Pagi tadi saya dan suami ke sekolah anak2, ada Hari Terbuka sekolah. Alhamdulillah, kakak berjaya mengekalkan prestasinya, terbaik untuk keseluruhan Darjah 4. Abang tempat ke-13 dalam kelas, tempat ke-15 keseluruhan Darjah 1, alhamdulillah.
"Hassan berazam nak kalahkan Khadijah penggal depan," seorang ibu memulakan bicara semasa kami sama2 menunggu giliran untuk masuk. Saya hanya tersenyum.
"Khadijah bila waktu exam, tak dipaksa baca buku, dia tak baca. Sayalah yang kena duduk membaca sama2 dengan dia. Buat latih tubi bersama," saya membalas. Dia tersenyum.
Bagi kami, jika anak2 pandai dan mendapat markah serta kedudukan yang baik dalam kelasnya, ia adalah BONUS untuk kami. Saya dan suami sering mengingatkan anak2, orang Islam kena cemerlang di dunia dan akhirat. Cemerlang di dunia tidak bermakna apa2 jika kita tidak berusaha untuk cemerlang di akhirat. Bukankah kaum Tsamud (umat Nabi Saleh), adalah kaum yang hebat? Mereka membuat rumah2 yang cantik daripada bukit2 batu yang mereka ukir menjadi kediaman yang indah. Tetapi akhirnya Allah musnahkan mereka kerana keangkuhan dan keengganan mereka untuk menTauhidkan Allah, dan Allah menyelamatkan sedikit sahaja dari mereka yang mengikut Nabi Saleh.
Saya dan suami percaya, kita akan lebih tenang untuk melepaskan anak2 berjauhan dari kita untuk menuntut ilmu @ bekerja, jika anak2 kita melihat sesuatu itu 'baik jika Islam kata baik dan melihat sesuatu itu buruk jika Islam kata ia buruk'.
"Kakak jangan kecil hati ye jika saya tegur anak2 akak," kata ustazah Reniyati [guru bahasa Arab kakak dan abang].
"InsyaAllah, saya tidak berkecil hati jika ustazah menegur anak2 saya untuk kebaikan," saya membalas kata2 ustazah kakak dan abang dengan rasa senang.

Selepas itu kami meninggalkan anak-anak untuk bermain dengan kawan-kawan sebelum mengambil mereka sejam kemudian.
2 comments:
Assalamualaikum..
Kak..
Huda setuju benar dengan kata2 akak..
"kita akan lebih tenang untuk melepaskan anak2 berjauhan dari kita untuk menuntut ilmu @ bekerja, jika anak2 kita melihat sesuatu itu 'baik jika Islam kata baik dan melihat sesuatu itu buruk jika Islam kata ia buruk'."
Pendekatan inilah yang kurang dilihat oleh ibu bapa zaman sekarang..bagi mereka di luar sana, kemewahan adalah segala-galanya..anak-anak disogokkan dengan barang-barang yang mewah..sehingga mereka sendiri lupa bahawa itulah sebanrnya punca anak-anak leka..
Nilai keislaman itu sendiri kurang diterapkan dalam institusi keluarga hari ini..
Masa huda praktikal di sekolah baru2 ni saja, huda dah dapat lihat, bagaimana generasi sekarng membesar...terdedah dengan gejala2 yang tidak baik, hormat pada guru hilang..sedih dan sangt2 bimbang...nilah generasi yang bakal memimpin negara..mana arah mereka..
Kalau benteng agama tak kukuh, bagaimana mereka nak berdepan dengan cabaran yang akan datang yang semakin mencabar..aduhai..
Walaikumussalam Huda,
Akak juga setuju dengan huda, anak2 sekarang terlalu disogokkan dengan material. Jadi anak2 membesar dan menilai sesuatu itu dari segi materialnya sahaja. Akak pun sebenarnya risau dengan anak2 akak. Seboleh mungkin kami cuba untuk mendidik anak mengikut nilaian dan neraca Islam, walaupun terdapat banyak kelemahan dari diri akak terutamanya sebagai ibu. Jadi kami kena banyak membaca dan mengutip pengalaman2 yang baik dari orang lain untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak2. Cuma amat bimbang untuk melepaskan anak2 walaupun mungkin dia telah dapat melihat sesuatu itu mengikut nilaian dan neraca Islam kerana cabaran hidup di luar sana amat hebat. Terlalu banyak tarikan yang melalaikan dan keseronokan semata2....Semoga Allah bagi kekuatan untuk akak, anak2 akak dan huda juga mengharungi hidup ini.
Post a Comment