"Umi, boleh ye mi, belikan abang bakugan", abang seakan merayu tapi ceria sebaik sahaja dia keluar dari kelasnya bersama ayahnya. Hari itu adalah hari Terbuka Sekolah.
"Kenapa pulak umi nak kena belikan abang mainan tu? Umi pun tak tahu apa bendanya bakugan tu", saya membalas sambil melihat kepada suami dengan rasa hairan.
"Abang dapat semua 'A'. Abang dapat nombor 3", abang menjawab, ceria.
"Abang dapat nombor 3? Betul ke, yah? Akhir tahun lepas abang 'kan dapat nombor 13!", saya hampir tak percaya.
"Betul, dia dapat nombor 3", suami saya mengiyakan dengan tersenyum.
"Cuba abang beritahu umi apa bendanya bakugan tu. Macamana umi nak bagi abang beli kalau umi tak tahu..".
"Bakugan tu macam bola kecil, mi. Bila kita baling, dia akan bertukar jadi helang ke, robot ke, kala jengking ke,...macam2 la mi, dia boleh bertukar. Boleh la, mi, belikan abang!", abang merayu lagi.
Hmm...petang tu, puas la abang dan ayahnya cari di kedai2 runcit di pekan kecil tempat tinggal kami untuk mencari bakugan, bukan satu tapi tiga bakugan. Maklumlah, adik Yam suka sangat benda yang abang suka, jadi terpaksalah cari untuk dia sekali. Kakak tak kisah, tapi kadang2 kakak kisah juga dengan apa yang abang dapat....belikanlah juga untuk kakak.
"Banyak sangat perubahan abang, umi perasan tak. Umi ingat tak, dulu ayah cuma harap dia nak gi sekolah je, kenal huruf jawi dan rumi, tu je. Tapi hari ni, banyak sangat perubahan positif abang, lebih2 lagi dia dah boleh mengaji dan menjaga solah lima waktunya, kita je yang kurang sangat bersyukur!", suami saya seakan beremosi.
Saya hanya senyum tapi setuju dengan kata2 suami. Kami dah 'puas' menghadapi kerenah abang sejak dia kecil. Mujur suami saya seorang yang sabar, ia amat banyak membantu saya yang amat kurang sabarnya, terutama kala berhadapan dengan kerenah anak2.
Kami bukan ibubapa yang sempurna, tapi menjadi ibubapa adalah satu proses belajar yang tidak berhenti. Kami membaca dan kami belajar dari pengalaman orang lain dalam mendidik anak2.
Semoga Allah sentiasa membantu kita semua dalam mendidik anak2.

2 comments:
Assalamualaikum Ita
Kisah Ahmad dijadikan modal Ani untuk menasihati anak-anak.
"Ahmad tu kan, bila dengar azan, dia terus solat. Dia tak tangguh-tangguh pun. Mama kagum dengan Ahmad"
Terima kasih Ita kerana menukilkan kisah yang menjadi panduan buat Ani.
Wa'alaikummussalam Ani
Fitrah anak2 sebaya anak2 kita memang gemar bermain, Ani, termasuk juga tengok tv. Kadang2 kami bermain 'tarik tali' dengan anak2. Contohnya mereka masih nak menonton kartun kesayangan mereka sedangkan waktu asar dah masuk. Kami beri kebenaran untuk mereka menontonnya, tapi terus tutup tv dan solah sebaik cerita habis. Maghrib pula pukul 7 mesti pastikan tv dah ditutup, masing2 dah mandi dan siap untuk solah.
Anak2 peringkat anak kita masih mudah untuk dilentur. Kami sebenarnya lebih bimbangkan bila mereka dewasa dan berjauhan dari kami. Waktu itu hanya iman yang boleh memandu mereka ke jalan yang betul. Sebagai emak, sebenarnya saya amat risau untuk melalui detik itu....
Sama2lah kita berdoa Allah pelihara anak2 kita dari bahaya fitnah akhir zaman.
Saya lagi kagum dengan Ani yang kuat dan tabah.
Post a Comment