Sunday, September 27, 2009

Cerita2 Hari Raya

Cerita 1

Kami beraya ke rumah Prof. Dr. Hj.Muhd Kamil malam semalam. Ini kali pertama saya beraya di rumah seorang Pengarah, maklumlah saya ni hanyalah surirumah...risau juga di hati, takut2 saya ni tak pandai membawa diri di rumah beliau nanti. Kepada anak2 puas dipesan...jaga kelakuan, jangan bising2 macam di rumah, jangan itu jangan ini....

Kami sampai sebaik sahaja Prof Kamil dan Puan Roza balik dari masjid selepas solat isyak(kami telah bersolat di rumah terlebih dahulu). Kami dialu2kan....pesanan tadi yang berjela2 pada anak2, entah kemana....anak2 ceria seperti di rumah sendiri :)

Selain kami, ada seorang sahabat bersama kelurganya juga turut datang berziarah. Kami dihidangkan dengan spaghetti bersama kuahnya (saya tak tahu apa namanya ). Untuk saya yang berlidah jawa, biasa dengan sambal tempe dan lodeh, menikmati hidangan spaghetti seperti itu adalah satu pengalaman baru, begitu juga bagi anak2 :). Tapi ianya sungguh sedap. Prof Kamil tanpa kekok menhidangkan untuk kami, Puan Roza yang baik budi keluar masuk dapur untuk memastikan hidangan cukup buat kami. Alhamdulillah......

Banyak kami dapat dari Prof Kamil dalam tazkirahnya. Hampir sejam kami mendengar 'syarahan' beliau yang tak jemu didengar....sesuatu yang keluar dari hati, ia pasti dapat menyentuh hati yang lain....beliau begitu bersungguh2 dengan apa yang diucapkannya, dan saya pasti itu bukan sekadar cakap2 tapi itulah apa yang beliau lakukan...semuanya untuk mencari dan mendapat keredhaan Allah. Mujur saya dapat menahan airmata ini dari mengalir tatkala mendengar tazkirahnya....

Semoga berbahagia kehidupan Prof Kamil bersama isteri tercinta Puan Roza dan anak2. Semoga kita sama2 tidak jemu untuk mencari redha-Nya. Terimakasih kerana meraikan kami.


***********
Cerita 2

Entah kenapa, raya kali ini begitu banyak kisah tentang rumahtangga yang saya dengar. Bukan kisah bahagia tetapi sebaliknya. Ada yang telah terlerai perkahwinan, ada yang ditinggal bertahun2 oleh suaminya tanpa suatu kepastian, ada isteri yang dah jemu untuk taat kepada suami, ada isteri yang dah jemu untuk tinggal di kampung,........
Hati tertanya2, apa agaknya yang mereka cari dalam perkahwinan?. Adakah mereka berkahwin kerana orang lain berkahwin? Adakalanya masalah remeh pun boleh menjadi punca pergaduhan. Bila ada masalah dalam rumahtangga, masing2 selalu bercakap tentang hak tapi jarang yang memikirkan tentang tanggungjawab yang masing2 perlu lakukan. Paling menyakitkan hati, bila ada yang telah berkira2 apa dan berapa dia akan dapat andai berlaku perceraian dalam perkahwinannya!! Manusia hari ini telah tidak takut Allah. Apa yang dilakukan hanya untuk memuaskan nafsu serakahnya yang amat cintakan dunia dan keseronokkannya hingga lupa dosa pahala.
Perkahwinan dalam Islam bukan sesuatu yang main2. Ada tangungjawab dan peranan yang mesti ditunaikan. Suami dan isteri mesti tahu tanggungjawabnya kepada perkahwinan itu dan mereka juga mesti tahu haknya. Begitu juga hukum hakam yang berkaitan dengan perkahwinan. Sebagai contoh, seorang wanita yang masih dalam edah perlu tahu apa haknya dan apa yang dia boleh buat / apa yang dia tak boleh buat......bukan semunya ikut logik akal untuk melakukannya. Begitu juga seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya, dia kena tahu apa haknya dan tanggungjawabnya.
Dunia di akhir zaman ini telah Allah bentangkan di depan mata. Apa yang kita nak pilih? Bahagia di dunia derita di sana? Bahagia di dunia bahagia di sana? Pilihan di tangan kita, tepuk dada tanya iman kita. Wallahua'lam.

8 comments:

Anonymous said...

Ramai yang meluahkan perasaan di hari raya, ye? :)

aliya said...

Assalamualaikum Umijah,
Tergelak kak aliya, mula-mula baca pos Umijah yang beraya di Villa Firdaus, kemudian baca ulasan Prof Kamil dalam blognya.. memang seronok berbual dengan beliau, bukan.

My Stories and Me said...

Assalamualaikum,
Salam perkenalan. Saya pernah hadir ceramah Prof Kamil semasa beliau datang ke taman perumahan saya. Memang teruja sungguh nak pergi melawat beliau.

ROS said...

Salam SitiNur,

Salam perkenalan. Jauhnya SitiNur berada ye. Ada yang meluahkan perasaan, ada yang saya saksikan sendiri. Bila difikirkan, beruntungnya saya, alhamdulillah. Semua itu mengingatkan saya supaya sentiasa bersyukur dan berdoa kepada-Nya agar kehidupan kami sentiasa dalam rahmat-Nya.

ROS said...

Wa'alaikummussalam Aliya,

anak kami yang kecil memang aktif, kadang2 saya yang serba salah jika kami datang bertamu, tapi mujur Prof Kamil dan Pn Roza tak kisah dengan perangai anak kami...tapi dalam hati hanya Allah yang tahu :). Betul, seronok mendengar Prof Kamil bercakap kerana beliau bercerita tentang dirinya sendiri.

ROS said...

Wa'alaikummusslm Life Goes On,

Salam perkenalan. Prof Kamil bila bercakap, beliau bercakap tentang dirinya, itu yang membuat kita tak jemu mendengar.

Shukriyah Ismail said...

m Ummi Jah
Salam perkenalan dari sy di utara
seronok baca blog ummi jah
sy dpt blog ni dari blog Prof Kamil,

bagus Prof Kamil tu ye
hari2 sy akan baca blog beliau
adakalanya menitis air mata
susah nak cari mcm Prof Kamil tu kan
insyaALLAH satu hari nt sy dan keluarga harap2 berpeluang berjumpa dgn beliau n roza

ROS said...

Salam Syukriah,

Salam perkenalan. Terimakasih berkunjung ke blog saya. Senang2 berkunjunglah lagi ye :) , mungkin ada yang boleh kita kongsi bersama.