Semalam entah kenapa hati saya risau dan sedih. Mungkin mengenangkan terlalu banyak yang saya tak buat untuk Islam. Sedang saya tercari2 buku2 yang boleh memberikan sedikit motivasi untuk diri, terjumpa helaian kertas yang saya guna untuk usrah bersama anak2 bertajuk 'Hati Adalah Raja'. Ada hadis yang kita sedia maklum yang maksudnya lebih kurang "Dalam diri anak adam ada segumpal daging, jika elok ia maka eloklah manusia itu, jika buruk ia maka buruklah manusia itu. Maka ketahuilah ia adalah hati". Ia memberi contoh mudah yang amat terasa di hati saya - kita tahu ular: sejenis reptilia yang menjalar, hidup di tempat yang sejuk, mempunyai deria bau yang tajam. Tetapi kenapa kita lari bila ada ular? Kita lari kerana kita rasa ular itu boleh mematuk kita. Jadi di sini ada perbezaan di antara 'tahu' dan 'rasa'. 'Tahu' ialah ilmu yang bertapak di akal, sedangkan 'rasa' adalah ilmu yang bertapak di hati. Jadi hati yang mengarahkan fizikal kita untuk lari bila kita terjumpa ular.
Jadi, hati adalah raja dalam diri manusia yang akan mengarahkan fizikal kita untuk bertindak. Begitu juga jika kita hanya tahu Allah itu ada, Allah itu Maha Mendengar, Allah Maha Melihat, dsb, tidak cukup untuk kita taat pada perintah-Nya. Kita wajib mengenal dan merasakan sifat2 Allah itu sehingga kita menjadi cinta dan takut kepada-Nya. Takut bukan seperti kita takut kepada ular dan ingin menjauhkan diri dari-Nya, tapi takut yang menyebabkan kita ingin berada hampir pada-Nya. Bila cinta dan takut pada-Nya telah bertapak dalam hati kita, maka hati yang menjadi raja dalam diri kita pasti akan mengarahkan akal, nafsu dan fizikal kita untuk taat kepada-Nya. Itulah yang dikatakan iman iaitu keyakinan yang bertapak di hati lalu melahirkan amal ibadah dan membuahkan akhlak yang mulia.
Jadi, marilah kita sama2 sentiasa berusaha untuk membersihkan hati kita supaya ia sentiasa bersedia untuk menerima kebenaran dan kebaikan, kerana satu keburukan yang kita lakukan akan meninggalkan satu titik hitam dalam hati kita. Titik2 hitam yang banyak dek kerana banyaknya keburukan yang kita lakukan akan menggelapkan hati kita dan menyebabkan kita susah untuk menerima kebenaran. Sama2lah kita meminta dan berdoa kepada-Nya agar kesibukan kita menguruskan kehidupan seharian tidak menyebabkan kita lupa dan lalai dari mengingati-Nya. Hubungkan hati kita kepada-Nya sentiasa supaya kita terpelihara dari melakukan dosa. Wallahua'lam.
2 comments:
Salam Umi Jah
Cemburunya saya dengan umi jah yang boleh berusrah selalu dengan anak-anak. 10 tahun sudah, saya pernah terfikir untuk berhenti kerja, tapi hati kata otak perlu berfikir seribu kali. Akhirnya saya ikut kata hati. Saya perlu bekerja. Memang bila sudah bekerja, balik ke rumah dengan badan yang penat. Bila hati kata rehatlah dahulu, saya terus terfikir,kalau berehat dahulu, banyak kerja yang akan terbengkalai. Anak-anak pun akan leka. Tetapi, sesekali, tertewas juga dengan bisikan si raja: hati!
Salam aniisma
Saya lagi cemburu seorang wanita yang bergelar ibu dan dalam masa yang sama mempunyai kerjaya. Kedua2nya memerlukan komitmen yang bukan sedikit. Tentu Ani seorang yang sabar kerana mampu memikul dua tugas dan tanggungjawab sekaligus.
Kadang2 usrah dengan anak2 tak perlu lama dan ia tidak terlalu formal. Anak2 mana boleh duduk diam. Dalam perjalanan pun kita sebenarnya boleh berbincang dengan anak2 tentang banyak perkara.
Saya faham penatnya ibu yang bekerja di luar, ingatkan balik boleh rehat, kan. Tapi banyak kerja menunggu di semua sudut rumah. Tapi itu yang saya kata tadi, Ani tentunya seorang yang sabar kerana mampu mengharunginya.
Sampai sekarang pun saya sebenarnya masih belajar untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang penyabar...Kita hanya mengharap anak2 kita menjadi anak2 yang soleh yang akan mendoakan kita bila kita telah kembali pada-Nya.
Post a Comment