Wednesday, March 11, 2009

Mahal

Saya berjaya mendapatkan beberapa t-shirt yang menepati ciri2 menutup aurat untuk anak sulung kami. Harganya boleh tahan, tapi lebih murah jika dibandingkan dari iklan2 yang ada di internet, kerana saya mendapatkan terus dari pembuatnya.

Orang kata kalau nak yang baik memang mahal. Teringat anak2 buah di kampung yang ayah mereka bekerja sendiri, rasanya tak mampu untuk mendapatkan t-shirt yang berharga sedemikian walaupun mereka juga ingin memilikinya jika boleh.

Stokin tebal buatan Syria dulu2 saya beli di pasaraya terkenal dengan jualan borong pun dah tidak terjual. Yang ada stokin nipis yang tidak menepati syarat menutup aurat buatan negeri China. Klik di internet jumpa stokin tebal yang sesuai tapi harganya kalau dulu harga sebegitu saya dapat 3 pasang stokin tebal, tapi kini hanya sepasang dan tidak termasuk belanja pos.

Pilihan di tangan kita, tapi kadang2 kena ikut bajet juga. Hairannya pakaian yang tidak menutup aurat boleh dijual dengan harga yang jauh lebih murah.

Rasanya para pengeluar baju2 yang menepati syarat menutup aurat itu kena bergabung supaya harga dapat dikurangkan dan lebih ramai pembeli boleh membelinya.

2 comments:

aliya said...

Waalaikumussalam,
Saya setuju. Memang t-shirt Muslimah masih mahal tetapi kita perlu bersyukur kerana sudah ada dalam pasaran. Saya ingat lagi, pada ketika saya memeluk Islam tahun 2006, t-shirt begini baru sahaja masuk pasaran, susah nak beli maka terpaksalah pakai t-shirt lengan panjang biasa yang agak kurang selesa.Saya baru 3 helai, setiap satu RM41, borong dengan guru-guru sekolah. Dalam hati ini berfikir lebih baik memberi sedikit untung kepada kawan-kawan daripada membeli daripada penjual yang kita tidak kenal.

ROS said...

Saya setuju dengan Aliya- beri sedikit untung kepada rakan2. Tapi saya teringat anak2 buah saya di kampung yang tidak mampu untuk membeli walaupun mereka juga ingin memilikinya.