Tuesday, December 23, 2008

Telok Gorek


Penunjuk arah Pantai Telok Gorek



Keindahan Pantai Telok Gorek


Kami ke pantai Telok Gorek, Mersing pada 22-23 Disember. Hari Keluarga bersama rakan-rakan yang tinggal di serata negeri Johor. Meriah. Lebih kurang 30 keluarga, ditambah dengan anak2 remaja yang datang tanpa ibubapa mereka.

Sejak dari awal lagi kami diingatkan perkelahan ini bukan untuk berseronok semata2, ia lebih dari itu. Ia untuk menyedarkan tentang hubungan kita dengan alam dan paling utama hubungan kita dengan Allah Pemilik Alam ini.

Segamat dan Batu Pahat diamanahkan menyediakan makanan. Sesuatu yang matlamat akhirnya adalah untuk mencari redha Allah, pasti ada ujiannya terutamanya ujian hati dan perasaan. Lalu doa dipanjatkan setiap ketika supaya Allah mudahkan. "Takpa, umi masak, ayah jaga anak2", suami memujuk. Alhamdulillah. Allah mudahkan semua urusan. Subhanallah. Rakan2 dari daerah lain amat membantu untuk menyiapkan makanan. Dalam sibuk kesana-kemari untuk memastikan semuanya lancar, rakan sempat mengusik, "Ta, duduk la. Ketua kan bagi arahan je....,". "Laa....kak Chom ni, ketua la yang kena banyak buat kerja," saya menjawab dalam nada bergurau. Rakan2 lain hanya tersenyum. Suami menjaga anak2 yang memang seronok sangat berjumpa air (Terimakasih, yah.)

Saya jarang mandi laut jika berkelah. Saya tidak selesa jika pakaian saya basah. Saya lebih menikmati pemandangan yang indah dengan angin yang bertiup lembut dan ombak yang memukul pantai. Subhanallah. Berbual dan berbincang di tepi pantai bersama rakan2 sambil menikmati nyanyian alam, amat mengaysikkan. Subhanallah.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. Iaitu orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata), " Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (terjemahan ali-Imran : 190-191)

4 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum..

cantiknya pantai tu kak..di mana tu kak?

ROS said...

Waalaikumussalam huda,

Teluk Gorek tu kat Mersing, huda. Kami pergi pada 22-23 Disember. Ada Hari Keluarga bersama rakan2 di seluruh Johor. Memang cantik sangat. Subhanallah.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

ooo ya ker kat mersing..
Tak perasan sebelum ni, sebab makcik huda ada di Endau, rompin..insyaAllah boleh ke sana..

Bagusnya akak, bukan senang nak kumpul kawan-kawan seluruh johor..:)Tentu seronok ya kak, jumpa kawan-kawan...:)

ROS said...

Telok Gorek tak jauh dari Endau, mungkin tak sampai pun 20km. Memang cantik, rasa nak ke sana lagi :)