"Dah beberapa hari ni tak boleh tidur la..", adik saya meluahkan rasanya.
"Kenapa?".
"Teringat anak2 yang dah masuk peringkat remaja. Sekarang ni macam2 boleh berlaku", dia meluahkan kebimbangannya.
"Ya, betul tu. Kalau kita baca kat suratkhabar, hari2 ada berita yang berkaitan dengan masalah remaja. Itu tak masuk lagi tentang masalah keluarga yang macam2 ceritanya", saya menambah.
Pagi itu kami bersembang panjang tentang anak2. Adik saya berkahwin beberapa tahun awal dari saya, anak2nya yang 3 orang itu telah bersekolah menengah semuanya. Memang patut dia risau, tapi itu bukan alasan untuk saya rasa 'selamat' hanya kerana anak2 saya masih bersekolah rendah....kerana sesungguhnya kebimbangan saya telah bermula sejak saya mengandungkan anak sulung kami!!.
"Boleh tak agaknya anak kita nanti jaga diri dan kelakuannya bila dia dah mula duduk asing dari kita?. Dulu kita boleh jaga diri kita, dan hati kita juga daripada tergoda dengan perkara2 yang menyeronokkan. Boleh tak anak kita jadi macam tu agaknya?", adik saya hanya mendiamkan diri, berfikir barangkali.
"Sekarang ni kita rasa kita dah buat dan ajar anak kita apa yang sepatutnya. Orang lain ajar tak anak dia macam kita ajar? Ada orang sekolahkan anak di sekolah yang beraliran agama, dari sekolah rendah hingga ke universiti,....tiba-tiba bila anak itu habis belajar dan bekerja, jumpa dengan kawan yang kita pun tak tahu asal-usulnya....lagi berat kalau ia juga mula melibatkan rasa cinta", saya pula bimbang.
"Ya...orang bercinta pula bukan dengar nasihat orang, kan? Kalau orang nasihatkan dia, dia rasa kita nak menghalang kebahagiaan dia", adik saya menambah.
"Bukan tu je, kita takut anak kita juga terpengaruh dengan perangai atau tabiat buruk kawan2 yang ada disekelilingnya bila mereka dah duduk jauh dari kita. Dalam keadaan macam ni, iman je yang jadi penyelamat...tapi tahu tak kita sekuat mana iman anak2 kita selagi mereka tidak diuji dengan keadaan? Kita pun takkan nak anak kita duduk dengan kita sampai bila2, kan? Kita nak dia matang dan ada kehidupan yang bahagia dan sempurna suatu masa nanti. Anak2 kita sekarang ni cepat matang, tapi matang dari segi teknologi....apa benda pasal handphone, internet, komputer,....semua dia tahu. Tapi bab nak mengurus emosi, tak pandai. Banyak yang tak ikut pertimbangan yang waras. Semua main ikut hawa nafsu, seronok yang dipentingkan. Tak fikir pasal akibat dari setiap perbuatan", adik saya mengangguk setuju.
"Hari tu kakak dengan adik ada cakap pasal 'couple'2 kat sekolah. Aku curi2 dengar, adik tanya kakak...kalau dah jadi 'couple' tu, dia orang buat apa, kak? Kakak jawab 'entah'. Setakat ni, kakak dengan adik takde la kawan2 lelaki, masing2 nampak tak suka dengan benda2 ber'couple'2 ni, tapi bimbang juga. Sebab bab2 perasaan ni, sapa pun boleh hanyut...", adik saya bercakap sambil berkerut dahinya, bimbang sangat dia. "Si abang pula setakat ni nampak ok. Dia pun taknak berkawan dengan kawan2 yang cuma suka sembang kosong, sembang pasal motor tak sudah2", adik saya menyambung.
Lebih sejam kami bersembang hal ini. Kebimbangan itu tidak habis di situ, ia akan sentiasa ada dalam fikiran ibubapa yang prihatin tentang perkembangan anak2 dalam melalui pelbagai fasa kehidupan. Isteri tidak mampu bertindak sendiri, begitu juga suami. Suami dan isteri kena sentiasa berbincang tentang anak2. Ini bukan soal, " awak maknya, patutnya awaklah yang bagi nasihat dia, yang tahu dia kemana, ....". Ini soal "anak kita" bukan soal "anak awak".
"Aku risau anak aku, la, Lim. Masing2 dah besar, tak lama lagi dah nak sekolah jauh, pas tu kerja, nak kahwin pulak...", suami adik saya juga meluahkan perkara yang sama pada suami saya semasa mereka bertemu.
Ya Allah, berilah petunjuk-Mu agar kami sentiasa berada di jalan yang lurus. Ameen.
7 comments:
salam..
mak saya kata.kerisauan seorang ibu pd anaknya bermula dr dia mengandung smpilah ke akhir hayat ibu itu.dulu sy dengar je,skrg saya sendiri yg melaluinya.semoga anak2 kita tetap teguh dgn imannya.
Salam Irfa,
betul tu. Mak akak pula selalu kata setiap emak akan melalui pengalaman yang macam2 bentuknya dalam membesarkan anak2...betul tu. Anak akak 3 orang, tapi masing2 ada karakter berbeza, juga perlukan pendekatan berbeza untuk mendidiknya tentang banyak perkara. Subhanallah.
ooo..patut le masa sekolah dulu, ibubapa pastikan saya sekolah perempuan..habis sekolah pun kene terus balik..
skrg dah kerja pun ibu masih call lagi kalau saya balik lambat..bukan psl isu lakipompuan or kwn org x betul, tp keselamatan..psl byk kes ragut..
k ita dah dpt ke email saya psl resepi kek coklat? saya buat mesti org puji (angkat bakul sendiri).
this weekend, insyaallah, saya akan buat kek orange.Baker TamilSelvi buat masa open house k min last week..sedap. saya nak try dulu. Dpt teknik yg betul, saya email kat akak.
terapi solat tu, ada buat exercise, sakit betul badan dibuatnya. badan kene tegak masa solat, etc.
Salam Uji,
terimakasih banyak2 kerana sudi berkongsi...tapi sekarang ni internet lambat sangat2...belum dapat buka lagi emailnya.
Sekarang ni soal keselamatan memang kritikal terutama jika kita berseorangan. Sebab tu, setiap kali kami mahu keluar rumah, berbakul2 pesan untuk anak2 walaupun pergi bersama2.Kadangkala culik, ragut, dll boleh berlaku kerana kecuaian kita dalam menitikberatkan hal2 keselamatan. Orang2 jahat di luar sana bertindak untuk meragut, menculik, dll kerana ada peluang untuknya. Semoga Allah pelihara dan lindungi kita semua. Jangan lupa doa2 kepada-Nya setiap kali kita keluar, kerana sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Memelihara.
Salam Ita, ini kak mahani yang janji nak hantar resepi kek cokelat melalui email tempoh hari. Malangnya dah 2 kali cuba tak dapat jugak. Betul ke alamt email yang Ita bagi tu? Dulu akak comment melalui blog akak yang lagi satu (Life Goes On). Takut2 kalau Ita terkeliru.
Sorry Kak. Alamat emel yang betul ialah umi_jah@yahoo.com.
Post a Comment