Monday, June 15, 2009

Ustaz/Ustazah

(Al-Fatihah untuk mujahid Fathi Yakan yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 13 Jun, 2009. Semoga Allah merahmatinya. Al-Fatihah....)

"Maaf la, dik. Guru sandaran untuk jawatan ustazah dah terisi semuanya", kata2 itu diucapkan oleh seorang kerani di PPD Muar ketika saya baru habis Diploma lama dahulu, tapi masih segar lagi dalam ingatan. Dia tidak bertanya pun apa kelayakan yang saya ada.

"Kak, saya ni bukan ustazah. Saya ada Diploma Perakaunan. Saya datang sini nak tahu kalau2 ada kekosongan guru sandaran yang sesuai dengan kelulusan saya ni".

"Oo..ingatkan ustazah tadi, bukan rupanya", balasnya sambil ketawa kecil, mungkin hendak menutup rasa bersalahnya dengan andaian bahawa saya ni ustazah.

Dalam satu kisah lain lebih kurang begitu juga.

"Suami awak ustaz ke?", tanya seorang pakcik kedai runcit berhampiran rumah kami(sebelum dia berpindah ke Gemas), pada suatu hari.

"Tak. Dia mengajar akaun", jawab saya.

"Oo...ingatkan ustaz, sebab dia lemah lembut dan tak banyak cakap...", dia seperti malu2.

"Nampak macam ustaz sebab dulu dia bersekolah Arab, kut", saya menambah sambil tersenyum...saya tak mahu dia malu.

"Jadi awak jumpa dia dulu masa di sekolah Arab tu lah?", pakcik kedai bertanya lagi.

"Tak...saya kenal dia masa belajar di Shah Alam dulu. Kami sama2 ambil Ijazah Perakaunan. Tapi kakak angkat saya dan suaminya yang jadi orang tengah, itu pun selepas kami habis belajar", lagi keliru nampaknya pakcik kedai tu....biarlah.

Dua cerita di atas ada kaitannya-saya disangka ustazah hanya kerana saya bertudung labuh, berbaju kurung dan berstokin. Bukan dua cerita itu sahaja orang menyangka saya ni ustazah, tapi banyak lagi. Saya selesa dengan cara saya berpakaian sekarang. Terpulang kepada wanita lain bagaimana mereka hendak memelihara aurat mereka, asalkan ianya menepati apa yang telah Allah sebutkan di dalam al-Qur'an dan selari dengan apa yang Rasulullah saw pernah sebutkan ketika baginda menegur Asma' binti Abu Bakar tentang bagaimana sepatutnya wanita itu berpakaian.

Inilah persepsi masyarakat sekarang, yang bertudung labuh itu ustazah. Begitu juga persepsi bahawa hanya ustaz/ustazah sahaja yang boleh bercakap mengenai Islam. Sedangkan Islam itu untuk semua manusia tidak kira siapa mereka..jurutera, akauntan, guru, surirumah, nelayan, penoreh getah, pekerja kilang....atau apa bangsa mereka sekalipun - Islam itu untuk kita.

Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya : Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya, maka dia akan diberi kefahaman dalam urusan agamanya.

Tidak mahukah kita menjadi orang yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya? Kalau kita boleh belajar untuk memahami tentang banyak perkara, kenapa kita tidak belajar untuk memahami Islam yang syumul ini? Cukupkah dengan apa yang kita ada dan faham tentang Islam, sedangkan Islam itu bukan setakat sembahyang lima waktu, puasa, haji, serta ibadah2 khusus lain?

Masa untuk kita semakin pendek. Pertama2 saya mengajak diri saya....marilah kita mencari bekalan untuk persediaan menghadapi saat dan ketika di mana tiada manusia yang boleh menghalang akan kehadirannya...Dan untuk anak2 kita, yang akan mendoakan kita tatkala di sana nanti, sudahkah kita ajari mereka tentang Islam?

Ya Allah, kurniakan kami kebaikan dunia dan akhirat. Ameen.



2 comments:

rossees said...

salam mak cik Ita,

Isu agama menjadi suatu yang sensitif di Malaysia; sy pernah interview seorang uncle cina minta pendapat tentang Islam tapi dia kata dia tak nak cakap kerana sangat sensitif katanya... hmm, bila tengok siapa yang masuk ISA pun banyak daripada golongan yang kuat perjuangkan Islam (nampak macam sensitif).

Pernah seorang sister dari Kanada ceritakan pengalaman dia kenal Islam dan dia memang suka merantau dan berdakwah (nama dia Traxler Ida). Miss Ida pernah ke Indonesia beberapa bulan, dia sangat takjub melihat banyak budak kecil di sana yang sudah hafaz al-quran dari awal sampai akhir; tapi miss ida pernah tanya mereka (lebih kurang- apa itu Islam tentang kandungan al-Quran yang menepati kajian saintifik); akan tetapi mereka seperti tidak tahu untuk menerangkan tentang Islam dan kandungan al-Quran tersebut.miss ida merasakan ia sesuatu yang menyedihkan kerana orang islam sendiri tidak tahu tentang keajaiban al-quran.

Saya melihat Miss Ida seorang yg mencari, dari kristian katolik yang selalu memeningkan kepalanya, dia juga pernah belajar tentang buddha, yoga dll-dan dia bertemu dengan Islam akhir sekali menerusi mimpinya- (dia pernah berdoa, 'oh God show me the right way!')
dia bermimpi suatu peristiwa yang semuanya tiada lagi rahsia, semua yang tersembunyi terbongkar... Allah yang memberi dia petunjuk dan dia rasa gembira dan tenang dengan Islam kerana Islam mendidik dia untuk menundukkan/menghapuskan ego; ajaran lain seperti yoga tidak pernah menekankan tentang ego.. miss ida juga berjanji dengan dirinya untuk membawa orang lain untuk mengenali Islam. sy kagum dengan dia juga kerana dia melakukannya seorang diri;katanya Allah yang memberi dia kekuatan. dia juga sedih melihat sikap sebilangan orang islam; pernah dia senyum dan memberi salam kepada seorang mak cik guard tapi mak cik guard tu tak pun senyum dan tidak pun membalasnya, 3 kali miss ida memberikan salam, namun responnya tetap sama. sy suka tengok dia kerana sekecil-kecil amalan islam pun dia buat seperti memberi salam, bertanya khabar dan peluk; dan bila sy jumpa dia-dia yang mulakan dahulu-'assalamualaikum, how are you?'... Hidup dia sangat indah selepas mengenali Islam.. SubhanAllah.- Islam milik semua.

terima kasih, mak cik

salaam

ROS said...

Salam Miss Bee,

sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi. Kadang2 cerita seperti ini memberi kita kekuatan, dengan izin Allah, untuk terus memperbaiki diri dan mencari ilmu untuk memahami Islam. Makcik suka cerita2 motivasi seperti ini :) Terimakasih kerana sudi berkongsi.