Thursday, October 1, 2009

Yang Mana Satu Kita?


Dalam satu majlis ilmu, kami diingatkan tentang 4 golongan manusia. Pertama, mereka yang ada harta dan ilmu dan sentiasa memikirkan kerja2 Islam. Kedua, mereka yang tidak mempunyai harta tapi ada ilmu dan sentiasa memikirkan kerja2 Islam. Ketiga, mereka yang ada harta, tidak mempunyai ilmu, dan lalai dengan hartanya. Keempat, mereka yang tiada harta dan tiada/kurang ilmu tapi sentiasa memikirkan kerja2 Islam. Golongan ketiga yang akan mendapat celaka, manakala golongan pertama, kedua dan keempat, insyaAllah mendapat keredhaan Allah. (Sesungguhnya, tiada yang kita harapkan selain keredhaan-Nya dalam meniti kehidupan ini!).
Kita mestilah memahami dari awal bahawa kita yang memerlukan Islam. Bekerja untuk Islam bermakna membersihkan diri dan jiwa, di samping menunaikan hak2 Allah ke atas kita. Allah akan memberi ganjaran untuk kita di akhirat kelak. Kita juga mesti memahami bahawa nilai dan harga diri kita sebenarnya adalah kerana pegangan kita kepada Islam. Kita tidak mempunyai apa2 nilai sekiranya tidak bersama Islam. Islamlah yang memuliakan kita.
Kerja2 Islam yang banyak tidak akan mampu kita pikul sendirian, justeru kita mesti menyedari bahawa terus kekal bersama dalam satu kumpulan adalah syarat bagi mendapat pendirian yang teguh sebagaimana sabda Rasulullah saw : sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya).
Kita juga mesti memahami bahawa kerja2 Islam yang dilakukan adalah semata2 kerana Allah. Jalan yang dilalui adalah panjang dan jauh, penuh dengan kesukaran. Sesungguhnya syurga itu dikelilingi oleh perkara2 yang tidak diingini dan neraka pula dilingkungi oleh perkara2 yang menarik syahwat.

Hanya kepada Allah kita memohon kekuatan.

2 comments:

amira falisa said...

Saya pun bersetuju dgn akak...ada harta/pengetahuan WAJIB melakukan perkara amal jariah..yg kurang mampu, boleh melakukan terdaya yg boleh atau memikirkannya..Yg penting NIAT..Tapi bosan le..bos2 yg berduit2 nie kalau mintak derma punyeler kedekut..segelintir je yg nak bg derma kalau buat kutipan untuk org susah/anak yatim nie..

Tentang aurat (in your other posting), saya dulu x tutup aurat....sekrang ni, sejak balik dari Umrah, bila keluar rumah gi mana2 tutup rambut..mak dah bising, tutup rambut betui2..jgn mcm chips more..
Tentang perkahwinan, I'm a bit scared when thinking of marriage..ia bukan boleh dibuat main2 atau berkahwin kerana didesak atau pasal org kata bila nak kahwin...Tp bila umur makin menigkat, dan adik laki sendiri dah kahwin lebih awal dari kita, bila balik kg, sure kene tanya soalan cepu emas nie..(alhamdulillah, mak saya jenis memahami,,sedara je suka tanya..:()
Tapi, susah nak cari lelaki yg solat, bukan perokok, penyabar, dan hard working..Dan dia mesti suka buat amal jariah..bukan jenis kedekut..

ROS said...

Assalamualaikum Uji,

akak sedang membaca buku Untukmu Wanita tulisan ustaz Zaharuddin Abd Rahman terbitan Galeri Ilmu. Ia sarat dengan ilmu untuk kita. Baca dengan minda dan hati terbuka dengan niat untuk memahami Islam, insyaAllah banyak yang kita akan dapat :)

Tentang jodoh, masih ramai lagi orang lelaki yang baik di luar sana. Berdoalah (kalau belum ada jodoh) banyak2 dan sungguh2 agar ditemukan dengan jodoh yang baik. Bukankah doa itu senjata mukmin?