Tuesday, June 16, 2009

Cinta & Kasih Sayang


Kami berbalas mesej.

"Sihat tak, yah?".

"Ok jugalah. Nape mi?"

"Saje nak tanya. Hari tu umi tak mesej ayah, rupanya ayah muntah dan pitam di bilik ayah".

"Ye mi? Sayang umi...rasa nak menangis....".

"Hehehe.........".

Kadang2 apa yang kita lakukan kepada pasangan kita, hanya benda biasa2 sahaja, tapi ia memberi impak yang besar kepada sebuah ikatan perkahwinan. Suami adalah kawan paling rapat kepada seorang wanita. Sepatutnya tiada rahsia di antara keduanya.

Mungkin mesej di atas kelihatan mengada2. Tapi apa salahnya? Kerana itu pasangan kita yang sah. Ada orang janggal untuk bermesej seperti itu dengan pasangan sendiri. Tapi kenapa sewaktu bercinta dulu 'mewah' dengan pujian kepada kekasih hati?

Saya telah habis membaca buku 'Aku Terima Nikahnya' dan sekarang sedang membaca 'Bercinta Sampai ke Syurga' - kedua2nya tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Saya berpuashati dengan apa yang telah saya baca kerana isinya tidak meleset daripada apa yang saya dan suami fahami tentang kehidupan berumahtangga. Lebih2 lagi ia disertai dengan pengalaman sebenar dan huraian yang mudah untuk difahami.

Kami selalu bercakap tentang banyak perkara, kerana sepatutnya tidak ada rahsia di antara suami isteri walau sesulit mana pun suatu perkara itu.

Cemburu? Itu biasa dalam kehidupan berumahtangga kerana itu tanda sayang. Kami selalu saling mengingatkan - jangan cerita masalah kepada kaum berlainan jantina kerana itu adalah ruang untuk masalah yang lebih besar!! Awal 2000-an artikel berkaitan perakaunan suami saya sering tersiar di beberapa majalah, hinggakan ia menarik perhatian seorang siswi untuk menulis. Siswi tersebut sering menelefon suami saya untuk bertanyakan hal2 penulisan, dan suami saya rasa kurang selesa. Saya cadangkan kepada suami, berikan nombor telefon rakan sekerja suami yang perempuan yang juga menulis artikel. Suami saya amat setuju. Saya bukan hendak berburuk sangka, tapi perkara2 seperti ini suami dan isteri kena bertindak awal.

Hari ini hari ke-3 suami ke Shah Alam. Anak2 sibuk bertanya bila ayahnya akan balik. Sebenarnya bukan anak2 sahaja yang tertunggu2 bila ayahnya akan balik, tapi uminya pun tertunggu2 juga....hehe....kita akan lebih menghargai pasangan kita ketika dia tiada di sisi.

"Penat, mi?", mesej masuk.

"Penat sangat. Selalu ayah ada untuk hantar dan jemput anak2. Kali ni semua umi buat...",balasan mesej minta dikasihani.

"Sian umi....".

"Sebaik2 kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku" -(Maksud Hadis riwayat Tirmizi)

3 comments:

aliya said...

Salam, lama aliya nak tanya tetapi malam ini saja line clear [suami outstattion], hehehe. Mengapakah bagi sesetengah orang Melayu bila sudah ada anak, gelaran Abang dan Sayang bertukar menjadi Ayah dan Umi? Tak rasa janggalkah bila bahasakan diri begitu bila berduaan?

ROS said...

Salam Aliya,

hehe...dah agak akan ada orang tanya. Tak tahu la, Aliya. Betul pertanyaan Aliya tu dulu sayang dan abang tapi sekarang ayah dan umi. Tapi ia tak mengubah cinta dan kasih sayang yang ada malah lebih lagi sebab masing2 dah semakin memahami di antara satu sama lain. Mungkin panggilan itu berubah sebab kita nak sesuaikan dengan kehadiran anak2. Kami perasan juga perkara ni, tapi masing2 nampaknya selesa dengan panggilan tu. Mungkin juga bila anak2 dah berjauhan panggilan abang dan sayang akan timbul lagi, sebab masa tu dah tinggal berdua lagi....hehe..

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

huhu..
salam umi... lembut hati lemang lepas baca artikel nieh.. mlm tadi ada terasa hati sket ngan hubby..

Lepas baca artikel nie terus lemang msg dier..
:)

Thanks.. saling ingat mengingati..