Di antara bait2 doa yang kita ucapkan selepas selesai solah dhuha ialah :
......Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah, jika haram, sucikanlah..........
Suatu petang, balik dari sekolah, kakak terus bercerita :
"Mi, lepas solah dhuha kat sekolah tadi, kakak gi kantin nak beli keropok. Kakak nak beli lima keping je tapi pakcik kantin bagi banyak. Kakak cuma bayar 5o sen je dan kakak nak pulangkan keropok yang pakcik bagi. Tapi pakcik kata, "ambillah, makan dengan kawan2", kakak pun ambil dan ucap terimakasih kat pakcik. Agaknya sebab kakak solah dhuha kut sebelum tu, tu yang Allah bagi banyak keropok tu...". Saya dan suami senyum.
"Alhamdulillah, rezeki Allah bagi untuk kakak dan kawan2," suami membalas.
Ketika pulang ke kampung, adik bercerita. Suaminya terasa rezekinya mencurah2 datang kerana ramai orang berjumpanya untuk mendapatkan khidmatnya sebagai juru lampu. "Agaknya sebab awak rajin solah dhuha kut, Na", suaminya berkata padanya.
Hakikatnya, tiada manusia atau apa sahaja yang boleh menghalang jika Allah hendak memberi rezeki kepada seseorang. Begitu juga, tiada siapa yang boleh menghalang jika Allah menahan rezeki untuk seseorang. Allah lah yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi rezeki. Kita sebagai hamba-Nya hanyalah berusaha dan berdoa supaya diberi kecukupan rezeki.
Hakikat rezeki itu juga luas. Teringat seorang ustaz berkata, jika kita punya kenderaan lama tetapi tidak meragam, itu juga rezeki. Jika kita ada kehidupan yang sempurna, berkasih sayang, itu juga rezeki. Jika kita sihat, itu juga rezeki.......
Subhanallah. Semoga kita termasuk di kalangan hamba2-Nya yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaan-Nya dan tidak melupakan akan hak orang lain yang ada di dalam rezeki yang Allah kurniakan untuk kita.
3 comments:
Assalamualaikum..
Kak...
Bumi dan alam ini adalah milik Allah S.W.T..yang diciptakan buat seluruh khalifah Allah di muka bumi ini...bumi yang penuh dengan bermacam-macam tumbuh-tumbuhan, binatang dan makhluk-makhluk yang lain yang saling memerlukan antara satu sama lain..maka rezeki yang diberikan Allah cukup luas bagi seluruh hambaNYA...
Sebagai hamba Allah, kita mestilah bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah, mudah2han Allah akan melimpahkan rezeki yang berlipat-ganda termasuk kasih sayang...insyaAllah mudah-mudahan dengan bersolat dhuha, Allah sentiasa memberikan kita rezki daripada langit dan bumi...
Cuma kesal, ramai orang yang tidak dapat melihat konsep bersyukur atas nikmat Allah...mereka tidak bersyukur diberikan rezeki kasih sayang, rezeki anak-anak dan kehidupan sempurna sehingga ramai yang selalu leka dan alpa...
Mudah-mudahan kita tergolong khalifah Allah di bumi ini yang sentiasa diberikan rezeki yang murah, mudah2han kita menjadi hambaNya yang sentiasa berasa bersyukur...insyaAllah..
Waalaikumussalam Huda,
betul huda. Kadang2 kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan untuk kita. Rasa semuanya biasa sahaja, hinggalah suatu masa Allah tarik sedikit kurniaan-Nya, barulah kita terasa kehilangannya dan menyesali kerana tidak mensyukuri sewaktu ianya ada bersama kita.
Kena sentiasa ada dalam diri perasaan hamba kepada-Nya, amat memerlukan rahmat dan kasih sayang-Nya, buang rasa bangga dan angkuh pada kelebihan yang ada, melihat orang yang lebih baik agamanya dari kita bukan melihat orang yang lebih banyak hartanya,...
Semoga kita sentiasa menjaga hati supaya tidak menjadi manusia yang sombong dan angkuh.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah kerana mengingatkan aliya tentang solat dhuha. Pada waktu cuti sakit ini dan berkurung di rumah, bolehlah aliya melakukan solat dhuha, semoga mendapat keredhaanNya. Rezeki dari Allah swt ada di mana-mana, hanya kita hambaNya yang jarang bersyukur.
Post a Comment