw. Baginda yang paling berlemah lembut pada keluarganya. Baginda menyayangi kanak2 dan tidak segan untuk menciumi anak2 dan cucu2 baginda.....dan banyak lagi yang kita boleh baca dari buku2 yang baik yang bercerita tentang Sirah Rasulullah saw.
5 comments:
Assalamualaikum...
Apa khabar Kak Ita..
Akak..
Memang susah kita nak lihat orang yang berkahwin tidak bercouple dan berjumpa2 sebelum berkahwin..akak dan suami adalah insan yang diberikan Allah petunjuk untuk buat yang terbaik dalam perhubungan...walaupaun huda belum lagi melayari bahtera perkahwinan tetapi pada pandangan dan pembacaan huda, perkahwinan yang dibina dan bahgia hendaklah dimulai dari sebelum alam perkahwinan lagi...maknanya untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, pergaulan sebelum perkahwinan harus dijaga, betul tak kak?...
Zaman sekarang sukar nak lihat mereka boleh menjaga batas-batas berkawan sebelum berkahwin...dan sememangnya perkahwinan yang dibina memerlukan banyak pengorbanan yang harus dipikul...
Dan ada pula memberi istilah bercouple dalam Islam...Pernah huda mendengar ceramah oleh seorang ustaz..tiada dalam Islam istilah bercouple dalam Islam...
Dalam Islam...antara lelaki dan perempuan ada batasan-batasan yang harus dijaga..
Huda doakan semoga akak dan suami dapat menempuh alam perkahwinan yang penuh cabaran dan dugaan..segalanya di hati dan tereltak pada keimanan kita kepada Allah...semoga Akak sekeluarga bahagia di dunia dan di akhirat..insyaAllah..
Assalamualaikum Huda,
akak doakan huda akan mendapat jodoh yang baik untuk huda. Yakin dengan janji Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Setiap manusia ada melakukan kesilapan, akak tidak terkecuali. Tapi setiap masa kita kena rasa kekurangan supaya kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kita, dalam hubungan kita dengan manusia dan apatah lagi dengan Allah.
Akak percaya huda anak yang baik. Jarang anak muda seperti huda ada pandangan2 yang matang dan kritis dalam melihat kehidupan ini. Akak suka pada anak muda seperti huda yang melihat hidup ini dari sudut pandangan yang baik. Akak akan sentiasa doakan huda tetap cekal mengharungi cabaran hidup terutama di usia yang masih muda ini.
Moga huda akan memperoleh manfaat dari bahan2 bacaan yang insyaAllah sekarang ni dalam proses penghantaran kepada huda.
Semoga berjumpa lagi dalam kisah2 kehidupan lain yang kita boleh kongsi bersama. Wassalam.
waalaikumsalam..
Akak..
Terima kasih sebab doakan huda..
Huda pun banyak kekurangan yang perlu diperbaiki..moga2 Allah memberikan kita petunjuk ke jalan yang benar..insyaAllah...
Terima kasih kak...Allah mempertemukan kita di layar cyber ini dengan hati yang ikhlas..semoga ukhwah terus berkekalan ke akhirnya..insyaAllah..:)
Assalamualaikum,
Teringat saya yang pernah menghadiri kursus perkahwinan lepas peluk Islam (tua-tua gini pun pergi juga sekadar menambah ilmu, hehehe)kata ustazah, perkahwinan juga adalah satu ibadah. Saya percaya suami Umi Jah bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang solehah dan ibu kepada anak-anak yang begitu penyayang dan memahami. Teruskan perjuangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat :)
Assalamualaikum Aliya,
Siapalah saya untuk bergelar insan soleh. Di luar mungkin kelihatannya soleh, tetapi hakikatnya hanya Allah Yang Maha Tahu. Saya masih belajar bagaimana untuk menjadi orang yang sabar setiap masa dan ketika. "Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar..." demikian beberapa maksud ayat2 di dalam al-Quran. Mungkin Aliya @ pembaca lain ada petua yang boleh dikongsi bersama saya bagaimana untuk menjadi SABAR.
Post a Comment